Satu Hari di Hari Raya PKP

Monday, May 25, 2020

1 Syawal 1441H, satu hari di hari raya Aidilfitri. Rasa janggal bila takbir raya tak kedengaran di Masjid. Sunyi sepi. Tambah rasa janggal bila beraya di rumah sendiri. Suasana raya macam tak ada. Tak sibuk nak bersiap-siap ke masjid, tak sibuk sibuk nak siapkan juadah pagi raya. Semuanya tenang seperti hari biasa. Lagi sunyi sepi bila beraya berdua je. Takpe, dah terbiasa.

Pagi-pagi cuma siap-siapkan baju raya je dan hidangan raya pun cuma rendang je yang dah masak awal malam raya. Senang siapkan awal. Pagi-pagi tak payah nak masak lagi dah. Rezeki pagi raya, dapat nasi impit, rendang daging, kuih tart dan kek buah jiran bagi. Alhamdullillah, dapat juga merasa rendang mak-mak. Nasi impit pun tak payah masak sebab cukuplah untuk kami berdua makan.


Pujuk hati, hari raya kena meraikan juga. Masing-masing sibuk bervideo call dan bergambar di pagi raya. Tahun ni berbaju raya di satu hari raya je lah. Yang lain buat stok tahun depan je lah kot kan. Mood raya sebulan tu macam mood raya sehari je. Dah tak boleh pakai dah raya sebulan tu. Musim PKP, kenalah kita akur dengan keadaan sekarang.

Raya di rumah sendiri tak ada kunjung mengunjung pun. Kita fikirkan keselamatan kita dan juga keselamatan orang lain juga. Benda boleh kita elakkan, kenapa lah kita nak terdedah kan. Stay safe semua. Sila patuh SOP yang hari hari dok cakap tu. Penat tau Dr. Noor Hisham Abdulllah tu pesan hari-hari supaya orang ramai patuh arahan.



Tahun ni tema repeat tema raya tahun 2017. #teamnavyblue lah kita tahun ni ye. Tengok kat facebook pun ramai betul tema navy blue tahun ni. Meriah gambar raya masing-masing walaupun family potrait ada yang tunjuk video call je. Tetap meriah disambut. Apa apapun "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN" Semoga bergembira di hari raya.


47 comments

  1. selamat hari raya fiza. cantik color sedondon navyblue

    ReplyDelete
  2. Ada sedara datang rumah dan kitorang datang balik rumah. Itu je.
    Alhamdulillah pemberian jiran-jiran yang banyak.
    Walaupun berbeza sambutan tahun ni tapi diraikan Aidilfitri.

    ReplyDelete
  3. Salam raya PKPB 1441H
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya Fiza.
    Cantik baju Fiza :)

    ReplyDelete
  5. Salam Aidilfitri.. Moga Covid hancurr sebelum tamat fasa kalini... Adoi

    ReplyDelete
  6. Walaupun PKP, raya tetap raya biarpun suasana sepi. Selamat hari raya buat Azhafizah dan family. Mohon maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Raya still ON.
      Selamat hari raya maaf zahir batin kak :)

      Delete
  7. Selamat Hari Raya kak...

    Saya juga stay at home. Sambil makan kue lebaran karena tidak ada yang datang ke rumah kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga. Mari habiskan kuih raya di rumah sendiri :)

      Delete
  8. Selamat Hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin ye.

    Jemput mai rumah tak boleh so jemput mai blog ja la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Raya Online gitu :)

      Delete
  9. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN SIS AZHAFIZAH =)

    takpe je baju yang lebih atau tak pakai tu simpan stok tahun depan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari raya silah
      itu lah kan, buat stok akan datang je lah

      Delete
  10. Selamat Hari raya Aidilfitri kAk Fiza. ^^ Maaf Zahir batin.

    Kat tv pun kurang takbir raya. Macam tak raya pun hado Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aien
      Maaf zahir batin. feel raya kurang sikit tahun ni.

      Delete
  11. salam aidilfitri maaf zahir batin ahkak fiza tuuh.. :p

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya PKPB
    Maaf zahir batin ya!

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya fiza! sy plak tema darkblue.. hihi

    xpela tahun ni raya luar biasa.. demi keselamatan sume..
    arap tahun dpn boleh raya sakan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya Ezy. lebih kurang sama tema kita. Harap begitulah boleh raya bersama keluarga.

      Delete
  14. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga ye fiza..

    ReplyDelete
  15. Raya tahun ni berbeze lah,,tak macam tahun lepas...karena virus covid19

    ReplyDelete
  16. Taqobbalallahu minna waminkum. Salam Aidil Fitri. Cantik color tu.

    ReplyDelete
  17. Memang janggal..tapi dalam tv masih kedengaran takbir raya..
    Salam ukhwah dan selamat hari raya dari bunda.

    ReplyDelete
  18. Selamat Hari Raya Aidilfitri fizaaa :)

    Raya tetap raya kan walaupun berdua je. Sama laa kita. rindu kampung halaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga cik pijaaa. harap lepas ni kita boleh balik kampung raya dengan family pulak.

      Delete
  19. Selamat hari raya aidil fitri ya, mohon maaf zahir batin.
    Maafkan jika mungkin ada tulisan saya yang menyinggung dan menyakiti hatinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya maaf zahir batin. begitu juga saya kak :)

      Delete
  20. Salam Syawal ke 18 dari Blog Akak Kembang

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.