Kecewa Dengan Biskut Red Velvet

Thursday, June 18, 2020

Mendung je pagi ni disusuli dengan hujan bila hampir tengahari ni. Ikutkan hati nak je tarik selimut, on air cond. Wahh ala-ala duduk oversea musim sejuk gitu. Tapi terpaksa lah lupakan hasrat nak sambung tidur. Banyak kerja oii!

Awal pagi dah siapkan menu nasi lemak untuk menu sarapan dan makan tengahari. Kalau ada lebih buat minum petang. Senang tak payah bersusah payah nak masak tengahari dan buat minum petang. Tapi untuk makan malam memang tak lah. 

Masak nasi lemak kot! Nasi bersantan tu kurang tahan kalau nak sampai ke malam pun. Silap-silap petang nanti kalau tak elok-elok simpan dah boleh basi dah. Dua tiga hari ni dah tak tahu nak masak apa dah sebenarnya. Jemu makan masakan sendiri. Pernah rasa tak macam tu? 


Harga Biskut Red Velvet Murah Semasa Raya

Bila dah jemu nak makan masakan sendiri. Kita makan mana yang kita berselera nak makan. Mujur juga ada biskut red velvet beli haritu  sekali dengan biskut semperit kastard. sebab harga biskut red velvet boleh tahan murah juga kat Mydin tu. 

Harga pasaran sebelum raya tak pastilah berapa harganya. Murah tu memang murah RM14.15 untuk satu bekas. Tapi kann... Lepas rasa biskut red velvet ni, mengubah balik persepsi Fiza terhadap kuih raya beli yang kurang sedap. Sebagai penggemar tegar red velvet. Kecewa sikitlah tak dapat yang betul-betul sedap.


Jangan kecam pulak ye atau pengaruh kau orang supaya tidak membeli biskut red velvet. Cuma berkongsi apa yang dirasa. Mungkin pada kau orang sedap. Tapi tidak bagi Fiza. Tekstur dia kurang crunchy dan macam biskut lemau macam tu. Mungkin juga style biskut ni macam ni kot. Entah! Tak ada jawapan.

Bila rasa dia kurang sikit, lambat lagi lah nak habis. Slow sikit nak makan. Kuih semperit kastard kemain laju habis makan. Teringin nak buat sendiri tapi bab buat kuih ni tak berapa nak pandai sangatlah. Tapi ada lah beberapa resepi yang nampak macam senang je nak buat.

Mungkin boleh gunakan resepi biskut red velvet azlina ina atau resepi red velvet che nom. Ada jugak resepi red velvet cookies resepi seminit. Perghh seminit je membuatnya. Hebat betul! Atau mungkin juga boleh cuba guna tepung segera biskut red velvet. Gerenti jadi agaknya kot.

Kita rindu awak biskut oreo red velvet. Cepatlah muncul!


28 comments

  1. akak jarang nak beli yang kat pasaraya gini, sebab takut tak sedap tu lah...mungkin jugak da masuk angin ek?

    ReplyDelete
  2. tengok pun dah tahu mesti tak sedap hehehhe... akak tak pernah buat biskut RV sendiri tp selalu beli dengan member, memang sedap sbb cukup rasa dan dah beli dengan dia banyak kali hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, hebat ni tengok je pun dah leh tahu xsedap. best tu dapat makan yang sedap. tak rugi repeat order.

      Delete
  3. ms pkp aritu pernah je rs dh jemu ngn masakan sndiri.. haha

    alahai tgk gmbr mcm sedap je biskut redvelvet tu..
    tp indah kabar dr rupa.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng lah kita jemu dengan masakan sendiri. yg ni memang indah khabar dari rupa. tapi kaalu nak rasa okay je. tak lah teruk sangat. cuma tak serangup biasa.

      Delete
  4. mungkin sebab dia guna bahan murah je kot sebab tu dapat jual dengan harga murah tapi sayang la sebab kualiti tak bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugalah. ye lah kan kualiti kurang, sekali tu je lah beli pun.

      Delete
  5. ammi haritu buat chop chip pun cam lemau sikit. apa yg silap ntahlah. tp anak-anak kata sedap je. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan. mungkin bagi kita kurang sedap tapi mungkin orang lain kata sedap. ikut taste memasing.

      Delete
  6. Akak pun kecewa ngan biskut red velvet..tekstur dia macam tak berapa menarik..lemau gitu..tapi bukan jenis ni la akak beli hat yang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak. kecewa sikitlah. mungkin ada orang suka kot camni.

      Delete
  7. Ada juga biskut tak sedap. Ingat tadi biskut buat rupa biskut beli macam biskut samperit kastard.
    Akan doakan biskut Oreo red velvet muncul semula. Amin.
    Tengah hujan, sejuk rasa petang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pandai sangat buat biskut. lauk pauk pandai jugalah..hihi
      Aaminn...

      Delete
  8. selalunya kt pasaraya depa dah jual kuih raya sebelum/awal puasa, maknanya pembekal buat dah lama sbb tu lemau kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ye ke camtu..mungkin jugalah kot..takpe, rezeki juga dapat merasa :)

      Delete
  9. fiza masak nasi lemak ke harini, sedap tu ^_^
    shida pn hari2 masak pn lemau nk masak pe lg utk hari2 berikutnya.
    biskut red velvet shida xpernah rasa lg selain kek..rasa sama dgn kek ke?
    ke lain sikit rasa dia sbb dia biskut ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye shida..masak nasi lemak je lah hari ni. tepu otak fikir nak masak apa sekarang. Pada fiza, lebih kurang je rasa dia.

      Delete
  10. ker masuk angin?
    hehehe
    biskut red velvet nih kalau kena yang sedap memang laju jer perginya
    sekejap jer settle sebalang
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti tapi macam tak je sebab seal elok je xde lubang angin. memang betul. dapat yang sedap kejap je habis.

      Delete
  11. Belum pernsh makan..nampak macam sedap

    ReplyDelete
  12. Jemu makan masakan sendiri ek. Macam Cik TK, yang selalu Cik TK hadap tu jemu masak nasi. So sekali sekala masak spagetti la, masakan panas (kuey tiaw kungfu ke apa). Dah puas baru boleh balik ke nasi.

    ReplyDelete
  13. Belum pernah cuba biskut red velvet. Kek red velvet biasalah makan, sedap. Sayanglah kalau rasa biskut tu tak sedap.

    ReplyDelete
  14. kadang2 ikut rezeki masing2 kan. saya pernah beli juga biskut red velvet, beli online. Rasanya... ya ikut selera masing2.

    ReplyDelete
  15. Kurang crunchy apa karena melempem atau masuk angin? atau memang seperti itu rasanya?
    Saya belum pernah cicipin biskuit red velvet nih, kalau cake jenis bolu gitu pernah.
    Kayaknya enak juga ya kalau bikin sendiri :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.