home

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Paling Mudah

Wednesday, May 06, 2020

Rasanya dah berbulan-bulan lamanya teringin makan ketam masak cili api sebelum PKP lagi. Setiap kali husband keluar beli barang dapur mesti tulis siap-siap beli ketam dalam kurungan kalau ada. Setiap kali husband balik mesti tak ada ketamnya. Maksudnya tak ada lah tu. Syukur bukan mengidam macam orang mengandung. Kalau tidak, jenuh juga si suami nak mencari ketam untuk isteri. Dapat bayangkan kesusahan itu. 

Kalau betul-betul mengidam, nak tak nak kena cari jugak. Betul tak orang lelaki? Demi isteri tercinta lah katakan. Harap kalau pregnant nanti tak lah mengidam bukan-bukan. Mahunya tidak! Haha..Alhamdulillah semalam husband keluar beli barang barulah dapat beli ketam. Itupun ketam yang tak berapa nak segar. Takpe, syukur akhirnya dapat juga makan ketam untuk menu berbuka 12 Ramadhan.

Husband balik beli barang tengahari. Siap kemas barang dapur semua, terus makan ketam siap-siap. Masak lemak cili api kalau lepas masak terus makan macam kurang sedap. Fiza masak awal sikit lah, konon berbuka nanti senang tak payah masak dah. Alang-alang dah membersihkan barang basah, terus masak sekali. Cuma sayur je lah tak masak awal.



Ikut style resepi mak Fiza, mak masak semua jenis masak lemak cili api mudah je. Bahan-bahan sikit je dan tak perlu renyah nak menumis bagai. Style orang Johor lah. Kalau negeri lain mungkin berbeza atau mungkin juga sama. 

Bahan-bahan

Ketam
Cili Api
Kunyit hidup
Serai (diketuk)
Garam 
Santan
Asam Keping

Cara Masak Ketam Masak Lemak Cili Api

Blend cili api dan kunyit hidup. Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama bahan blend tadi tu. Masak dengan menggunakan api yang perlahan. Sentiasa kacau untuk pastikan santan tak pecah minyak. Lagi-lagi bila kuah dah mendidih. Kena rajin mengacau kuah tu baru santan dia akan jadi elok dan sedap. Gambar atas tu Fiza tak kacau, cuma masak guna api perlahan je sebab dok menyambil buat kerja lain. Itu yang kuah dia tak berapa nak cantik.

Kalau guna santan segar perah sendiri tu boleh guna 1 biji kelapa. Kalau guna santan kotak, guna 1 kotak dan kenalah tambah air secukupnya. Mudah dan sedap kalau masak macam ni. Ada juga yang suka tumis dengan bawang. Yang tu belum cuba lagi sebab nak cepat masak guna kaedah mudah je.

Masak ketam, ayam dan daging je letak serai. Kalau masak udang dan ikan tu biasa bahan dia cuma kunyit hidup, cili api, asam keping, garam dan santan je lah. Masak cili api ni kena pedas dan kuah dia kena pekat baru lah sedap kan. Dan kalau makan tu, lagi sedap masak beberapa jam sebelum baru makan.

Lepas masak terus makan, kuah dia masih cair lagi dan tak cukup pekat lagi. Sama juga macam rendang, kena masak seawal yang boleh barulah sedap menikmati hidangan yang lebih sedap rasanya. Kalau ala kadar je masak, mana mahunya nak sedap. Kecuali kalau lapar, semua jadi sedap.


12 comments

  1. Lamanya tak makan ketam sejak pkp ni susah nak jumpa ketam la

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, musim pkp memang susah betul nak dapat ketam.

      Delete
  2. Makanan setelah pembuka, sedap nii. Benar kali kalau lapar semua jadi sedap hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sedap tapi susah nak dapatkan ketam sekarang ni :)

      Delete
  3. lama tk mkn menu ketam..bln puasa ni pn blum ada lg menu ketam

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap ada rezeki akak dapat makan ketam dibulan puasa ni. aaminn

      Delete
  4. Sedap.. Lama tak buat masak lemak ketam nie..

    ReplyDelete
  5. baru je cakap pasal menu ni dengan housemate beberapa hari lepas...dia macam teringin pulak...boleh la rujuk resepi fizah ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan sedang elok sampai sini. selamat memasak ketam :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.