Cara Pakai Topeng Muka Kain Dengan Betul Dan Selamat Di Musim COVID-19

Tuesday, June 16, 2020

Ingat lagi masa mula-mula pandemik COVID-19 mula menular bulan March yang lepas. Masa tu, segala jenis topeng muka laris macam pisang goreng panas. Pantang letak, semua habis. Laku dipasaran. Dan disaat-saat semua orang memerlukan topeng muka, muncullah manusia yang mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Ramailah peniaga yang ambil kesempatan jual topeng muka dengan harga mahal. Masa ni, mahal macamana pun orang sanggup beli juga. Itu belum ada yang tertipu, kononnya jual topeng muka murah tapi yang dapatnya topeng muka buat sendiri. Bertabahlah siapa yang pernah menjadi mangsa tu.

Syukur alhamdulillah stok topeng muka pun dah mudah dapat di pasaran. Sekarang pun dah banyak surgical mask (topeng bedah) dijual di farmasi dan pasaraya. Tak risau dah nak dapatkan surgical mask. 

Jenis-jenis topeng muka

1. Topeng Bedah (Surgical mask)

Surgical mask adalah topeng muka yang paling sesuai digunakan semasa pandemik COVID-19 ni. Topeng jenis ini mampu menghalang virus daripada masuk ke rongga hidung dan mulut. Dalam masa yang sama fungsi dia menghalang air liur/bahan kumuhan pemakai yang bergejala terkeluar daripada lapisan topeng. 

Sekiranya pakai dengan betul, ia dapat menghalang penyebaran virus berlaku melalui titisan, semburan atau penyebaran cecair yang mengandungi virus. Sebab tu kena beringat supaya tak sesuka hati pegang topeng muka semasa pakai atau nak tanggalkan topeng muka. 

Sebaiknya basuh tangan sebelum dan selepas atau ketika terpegang topeng muka. Lagi satu, jangan sesekali berkongsi topeng muka dengan orang lain. Pakai sekali dan buang.

2. Topeng N95

Topeng jenis N95 ni biasa dipakai  kalau musim jerebu sebab lapisan topeng ni boleh manghalang zarah atau habuk. Digunakan juga ketika kecemasan.  Direka khas dengan bentuk yang jenis betul-betul melekap pada bahagian muka.

Tapi tak sesuai untuk mereka yang ada mempunyai masalah pernafasan dan sewaktu dengannya. Fiza pernah pakai, memang terasa lemas walaupun pakai sekejap. Topeng N95 pun jenis pakai buang dan tak boleh berkongsi juga.

Masih sesuai lagilah kalau nak guna masa musim COVID-19 ni. 

3. Topeng muka kain

Kalau dulu topeng muka kain lebih fokus pada fesyen. Tapi sejak pandemik COVID-19 berlaku ni dah ramai yang menjual topeng muka kain yang mempunyai ciri-ciri yang selamat digunakan bukan hanya fesyen semata-mata. Biasanya artis Korea yang suka style pakai face mask ni.

Topeng muka jenis kain memang cantik. Ada pelbagai jenis corak, jenis kain dan bentuk. Tapi kalau hanya diperbuat daripada kain semata-mata untuk fesyen ia tidak mampu menghalang virus masuk ke rongga hidung dan mulut. 

Sebab tu kena pilih topeng muka jenis kain yang telah direka untuk keselamatan. Kiranya ada filter atau tempat untuk letak filter tu. Topeng muka jenis kain ni bukan tak boleh dipakai lansung. Sekurang-kurangnya kita masih ada pilihan jika tak ada surgical mask tu. 

Dah ramai juga pereka fesyen dan owner butik yang menjual topeng muka kain ni kan. Bermacam jenama ada di pasaran sampai kau tak tahu nak beli yang mana satu entah. Tapi tahu tak kau orang yang cara pakai topeng muka kain ni dengan betul? 

Tak tahu? Sila rujuk gambar di bawah yang dikongsikan oleh World Health Organization. 


CARA MEMAKAI TOPENG MUKA KAIN DENGAN BETUL

  • Bersihkan tangan sebelum memegang topeng muka
  • Periksa topeng muka samada rosak atau kotor
  • Pastikan topeng muka sesuai dengan bentuk muka tanpa ada sebarang ruang. Kiranya kau orang pakai mask tu kena ngam-ngam dengan bentuk muka. Kalau longgar sila jangan pakai.
  • Topeng muka mestilah menutup mulut, hidung dan dagu.
  • Elakkan memegang topeng muka
  • Bersihkan tangan sebelum menanggalkan topeng muka
  • Tanggalkan topeng muka dengan memegang tali
  • Tarik dan jauhkan topeng muka daripada muka
  • Simpan topeng muka dalam plastik yang bersih, beg bertutup jika masih bersih atau tak basah dan bercadang untuk menggunakannya semula.
  • Keluarkan topeng muka daripada beg dengan cara memegang tali 
  • Bersihkan topeng muka dengan sabun atau bahan pencuci dengan air panas sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Bersihkan tangan selepas memegang/menanggalkan topeng muka


JANGAN LAKUKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT JIKA MENGGUNAKAN TOPENG MUKA KAIN


  • Jangan gunakan mask yang telah rosak. Contohnya koyak.
  • Jangan pakai topeng muka yang longgar
  • Jangan pakai topeng muka di bawah hidung
  • Jangan tanggalkan topeng muka tanpa jarak 1 meter dengan orang lain
  • Jangan gunakan topeng muka yang boleh menyebabkan susah bernafas
  • Jangan pakai topeng muka yang kotor atau basah
  • Jangan berkongsi topeng muka dengan orang lain

Okay jadi faham dah kan? Pastikan pakai dengan betul dan jangan sesekali buat apa yang tak boleh tu. Preventation better than cure. Jadi, jagalah keselamatan masing. Walaupun sedikit confuse dulu tak perlu pakai mask jika tiada gejala. Tapi kalau keluar pakai mask tu kira double protection lah.

Kadang orang bergejala senang hati je keluar tanpa pakai mask. Jadi, kita lah yang kena jaga diri kita sendiri. Selagi risau masih ada dan selagi pandemik COVID-19 belum berakhir. Lagipun sekarang kalau keluar dah wajib pakai mask dah kan?


Credit photo : World Of Organization

16 comments

  1. good entry... noe pakai surgical mask jer..pakai buang...

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih atas perkongsian..tapi sekarang ni saya tgk ramai yang dah mula ambil mudah

    ReplyDelete
  3. mask skrg mcm beras.. mmg kena sllu topap.. nsb baik skrg ni stock mask ckup dan sng nk dpt..
    masa pkp fasa 1 dulu ada jgk mask kain tu pon sepupu bg.. yela masa tu stock mask hangat di pasaran.. ikotkan mmg ssh skit pakai mask kain ni sbb kena jg leklok tp terpksa jgk beli.. haha..
    sy keje pon dr dulu mmg kena pakai mask, keje kat lab berisiko skit dgn bahan kimia.. so dh terbiasa pkai mask ok jela.. hihi

    ReplyDelete
  4. akak pakai surgical mask je, tapi itu pun bila ke tempat yang ada ramai orang... setakat ke pejabat tak pakai pun...

    ReplyDelete
  5. Betul tu fiza..kalau akak memang tak boleh pakai topeng muka jenis kain.pakai pun yang jenis surgical mask.sebab yang kain akak tak boleh bernafas.

    ReplyDelete
  6. Thank you for sharing! This is very beneficial especially since sekarang semua orang kena pakai mask bila keluar rumah. Stay safe! ♥

    ReplyDelete
  7. Good Info Fiza.. Tapi mummy suka pakai mask kain lagi selesa kot.. Ikut kesesuaian la, kalo takat pi opis mask kain kot satg takut pengsan, kalo mall dan tempat sesak better mask yg lebih safety. Pilihan semua ditangan kita..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih share info. Dah jadi norma baharu... pakai mask

    ReplyDelete
  9. Sekarang memang standby mask dalam kereta. Dan dalam handbag juga sebab pernah sekali tak dibenarkan masuk Shell sebab tak pakai mask. Boleh gelak je kat luar pintu haha.

    ReplyDelete
  10. nasib baik 2 minggu sebelum pkp dah beli satu kotak surgical mask dgn harga masih murah. skrg kena sentiasa ada mask dimana2 berada kecuali di rmh

    ReplyDelete
  11. skrg tak perlu bimbang nk beli surgical mask. kat farmasi byk stock. harga pun dh lebih murah daripada bulan march dulu.

    ReplyDelete
  12. Selalu pakai surgical mask ja bila keluar. Selesa pun selesa hehe

    ReplyDelete
  13. akak pun ada fabric mask ni, beli yang boleh selitkan filter kat dalam tu..beli dua helai, hari2 kena basuh kalo pakai hari2..so boleh alternate dedua selang hari

    ReplyDelete
  14. pasal mask ni kadang sakit hati lak tengok yg pakai dengan tak sempurna. tutup dagu ja :(

    ReplyDelete
  15. Paling sering itu orang pakai yopeng muka di bawah hidung, seolah hidungnya nggak berpotensi menyebarkan atau menerima droplet orang lain.
    Banyak juga yang makai sebentar, lalu dilepas dengan alasan tidak nyaman, padahal itu demi keselamatan semua orang

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.