Jenis-Jenis Pokok Monstera. Lagi Koyak Lagi Mahal. Betul Ke?

Saturday, June 13, 2020

Harap tak jemu lah ye sembang pasal pokok je dalam blog ni. Dah macam salah bidang pulak masuk dalam bab pertanian. Dia ikut musim, kejap entry resepi kejap entri pepokok. Dah habis modal dengan pepokok, Fiza tukar makanan pulak. Haa gitu

Sekarang pun kan tengah musim pokok viral dan musim bercucuk tanam. Haruslah into the scene juga. Nanti kata tak cakna pulak. Selain pokok viral lidah mertua tu, pokok monstera kira dah jatuh nombor dua dah. Ke masih lagi viral pokok monstera ni? Dulu orang sibuk mencari monstera je, termasuk lah yang bercakap ni.

Monstera ni keunikan dan kecantikan dia adalah koyakkan pada daun tu. Lagi banyak koyak lagi mahal, percaya tak? Dari pemerhatian Fiza macam tu lah. Kalau salah mahap lah ye. Selain tu corak dan warna pada daun pun mempengaruhi harga pokok monstera.


Salah satu pokok monstera yang Fiza suka, Monstera Deliciosa. Suka dengan daun yang lebar dan terkoyak pada bahagian tepi tu. Pertama kali dulu beli pokok monstera deliciosa ni, umur dia tak panjang. Tak pandai jaga masa tu. Orang nak tanam pokok, kau pun nak tanam pokok jugak Sudahnya mati dan kecewa. Tengah trend monstera kan masa tu.

Dah cantik dan semakin banyak daun pokok monstera deliciosa yang Fiza letak kat luar rumah. Tak boleh letak dalam rumah sebab tak muat ruang. Nak letak dalam rumah punya pasal, Fiza gigih lah cari mini monstera (gambar di atas) masa pergi Nursery haritu.

Yeay! Finally dapat jugak pokok idaman versi mini. So bolehlah jadikan indoor plant. Daun pun banyak rimbun tu dan ada tunas baru tumbuh. Harap hidup sihatlah duduk dalam rumah. Pokok monstera ni ada bermacam-macam jenis. 

Kalau kau orang nak tahu pokok monstera delicosa variegata tu jenis yang have have. Golongan bangsawan dia ni. Harga bukan puluhan, ratusan dah! Kalau ada yang bertompok-tompok pun harga dia mahal juga. 

Fikir banyak kali kalau nak membeli tu. Pokok Fiza beli semua bawah RM20. Pokok monstera murah murah je lah mampu pun. Lebih daripada harga tu, sila abaikan. Kalau ada orang nak hadiahkan lagi syok. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan awak!

Jenis-Jenis Pokok Monstera.

1. Monstera deliciosa ‘borsigiana albo variegata’
2. Monstera. dubia (juvenile)
3. Monstera standleyana
4. Monstera subpinnata
5. Monstera sp. peru
6. Monstera obliqua
7. Monstera deliciosa (mature)
8. Monstera adansonii var. adansonii (juvenile)
9. Monstera adansonii var. adansonii (mature)
10. Monstera epipremnoides (mature)
11. Monstera adansonii var. laniata
12. Monstera siltepecana (juvenile)
13. Monstera pinnatipartita (mature)

Mana satu pilihan kau orang? Kalau Fiza, jawapan macam biasalah. Pilih semua.

9 comments

  1. Teringin nak wall paper corak pokok monsterra ni...suami lak tak minat... baik tanam pokok nya kata suami

    ReplyDelete
  2. viral sungguh pokok ni sekarang sebab sangat lawa ^_^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian.. memang cantik pun pokok ni.. selamat bercucuk tanam n deko2 ye fiza. saya ni pulak tak minat pokok2, risau tak terjaga, kesian pulak. mugnkin belum masa lagi kot saya ni.

    ReplyDelete
  4. ssh tak nak jaga pokok2 macam ni fiza?

    ReplyDelete
  5. wahh..berlubang-lubang..cantik..

    ReplyDelete
  6. Cantik daun dia ada koyak-koyak. Kalau ikut logik, betul lah kut makin banyak koyak makin mahal sebab dinilai dari sudut estetika. Hmm.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.