Balik Kampung Bakal Trending 10 Jun

Wednesday, June 10, 2020

Masing-masing tak sabar menantikan 10 Jun. Seolah-olah hari kebebasan untuk semua. Harinya telah tiba. Destinasi pertama yang masing-masing nak tuju dulu adalah kampung.  Hashtag balikkampung mungkin bakal trending hari ni.

Ke kau orang termasuk dalam golongan yang dah book hotel Langkawi siap-siap tu? Pecah rekod, hotel di Langkawi terima 1,000 tempahan dalam tempoh sejam. Lajuu masing-masing membook hotel. 

Ada yang dah siap pack awal-awal ke tu nak balik kampung? Masing-masing tak sabar nak pulang ke kampung. Masih mood raya lagi kan? Itu yang buat lagi tak sabar tu.

Balik kampung kali ni macam balik kampung yang terrrrlalu bermakna untuk kita semua. Perasaan lain macam bila PM umumkan boleh rentas negeri tu. Excited masing-masing dah ready menantikan PKPP ni. Macam setahun tak balik kampung.

Moh lah kita semua balik kampung. Ibarat macam raya 1 Syawal je kan. Baru boleh nyanyi lagu balik kampung. Okay, tak sentap dah. Dah boleh nyanyi lagu balik kampung dengan gumbiranya. Dah boleh lupakan lagu dendang perantau tu. 


Dalam kita gembira, ada juga yang masih bersedih tak dapat balik kampung sebab kerja. Takpe, sabtu ahad cuti hari biasa masih ada. Bukan esok je hari untuk balik kampung.

Apapun SOP jangan dilupakan lah. Sampai-sampai jangan terus salam peluk ye. Bersihkan diri dulu okay. Balik kampung tu, gembira-gembira juga keselematan diutamakan. Selamat balik kampung. Semoga selamat sampai di kampung tercinta masing-masing.


Lirik Lagu Balik Kampung

Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung, ladang, dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung!
Ho-ho-ho ...
Balik kampung!
Ho-ho-ho ...
Balik kampung!
Hati girang!
Ho-ho-ho ...
Balik kampung!
Ho-ho-ho ...
Balik kampung!
Ho-ho-ho ...
Balik kampung!
Hati girang!
Terbayang wajah-wajah yang kusayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulanganku nanti
Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung, ladang, dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu…

Fiza tak balik kampung ke? Eh, mana boleh tak balik. Takpe, kau orang balik dulu. Fiza pendam sikit lagi semangat balik kampung tu. Bukan ape, kita risau awak ramai-ramai ni. Risau jammed juga tak gigih nak redah walaupun tak ikut highway. 

Ingat ikut jalan kampung tak jammed ke? Seremban ke Pilah pun kalau jammed boleh makan 2 jam menunggu. Jam berapa pulak nak sampai Segamat kan. Biar dulu. Ikut giliran. Kau orang gerak dulu. Pape roger!


18 comments

  1. wehh .. wak pon selalu gak sangkut jem kuala pilah nk balik Kl kat Bukit Putus dari Seri Menanti tuuh.. huhuhu

    ps. tapi kat mana ada tulisan besar Kuala Pilah tu? wak x penah nmpk lg ponn

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu perkara biasa wak kalau weekend atau musim cuti. kalau dari pilah tak nampak signage ni wak. kena toleh ke kiri baru nampak kat bukit putus tu. tapi kalau dari seremban nak ke pilah memang nampak sebelah kanan sebelum tempat ambik air tu wak.

      Delete
  2. confirm penuh jalan. hehe. kat pilah tu aduhai berkicap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu lah tu macamana harini..tgk update terkini nanti.
      pilah dan jammed berpisah tiada.

      Delete
  3. Seronoknya dapat balik kampung..lama dah tak balik

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. rasa macam tu juga. apepun semoga semua selamat sampai di kampung masing-masing.

      Delete
  5. seronok balik kg.. kami balik Terengganu lusa untuk Raya Kali Ke2.. Sibling siap plan nak bergambar raya, bakar ayam bagai, masak nasi dagang, siap buat sate bagai.. I is layankan aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tu semua plan nak balik kampung beraya bersama. makan makan lagi tu barulah feeling balik beraya kan.

      Delete
  6. hahah sama lah...akak pon nanti2 lah dulu balik...awal2 ni mesti jammed...

    ReplyDelete
  7. Happy nya kalau bisa balik kampung, kalau saya sepertinya harus menanti tahun depan saja, masih was-was mau balik kampung sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih berfikir-fikir waktu yang sesuai untuk balik. masih risau juga.

      Delete
  8. Selamat balik kampung & selamat hari raya Fiza. Hati-hati di jalan raya 😊

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.