Oreo Red Velvet

Wednesday, December 18, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Mengancam betul warna red velvet. Sudah warnanya red, pasti menggoda mata yang melihat. Sebut red velvet mesti terbayang red velvet cake dengan cream cheese tu. Alahai, kalau dapat sepotong pun tak cukup. Entah kenapa suka sangat dengan apa pun makanan yang ber 'red vevet'. Baru-baru ni Oreo ada keluarkan Oreo Red Velvet special edition katanya. Baru tak baru sangat lah kot.


Ramai yang dah cuba Oreo Red Velvet. Tapi Fiza baru ada rezeki merasa sebab baru tahu hanya dijual kat 7E sahaja. Patutlah tak jumpa. Sejauh mana  fakta tu Fiza tak pasti. Mungkin ada juga di jual dipasaraya lain. Tapi kat 7E confirm ada kalau masih ada stok lah. Tak silap Fiza Oreo Red Velvet ni pun keluaran edisi terhad sempena perayaan. Ala, janganlah keluar sekejap je. Mohon jual teruslah please...

Dah lama teringin nak merasa, bila dapat tu dia punya suka lain macam. Nak makan pun rasa sayang macamana. First, suka betul dengan warna merah tu. Second, suka dengan filling cream cheese yang sangat sesuai dengan rasa biskut oreo red velvet. Manis? Of courselah rasa manis. Oreo dan kemanisan krim dia tak dapat dipisahkan! Tapi manis manis pun sekali kunyah dengan biskut tu rasa kemanisan tu kurang sikit lah. Just nice! Cuma tak boleh nak makan banyak.



Tapi bau biskut tu buatkan rasa macam nak makan lagi. Hiks. Biskut Oreo cicah dengan susu lagilah sedap. Kurang keras bila nak gigit tu kan. Agak lama sebenarnya tak makan biskut oreo. Last entah tahun bila pun tak ingat. Tapi bila keluar oreo red velvet ni kemain teringin nak makan biskut oreo. Peminat red velvet lah katakan. Haruslah nak cuba juga. Lagipun terpengaruh juga dengan rakan sebaya blogger yang lain. Pengaruh lah sangat kan. Padahal diri sendiri yang nak makan tu.

With Love, Sihatimerahjambu

55 comments

  1. Ummi Xpernh rs lg yg ni fiza. Kalau biskut munchys yg masin dalam iklan tu pn sedap..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba rasa. Sedap! Biskut munchys pun banyak yang sedap cicah air panas :)

      Delete
  2. Sedap kan... Cuma, dia punya inti manis 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau cicah susu macam kurang manis sikit. hihi

      Delete
  3. ramai betul dah cuba oreo red velvet ni. nampak sedap pulak.

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. lawa nya kaler dia. menggoda

    ReplyDelete
  5. HAHAha.. baca ayat Fiza akak pun terbayang kek RV. Kejam betul pengaruh RV ni kannn. Ye oreo & manis adalah kawan baik hahaha. Actually ya Fiza.. Oreo RV ni hanya dijual di 7E je. Berebut2 orang beli. Haritu akak pegi 7E tengok2 tinggal 2 pack je.. laju2 akak rembat hehe.Harap2 Oreo RV ni keluar bermusim lah.. jangan lah hanya keluar limited time je huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula tu beli kat 7E gak. Rupanya ada je jual kat mall. Kat Family Store baru RM2.99 kak. Giant pun ado! Itulah harap tak keluar bermusim. Still craving kek RV :)

      Delete
  6. x rse lg yg ni..warna dia tu menggoda utk dicuba :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaa ya ampun. baru tahu ada oreo red velvet

    ReplyDelete
  8. Di Indonesia dulu iklannya populer dengan motto "diputer, dijilatin, dicelupin" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Malaysia pun sama. Cuma iklannya tak sekerap dulu :)

      Delete
  9. Waaa... oreo red velvet Mrs. A pun baru tahu nih!
    Menggoda betul esok nak carilah hehehe...

    ReplyDelete
  10. Woww , saya tak try lagi . Pernah nampak iklan oreo red velvet nie .

    "putar , jilat , celup dan makan" hehehhe . .

    ReplyDelete
  11. Yelah kan kalau dah katanya faveret tu , transform dlm bentuk apa pun mesti nak cuba jugak. Anak sukalah oreo makan dengan susu ni....

    ReplyDelete
  12. Nak beli tapi ada baca oreo red velvet ni manis sikit. Tapi teringin nak cuba jugak. Aduh banyak pulak tapi hehehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..jangan makan filling banyak..makan biskut lebih takpe :)

      Delete
  13. sedappp! dh try mkn.. xmanis sgt mcm oreo bse tu..

    hihi bkn 7E je, kat mydin pon ada jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah makan banyak jadi macam kurang manis lak kan. Sedap! Rasa dah macam banyak dijual selain 7E. Family store dan Giant pun ada :)

      Delete
  14. Kak ana baru tau ada orea RV ni. Nak cari juga lah buat kudap2an masa tgk tv.

    ReplyDelete
  15. waa combination yg terbaik ni ni mesti sedap

    ReplyDelete
  16. Dip dengan susu low fat / fresh cream memang kebabooom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! blend kasar buat topping aiskrim pun sodap :)

      Delete
  17. tu la tkleh mkn byk2..1-2 keping bole la sbb manis kan....giant, aeonbig, mydin, speedmart pn ada jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..makan 1-2 je sekali. Tak boleh makan banyak sekali in one time. dah banyak jual di mana² sekarang ni :)

      Delete
  18. fisrt time dtg sini tgk header sangat unik dan kemas...

    ReplyDelete
  19. omg you've tried. ray x jmpe lg kt sini. well i wasnt really looking sbb a bit busy these days. i hope i'll get the chance to taste it.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Jarang makan oreo ni sebab manis, tapi beli juga untuk anak-anak. Biasa saya makan biskut weetmeal je cicah hot cicah hot choclate. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Aaminn. Terima kasih atas doanya.
      Anak anak memang suka makanan manis ni. weetameal jacobs tu pun sedap cicah dengan air panas :)

      Delete
  21. Hari tu jumpa kat TF.. Siap ada harga diskaun.. Beli pjn sebab pembungkusan dia warna merah.. vantik menawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada diskaun tu lagi untung beli banyak sikit. hihi. packaging dah menggoda apatah lagi isi dalam dia :)

      Delete
  22. tadi baru nampak iklan ni kat tv. rasanya sbb nak chinese new year kot, kluar kaler merah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak..festive edition CNY sekali xmas kot ni..tak pasti

      Delete
  23. Rabia lama dah tak beli biskut Oreo ni . Nampak mcm sedap lah pulak

    ReplyDelete
  24. Oreo paling sedap (after Oreo Cinnamon bun flavor) yang paling sedap tiqa pernah rasa and it made it to my December favourites. Can't wait to write about this oreo.
    Nanti nak borong banyak lagi sebelum habis season.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oreo Cinnamon bun flavor tu pernah jual di Msia ye? wahh terlepas pulak. Itulah, rasa cam nak beli banyak sikit sebelum habis festive season :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.