Pernah dengar Raw African Black Soap (RABS) tak? Tak pernah dengar? Meh nak cerita sikit pasal Raw African Black Soap (RABS) ni. Jujur cakap, Fiza tak pernah dengar apatah lagi ambil tahu. Sampailah ada ternampak kawan jual. Dan dan tu jugak macam berminat nak ambil tahu.

Kalau kau orang ada masalah kulit macam jerawat teruk atau ekzema tu. Nak kulit kau orang elok dengan cara yang lebih selamat, eloklah berkenalan dulu dengan si RABS ni. Salah satu pilihan untuk merawat kulit dengan selamat sebab menggunakan bahan-bahan organic. Tapi mostly raw african black soap  banyak dijual di amazon. Macam susah nak beli kan? Nanti Fiza share kat mana boleh beli RABS di Malaysia ni.

MANFAAT RAW AFRICAN BLACK SOAP (RABS)

Apa yang Fiza baca, Raw african black soap benefits banyak. Raw african black soap boleh merawat beberapa masalah kulit macam acne, eczema dan menarik sekali boleh guna untuk rambut juga. Pelik tapi benar ya kawan-kawan. Tak percaya? Boleh google african black soap for hair. Bagus atau tidak, rajinkan membaca feedback dan testimoni.

The truth about black soap ni memang menggunakan bahan-bahan organic tanpa sebarang bahan kimia. Salah satu bahan yang digunakan adalah cocoa pod ash. Tak tahu cocoa pod tu apa? Cocoa pod ash ni kulit koko yang dibakar sehingga kering. Fungsi dia sebagai LYE.

ORGANIC AFRICAN BLACK SOAP INGREDIENTS

Untuk pengetahuan semua, kalau kita nak buat sabun (handmade/homemade) kena ada bahan utama dia LEMAK + LYE. LYE ni fungsi dia membantu dalam proses (saponifikasi) pembuatan lemak jadi sabun. Zaman sekarang LYE dah siap-siap dibuat di makmal diberi nama sodium hydroxide. 

Dulu tak ada sodium hydroxide ni, jadi orang dulu buat sendiri LYE dari cocoa pod dari kulit plantain atau kayu. Dengan cara bakar sampai kering dan guna untuk pembuatan sabun. Walaupun dah ada LYE yang baru dan terkini, tapi RABS masih mengekalkan penggunaan LYE lama untuk mengekalkan khasiatnya tanpa bahan kimia.

Bahan-bahan lain yang terkandung dalam RABS adalah Shea Butter, Cocoa Butter, Baobab Oil, Neem Oil dan Coconut Oil. Raw African Black Soap juga tiada lemak haiwan, tiada SLS dan tiasa Paraben. 

ORGANIC AFRICAN BLACK SOAP REVIEWS

Sesuai untuk semua jenis kulit. Yang ada masalah jerawat teruk dan ekzema boleh cuba amalkan sebab ada fungsi antibakteria. Bila guna produk yang organic ni selamat cuma dia akan ambil masa sikit lah.

Perubahan selepas menggunakan RABS dapat dilihat seawal 1 minggu dengan penggunaan secara konsisten ye.  RABS juga dapat membantu memulih dan mengeringkan kulit luka dan kudis.

Boleh digunakan untuk keseluruhan badan. Tak terhad untuk kulit muka je ye. Boleh guna satu badan dan juga dijadikan sebagai shampoo untuk rambut.

Tapi! Walaupun sabun ni menggunakan bahan-bahan natural, tak semua kulit boleh terima dan mungkin kesannya berbeza pada setiap orang.

Jadi, kalau rasa tak sesuai lebih baik berhenti. Mungkin ada jenis kulit yang alah pada bahan-bahan organic yang ada dalam sabun ni. Kalau serasi, boleh teruskan mengguna. Kena faham sendiri kulit masing-masing ye.

Setiap penjual tak menjanjikan 100% keberkesanan produk ni. Macam Fiza cakap tadi, ada orang tak sesuai dengan produk organic ni dan setiap orang kulit berbeza. Tapi kalau nak cuba cara lain, boleh cuba RABS ni. Jangan tanya Fiza, Fiza tak pernah guna. Pakar kulit pun bukan! Cuma berkongsi maklumat dari apa yang Fiza baca.

CARA PENGGUNAAN RABS

Nak jimat guna dan tak nak sabun cepat cair, potong sabun pada saiz yang kecil dan simpan dalam bekas. Gunakan 2 kali sehari dan boleh gunakan produk skincare yang sesuai selepas menggunakan RABS.

Beli Raw African Black Soap (RABS) di Whatevernedy

Kat mana nak beli Raw African Black Soap (RABS) kat Malaysia ni, Fiza suggest beli pada @whatevernedy. Kalau nasib baik ada ready stock. Kalau tak ada ready stock terpaksalah buat pre order tunggu stok baru sampai. Kau orang boleh juga terus order melalui whatsapp 0197040148.


Untuk yang berminat nak jual Raw African Black Soap ni, bolehlah daftar segera okay. Alang-alang guna, kesan elok. Boleh jual sekali.

Harga Raw African Black Soap (RABS)

100g = RM35
Postage RM8(SM) RM12(SS)

DISCLAIMER : PRODUK INI TIDAK MENJANJIKAN MERAWAT SEBARANG MASALAH KULIT. HENTIKAN PENGGUNAAN JIKA ANDA MERASAKAN SEBARANG IRITASI PADA KULIT. TIADA SEBARANG KONSULTASI DI SEDIAKAN. HANYA PERKONGSIAN TENTANG PRODUK DAN CARA PENGUNAAN SAHAJA.


1 Syawal 1441H, satu hari di hari raya Aidilfitri. Rasa janggal bila takbir raya tak kedengaran di Masjid. Sunyi sepi. Tambah rasa janggal bila beraya di rumah sendiri. Suasana raya macam tak ada. Tak sibuk nak bersiap-siap ke masjid, tak sibuk sibuk nak siapkan juadah pagi raya. Semuanya tenang seperti hari biasa. Lagi sunyi sepi bila beraya berdua je. Takpe, dah terbiasa.

Pagi-pagi cuma siap-siapkan baju raya je dan hidangan raya pun cuma rendang je yang dah masak awal malam raya. Senang siapkan awal. Pagi-pagi tak payah nak masak lagi dah. Rezeki pagi raya, dapat nasi impit, rendang daging, kuih tart dan kek buah jiran bagi. Alhamdullillah, dapat juga merasa rendang mak-mak. Nasi impit pun tak payah masak sebab cukuplah untuk kami berdua makan.


Pujuk hati, hari raya kena meraikan juga. Masing-masing sibuk bervideo call dan bergambar di pagi raya. Tahun ni berbaju raya di satu hari raya je lah. Yang lain buat stok tahun depan je lah kot kan. Mood raya sebulan tu macam mood raya sehari je. Dah tak boleh pakai dah raya sebulan tu. Musim PKP, kenalah kita akur dengan keadaan sekarang.

Raya di rumah sendiri tak ada kunjung mengunjung pun. Kita fikirkan keselamatan kita dan juga keselamatan orang lain juga. Benda boleh kita elakkan, kenapa lah kita nak terdedah kan. Stay safe semua. Sila patuh SOP yang hari hari dok cakap tu. Penat tau Dr. Noor Hisham Abdulllah tu pesan hari-hari supaya orang ramai patuh arahan.



Tahun ni tema repeat tema raya tahun 2017. #teamnavyblue lah kita tahun ni ye. Tengok kat facebook pun ramai betul tema navy blue tahun ni. Meriah gambar raya masing-masing walaupun family potrait ada yang tunjuk video call je. Tetap meriah disambut. Apa apapun "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN" Semoga bergembira di hari raya.

Fuhhh..hari terakhir ramadhan, berbuka puasa rendang lah kita ye. Lauk ayam rendang 3 kali Fiza masak dalam sebulan berpuasa ni. Tahniah Puan Fiza. Tak sesia belajar masak rendang, bila raya dalam masa PKP ni at least boleh masak rendang sendiri. 

Masak rendang ayam lambat sikit lebih kurang pukul 5:30 petang macam tu disebabkan menyiapkan tempahan kad raya musical tu lah. Bila kau ambil order yang last minit tu, siapkan jugalah. Alang-alang tengah free kerja lain dah siap. Ambil juga lah. Cuma bila dah petang sangat atau malam memang tak dapat nak ambil dah. Mahap lah ye. Saya juga nak beraya buat persiapan macam orang lain juga.

Sudahnya pukul 8 lebih baru lah masak elok rendang ayam Fiza. Maka, berbuka dengan kurma dan air je lah. Lepas tu terus solat maghrib je. Biasalah kan hujung-hujung Ramadhan ni, sibuk mengalahkan beraya kat kampung je. Malam raya sedih betul dengar takbir raya, menusuk dalam jiwa pergi dia. Nak nangis boleh tak?


Kita hidangkanlah rendang ayam ni dengan pinggan mak. Fefeeling berada dekat kampung kononnya lah. Fiza masak rendang ayam johor style. Makan dengan nasi. Esok tak tahu lagi nak masak nasi impit ke pulut entah. Tengok dulu kerajinan dia tahap berapa.

Bila malam berdetam detum bunyi bunga api mercun. Meriam pun ado! Kat bandar ni ada juga ye? Betul-betul sakan. Kalau raya kat kampung Fiza, malam raya ni sibuk layan TV sambil menyembang. Kadang tak tengok pun TV lebih kepada menyembang. Iyelah kan, bila berkumpul lama tak sembang banyak nak diborakkan.

Tahun ni kita sembang guna phone je lah. Okaylah kan tak sembang banyak, tak de lah geng makcik pakcik bawang. Okay, jom tidur esok raya! 


Hari terakhir Ramadhan. Sayu dan hiba Ramadhan bakal berlalu pergi. Harap dipanjangkan usia lagi bertemu Ramadhan akan datang. Tahun ni suasana Ramadhan yang berbeza. Begitu juga hari raya yang bakal kita sambut esok. InshaAllah..Buat pertama kalinya kita beraya beramai-ramai sebagai anak perantau sebab tak dapat balik beraya di kampung bersama keluarga disebabkan masih dalam tempoh PKP ni.


Tengah buat rendang, anyam ketupat, mendodol, melemang ke tu? Best lah kan ada suasana meriah macam tu. Abah Fiza dah siap buat lemang dah. Aduhaiii...nak balik kampung! sabar sabar..puasa kena sabar lebih. Dugaan dugaaan...Yang keseorangan ke berdua ke, marilah kita berfikir apa nak dibuat untuk persiapan raya esok. Fiza fikir nak masak rendang je ni. Masak nasi impit ke pulut ke pun sedap juga untuk dihidangkan esok. 

Malas nak masak nasi impit sebab husband tak suka. Sudahnya nanti kenalah habiskan sorang-sorang. Lebih senang masak nasi je. Tapi teringin nasi impit jugak. Masih dalam dilema. So fikir dulu lah. Harini agak sibuk siapkan tempahan card raya musical. Dah hujung hujung ni pulak ramai yang order. Mana tak sempat tu tak ada rezeki lah. Ampun! Order lambat, tak dapat lah.

Tahun ni upgrade sikit kad raya versi musical. Canggih tak? Hihi..tapi nak buat banyak-banyak tak larat. Ambil order mana yang mampu je. Alhamdulillah rezeki bulan puasa ni. Bolehlah buat duit raya untuk diri sendiri. 

Apapun Fiza nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA, MAAF JIKA ADA TERSALAH KATA dalam blog Fiza ni yang ada mengguris hati sesiapa. Semoga semua orang gembira di hari raya. Kekalkan social distancing dan patuhi SOP okay! Ingat tu! ". Yang belum bayar zakat, pi bayar lekaih.

Bismillahirrahmanirrahim...Setelah berfikir-fikir sampai terlebih masak, akhirnya Fiza buat juga account instagram baru untuk portfolio food/products photography by Fiza yang diberi nama PHOTOGRAFIZAA

Gabungan Photography dan fiza, jadilah PHOTOGRAFIZAA. Terlebih satu a kat belakang sebab photografiza not available.

Okaylah kot nama tu je. Harap tak berubah lah. Nampak kena dan lebih sesuai. Ringkas kalau nak dibandingkan dengan Photography by fiza tu.

Kena juga buat portfolio khas untuk photography sahaja. Bolehlah buat rujukan untuk customer tengok hasil kerja Fiza. Mulanya macam suka suka je untuk ambil gambar nampak cantik. Belajar dan terus belajar secara online sampailah rasa tahap yakin. 

Bila ada yang bertanya " ada service ambil gambar untuk product tak?" Fiza pun balaslah dengan yakin. Ada! 


Alhamdulillah...customer pertama Fiza berpuas hati dengan hasil gambar yang dah siap di edit. Lega bila customer berpuas hati. Kalau tidak, kenalah bagi jadi sampai puas hati. Sebenarnya nak ambil gambar ni kena bukan mudah ye. Angle kena betul, lighting tak on point boleh beri kesan gambar kurang menyerlah.

Sampai sakit pingganglah mencari angle yang sesuai tu. Nak styling props lagi. Banyak kerja tu. Siapa kata senang. Cuba buat sendiri, tengok camne. Masa mula belajar shoot untuk dapatkan sekeping gambar cantik pun susah. 

Kena ambil banyak shoot dan pilih. Kena struggle lagi dengan tangan jangan gegar, nanti gambar tak sharp pulak. Mujur ada tripod, penyelamat!

Bila dapat gambar lawa, kepuasan tu mengatasi kepenatan.. faham tak? Itu baru part ambil gambar, belum lagi proses editing. Ye, memang banyak keja. Tapi kalau kau orang tak ada masa, boleh upah Fiza untuk produk kau orang.

kalau kau orang ada jual produk tapi tak pandai atau tak ada idea nak shoot. Serahkan kepada Fiza, inshaAllah Fiza akan realisasikan gambar jadi lebih menarik. Nak jual produk, kualiti gambar kenalah elok juga sebagai tarikan dan juga lebih bagus untuk tujuan marketing. Betul tak? 

Kita boleh bincang tepi sampai jadi. Fiza akan bagi harga promo untuk yang terawal tempah slot okay. For now, tak mintak banyak cuma nak minta follow instagram @photografizaa dan support Fiza boleh? 

Terima kasih in advance yang sudi follow dan support instagram @photografizaa.
Nak masak apa entah berbuka nanti. Nak masak ayam, esok nak buat rendang pulak. Ikan pulak tinggal ikan cencaru je. Nak masak apa ye? Baru teringat ada stok sardin setin dalam kabinet. Tak fikir menu lain dah. Ada sardin semua boleh settle. Hujung-hujung Ramadhan ni semacam menebal sikit kurang rajin nak masuk dapur.

Masak sardin ni kenalah ada bahan tumis barulah rasa dia lebih sedap. Tumis pun nak kena garing jugalah. Sebelum ni ada update menu sardin juga. Wak kata "Sardin ni pun nak kena pilih brand jugak, Ada yang sedap ada yang kureng". "Kena pilih brand elok then sedaplah rasa sardin tu. kalau brand yang cikai2 , sardin dan sosnya sekali tak begitu sedap."tambah Kak Pip. Setuju sangat dengan komen mereka.


Ikan Sardin Vs Ikan Mackerel

Ikan sardin ada banyak jenama. Nak sebutkan satu-satu rasanya macam banyak sangat kot kan. Tapi ikan sardin ada 2 jenis. Ikan sardin dan ikan mackerel. Pernah perasan tak label nama ikan pada tin sardin tu? Atau tak perasan lansung atau tak pernah tahu lansung? 

Mana nak perasan kalau tin sardin dan warna tin memang sama. Cuma label dan nama ikan je lah bezanya pun. Nak tahu beza mana satu ikan sardin, mana satu ikan mackerel silalah baca labelnya ye. Ada orang anggap semua sardin sama je dan jenis tak kisah ikan sardin ke mackerel je. Ada juga yang rasa ikan sardin is ikan sardin. So memang tak ambil port jenis ikan apa pun. 

Beza Ikan Sardin dan Ikan Mackerel

Pada luaran tin, bezanya pada label nama ikan. Isi dalam dia, ikan sardin ikan dia bersaiz kecil dan agak banyak. Purata lebih kurang 4-5 ketul ikan sardin. Ikan Mackerel pulak saiz dia besar dan paling sikit pernah dapat pun 3 ketul. Tin ni merujuk kepada saiz tin sederhana tu. Bukan yang kecil sekali. Tak pernah beli yang saiz kecil tu. So tak tahu berapa isi dalam dia.

Biasa beli saiz sederhana kira kuantiti yang sesuai lah untuk makan berdua dan lebihan tu akan masak untuk menu lain macam nasi goreng sardin, sambal sardin cicah roti, kuah cicah lempeng, kuah cicah roti puri,sandwich dan banyak lagi lah. Ada lebihan lauk sardin, macam-macam menu timbul dalam kepala otak ni.

Selain sambal sardin berkuah ni, Kak Sunah cakap "masak asam pedas sardin". Macam menarik menu asam pedas sardin tu. Tak pernah cuba lagi. Tapi masak asam pedas pun Fiza failed camne nak buat tu? Kena belajar lah kan. Macam tak biasa pulak nak belajar masak pun! Okay baik, nanti boleh cuba masak asam pedas sardin.

Resepi Sardin Sambal Berkuah 

Yang suka petai boleh masak sambal sardin petai. Menu ni pun belum pernah cuba gak tapi ada pernah terbaca resepi sambal sardin petai. Ada orang lebih suka buat sardin sendiri guna ikan sardin tu. Dah tentu cara buat sardin tu agak renyah dan leceh. Tapi orang kata lebih puas hati dan lebih yakin lah nak makan sardin yang di proses pembuatan tu sendiri. Kalau ada pressure cooker lagi senang kot cara nak buat dia.

Yang tak suka sardin pun ada. Mungkin sebab tak suka makanan dalam tin. Tapi ye lah kalau boleh jangan makan selalu makanan yang dipek dalam tin ni. Tak bagus untuk kesihatan. Kalau boleh elakkan atau jangan makan terus. Ending dia, Fiza sendiri confused nak cerita sardin ni sedap atau sardin ni tak elok dimakan. Mari renung-renungkan dan berfikir bersama. Okay bye!

Persiapan raya 2020 | Eh macam tak percaya, sehari je lagi kita bakal meraikan hari raya Aidilfitri. Biasa sehari dua ni dah sibuk dengan persiapan raya dengan checklist raya masing-masing. Masa macam ni lah juga dah ramai balik kampung. Tapi raya tahun ni suasana sambut raya dan persiapan tu berbeza sungguh la kan

Apa cerita yang balik kampung semalam? Dengarnya ramai yang kena berpatah balik semula. Aduh kau orang pun. Jangan lah gigih sangat balik kampung tu buat masa ni. Duduk rumah sendiri diam-diam je boleh tak?

Hari ni hari untuk tengok anak bulan ye? Lepas tu kita dengar pengumuman pengistiharan Hari Raya Aidilfitri. Dulu-dulu suka betul tunggu pengumuman pengistiharan Hari Raya Aidilfitri ni. Berdebar-debar tunggu pengumuman raya macam tunggu result exam.

Habis je sebut raya hari apa, terus semua bersorok gembira yeay! esok raya! Seronok kan ramai-ramai berkumpul malam raya di kampung. Tahun ni kita kena redha beraya di mana jua asalkan semuanya selamat. Selamat itu dah cukup membahagiakan. Walaupun tak dapat balik beraya di kampung, hari raya wajib diraikan setelah sebulan berpuasa. Sedih macamana pun, sabar dan raikan lah raya walau di mana juga.

Tak balik kampung Mak...

Tak berapa nak kuat sangat juga bila fikirkan tak dapat beraya di kampung. Bila call, soalan yang mak akan tanya "balik kampung tak?". Susah tau nak menjawab dengan jawapan 'tak' tu. Rasa bersalah tak dapat balik kampung. Harap juga mak ayah kita di kampung sabar menanti anak-anak balik. Cepatlah virus Covid 19 berlalu pergi. Kita boleh jalani hidup normal macam sebelum ini. Rindu!

Jangan Kunjung Mengunjung!

Okay, berbalik kepada tajuk asal kita. Bila pertama kali beraya di rumah sendiri. Persiapan tu tak tahu nak siapkan apa sebenarnya. Memandangkan tak boleh kunjung-mengunjung raya kali ni. No tetamu okay! Kita sabar dulu nak datang raya rumah orang pun. Termasuklah keluarga sendiri. 

Bahaya weii, ada dengar tak yang kes keluarga berbuka beramai-ramai tu, hampir semua yang berkumpul terpalit kena virus Covid. Tak pasal-pasal orang lain juga terkena. Yang menyebarkan pun mesti rasa bersalah. Tak naklah jadi macam tu kan. Mana yang boleh kita elakkan tu, elakkan lah ye. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Tak kan masih tak ingat lagi ayat klise. Ke buat-buat lupa?

Persiapan Baju Raya

Kita yang duduk rumah diam-diam ni buatlah persiapan raya apa yang perlu. Baju raya pun dah selamat sampai. Pre-Order bulan March haritu, minggu ni baru sampai. Tahun ni kononnya nak raya sakan lah kan. Sampai order 3 pasang! Bukan nak sakan sangat pun, sebab harga promo masa tu. Kira murah lagi lah kot sepasang bawah RM150. Alang-alang ada rezeki lebih, belilah 3 dan bayar deposit untuk lock order. Bila dah PKP ni, pakai sepasang je la kot 1 Syawal nanti.


Sebabnya juga, Fiza pernah beli di tempat yang sama dan tahu kualiti dia macam mana. Suka dengan kualiti dan service dari owner dia. Pre-order dan kena tunggu stok dari Indonesia pun takpe sanggup tunggu. Lagipun tengok harga-harga baju raya sekarang bukan main bangsawan lagi harga dia. Apa hal baju kurung plain pun dah RM200 lebih kan. Ada juga baju raya harga lain, kain pulak harga lain. Trend terkini mungkin.

Iye, kita kurang bajet ni memang kena berkira-kira bab bajet. Fikir berbaloi ke tidak dengan harga. Kalau harga sepasang baju boleh dapat RM1++, kenapa nak beli sepasang yang RM3++ kan. Boleh dapat 2 pasang kot kan. Ikutlah masing-masing punya bajet.

Tudung dah siap-siap beli juga bulan march haritu. Kasut dan handbag tak perlu kot. Bukan nak berjalan raya pun. Baju husband pun pakai mana yang matching je, husband kata. Lelaki biasalah tak beria macam perempuan. Mengaku je lah kan. heh! Tema warna apa? Tunggu raya nanti ye. Tak surprise lah reveal sekarang.

Kuih Raya

Kebiasaanya Fiza akan buat kuih raya untuk bawa balik kampung. Kuih raya untuk rumah sendiri tak ada sangat sebab tak berapa nak ada kat rumah sangat pun bila raya ni. So, tak ada tetamu datang. Kalau datang pun jamu makan makanan berat-berat macam goreng mee ke, bihun ke. 

Bila tahun ni 'no tetamu'. Jadi, tak payah lah buat kuih raya. Buat macam-macam nanti sapa nak makan pulak. Jenuh laki bini nak habiskan makanan. Tak perlu membazir melainkan terlebih rajin nak membuat kuih raya. Mak mertua pun dah bagi kudapan kuih raya legend. Rempeyek dan kuih gunting.


Nak buat kek pun macam kurang mood. Mana taknya, mencari cream cheese pun susah sekarang. Borong sakan masing-masing ye. Sudahnya nak makan kek, beli kek sebiji Secret Recipe. Ha ambik! Sepotong sehari boleh makan. Puas hati den!

Rumah Raya

Ikutkan nak cat rumah nak cat warna putih je tapi bajet tak ada. Hold dulu. Kemas apa yang patut je lah. Satu apa pun tak bertukar baru. Takpe, raya bukan terletak pada sesuatu yang baru kan. Kita raikan dengan penuh kesyukuran dan gembira. Pujuklah hati sendiri walau macamana sekalipun okay!

Duit Raya

Nampaknya pendapatan kanak-kanak tahun ni bakal terjejas sebab tak boleh dapat banyak duit raya. Tahun ni Fiza pun tak spend untuk duit raya sebab kekurangan bajet. Sejak PKP ni, banyak benda yang perlu kita fikirkan bila pendapatan kita juga terjejas. Bertabahlah...Semoga dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aamiin...

Kesimpulan

Panjang eh karangan hari ni. Macam buat kerja sekolah penulisan Bahasa Melayu dah. Persiapan raya 2020 tahun ni berbeza 360° jika nak dibandingkan dengan raya-raya sebelum yang normal. Memang berbeza sekali sambutan dan persiapan raya dalam new normal ni. Persiapan raya siap tak siap pun tak ada masalah. Kita sambut dengan hati yang gembira okay! 

Siap sedialah ber video call di pagi raya. Tips raya tahun ni, silalah beraya di rumah masing-masing ye. Ada hikmahnya tu, tahun lepas kecoh dengan anak-anak tetamu datang beraya sampai pecah TV, ikan dalam aquarium mati dan bermacam kes ada kan. Tahun ni tak payah risau, kejadian macam tu tidak akan terjadi. By the way, dah bayar zakat ke belum?

Jumaat terakhir Ramadhan...





Cuti masak sehari? Tak ada la totally cuti masak pun. Cuma tak masak untuk berbuka je! Semalam husband keluar ada urusan. Balik dalam pukul 5 petang macam tu. Nampak keluar dari kereta dengan beg plastik putih dan bau dia menusuk ke hidung. Bau ayam! Tak cakap apa, tersenyum sambil bertentang mata berjalan masuk dalam rumah.

Bila senyum tu tandanya harini tak payah beria nak masuk office oil and gas tu (baca : dapur). Maka, diistiharkan cuti masak sehari. Cuti lah sangat kan. Tetap kena masak nasi juga. Tapi tak masak lauk lah. Makan je dengan ayam KFC buat lauk. Lama tak makan ayam KFC sejak PKP. Itu yang husband beli tu. Dia pun sama teringin sebenarnya. 

KFC Snack Plate

Berulang kali tanya husband "betul tak payah masak ni?" Betul, katanya. Isteri tak puas hati tu dok tanya berulang kali. Bukan apa, kalau nak masak kena bagitau senang nak plan masak apa. Kalau nak masak ayam ikan ke kena lah defrost dulu. Mujur juga boleh defrost guna microwave je. Tapi ambil masa untuk masak juga. Kot kalau request rendang ke, kena lagi awal masak.

Bila dah kata tak payah masak, kita pun bersenang lenang lah tinggal masak nasi dan buat air je. Agak lama juga tak makan ayam KFC ni. Favourite KFC menu, KFC snack plate lah sejak zaman berzaman. Zaman dulu murah lagi KFC snack plate ni RM8.++  macam tu. Sekarang dah RM15.++ tau!

Sebelum PKP pernah beli beberapa kali. Beberapa kali tu jugalah dapat ayam KFC yang bersaiz kecil. Ingatkan Fiza je dapat camtu. Rupanya kebanyakkan tempat pun macam tu. Saiz tak setaraf dengan harga. Konon lepas tu taknak beli dah. Lebih berbaloi makan ayam goreng lain. 

Tapi tak boleh dinafikan lah kot ayam KFC ni sedap. Sebab tu bertahan sampai sekarang. Apakah resepi rahsia KFC yang sedap tu? Kalau teringin tu, teringin juga kan. Cuma kecewa bab saiz ayam goreng tu yang sebelum ni. Alhamdulillah kali ni dapat saiz ayam kira besar jugalah. Boleh kira macam barulah berbaloi dengan harganya.

Antara coleslaw dan mashed potato, kau orang lebih suka yang mana? Fiza pilih coleslaw sebab rasa coleslaw dia sedap. Buat sendiri tak pernah jadi rasa macam tu. Aduhaiii...sambil menaip tiba-tiba rasa macam terliur pulak. Marilah kita stop kan entri supaya tak bertambah kecur lagi. Ampun!

Tin! tin! Bunyi yang macam familiar je. Hon abang pos laju! Ingatkan rumah jiran, rupanya rumah sendiri. Seingat Fiza tak ada membeli barang apa-apa. Husband lah yang kena ambil. Senang bila ada husband kat rumah, kita tak perlu nak kalut bersiap nak keluar tu. Datang abang pos laju yang hangin, dia punya tin tin gaya macam orang nak cari gaduh selagi kita tak keluar.

Kita dahlah jenis kalut nak capai tudung nak capai cardigan. Lagilah dapat surprise parcel macam ni tak ready nak siapkan tudung siap-siap. Dalam pada tunggu husband keluar ambil parcel tu, tertanya-tanya jugalah barang apa. Tak sabar nak bukak. Terima parcel di tangan terus tengok siapa pengirim. Lahhh...blogger anum rupanya. Tapi barang apakah?


Selepas parcel dibuka, inilah segala apa yang ada dalam bungkusan parcel tu. Macam-macam ada. Ada tumbler, glass bottle, sheet mask, minyak gamat, fridge magnet dan tak lupa nota comel tu. Lepas post kat media sosial tanya anum. Baru lah tahu hadiah Giveaway. Tapi bila masa menang? Hilang ingatan kejap!

Rezeki dapat semua hadiah dari blogger Anum. Dah banyak kali juga dapat sourvenir dari Anum. Semoga dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aamiin...Terima kasih banyak-banyak Anum. Orang memberi kita merasa. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. 

Betul ke tak Daikin jenama aircond terbaik dan jimat elektrik? Rumah Fiza pakai aircond jenama Daikin Eco King tu. So far nak kata jimat ke tidak bergantung pada banyak mana penggunaannya lah. Bulanan average bil elektrik bawah RM150. Tiba-tiba nervous lain macam bila fikir bil elektrik musim PKP ni. Berapalah agaknya entah!

Penggunaan aircond, masa tidur dengan set timer pukul berapa dan automatic OFF. Siang pulak kalau panas sangat baru ON. Nak jimat lagi, ON sampai bilik sejuk lepas tu OFF. Tapi kadang-kadang ON terlebih masa juga. Kira average bil elektrik tu tak larilah.  Apa yang Fiza baca dan faham tetapan suhu terbaik antara 26⁰-27⁰ macam tu.

Kalau guna suhu 26⁰ tu dah sejuk dah tu. Ada yang guna pada suhu 16⁰ memang kebal sejuk badan kau orang eh. Selain Daikin, jenama York dan Midea pun antara aircond pilihan pengguna. Dah guna aircond ni jangan hanya tahu guna je. Selain kena belajar penjimatan penggunaan aircond, kena juga ingat untuk service aircond bila tiba masanya.

Bila masa nak kena tambah gas. Bila masa nak kena servis. Itu kena ambil tahu kalau nak aircond maintain elok terjaga. Jangan bising pulak aircond tak sejuk lah , aircond tak berfungsi lah, air bocorlah kalau sendiri tak ambil tahu. Macam-macam masalah akan datang kalau kita sendiri tak tahu nak gunakan dengan baik.

Service AirCond Murah Segamat

Tak pandai buat sendiri lagi-lagi tak tahu punca aircond tak berfungsi tu dan aircond tak sejuk tu, silalah hubungi mereka yang lebih pakar. Takut nanti pandai-pandai sendiri lain pulak jadinya nanti. Satu masalah lain pulak yang datang. Dengan musim PKP lagi ni kan. Panggil je orang datang servis aircond.

SERVICE AIRCOND MURAH SEGAMAT (BATU ANAM, TAMAN YAYASAN DAN SEKITAR SEGAMAT)


Untuk yang berada di sekitar Segamat, boleh dapatkan perkhidmatan daripada AMN COOLING SERVICES yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk servis aircond seperti aircond tak sejuk, aircond tak berfungsi, air bocor, tambah gas dan lain-lain servis.

Selain servis untuk aircond, ada juga perkhidmatan penyambungan wayar elektrik (electrical wiring). Kalau tak musim PKP, boleh dapatkan servis aircond AMN Cooling Services di sekitar Selangor juga. Bercita-cita nak tambah aircond ke apa ke, boleh lah contact tanya-tanya dan bawa berbincang.

Hubungi:
www.wasap.my/60193504223/servisaircond
www.wasap.my/60132794849/servisaircond


Kacang panjang ada sikit dalam peti ais. Lepas tu berfikirlah depan peti ais tu nak masak apa dengan kacang panjang tu. Fikir punya fikir dapatlah idea buat menu ikan masak lemak cili api campur kacang panjang. Nak masak ikan masak asam (baca : masak singgang) husband kurang gemar pulak.

Lagipun macam tak sesuai nak dicampurkan dengan kacang panjang. Lainlah kalau ada ubi keladi ke ubi kayu ke sedap juga campur kalau masak asam. Stok ikan cuma ada ikan cencaru dengan ikan mambong je.  So ikan mambong lah lebih sesuai untuk dilemak cili api kan bersama kacang panjang tu.

Asyik ayam je, tukar menu ikan pulak. Kena juga habiskan stok-stok barang basah yang dah lama tak masak. Nanti lagi lama simpan, kurang sedap rasanya nanti. Kacang panjang pun dah menunjukkan tanda-tanda nak layu tu. Sedang elok lah masak kacang panjang yang masih okay lagitu.

Dia kalau masak ikan kembung lagi sedap. Tapi si kembung payah benar nak jumpa pun. Harga pun dah mahal sekarang kan. Selalu jumpa ikan mambong, ikan selar je la yang lebih kurang spesis dia. Beli stok ikan haritu pun ikan dia macam tak berapa nak fresh dan kurang okay.

Eloklah sekiranya kita habiskan dulu stok mana yang patut dihabiskan sebelum tak elok. Peti ais dah kosong nanti boleh topup dengan stok baru kan. Selagi tak kosong peti ais, kita bertahan beli barang dapur. Setakat ni seminggu sekali je husband keluar beli barang. Masak style johor ke style negeri sembilan entah. Lebih kurang serupa lah kot kan.

Ikan Mambong Masak Lemak Cili Api Campur Kacang Panjang

Bahan-bahan

Ikan mambong/kembung/selar/tongkol (cadangan ikan yang sesuai untuk masak lemak cili api)
2 inci kunyit hidup
1 genggam cili api
1 keping asam keping
1/2 sk garam
1 kotak santan
air secukupnya
Kacang panjang (patah-patah kan je)

CARA MASAK IKAN MASAK CILI API CAMPUR KACANG PANJANG

Blend cili api dan kunyit hidup. Masukkan bahan blend dan semua bahan lain dalam periuk. Biarkan masak sambil kacau-kacau kuah untuk elakkan santan pecah minyak. Last sekali baru letakkan kacang panjang dan biarkan masak kejap.

Kalau nak kuah pekat jangan tambah air banyak sangat ye melainkan memang nak kuah lebih dan tak nak pekat. Mudah je kan style masak lemak cili api ni. Resepi ikan masak lemak cili api dengan belimbing buluh lagi lah sedap ganti asam keping tu. Pada Fiza, ikan tongkol paling sedap kot masak lemak cili api campur kacang panjang ni.

Menu macam ni mudah sangat nak masak dan sedap. Sekali campur sampur tu lebih menjimatkan tenaga dan bahan masak tak perlu masak menu sayur lain. 

Resepi Bubur Lambuk Yang Mudah | Tekak teringin makan bubur lambuk pulak. Pukul 3 petang dah masuk dapur sebab nak masak bubur lambuk punya pasal. Kena lah masak awal. Bubur bukan sebarang bubur tau! Nak masak dia kalau tak menunggu lama tak sah. Nak mengacau lagi satu hal. Jenuh! 

Bayangkanlah orang yang memasak bubur lambuk seperiuk besar dalam bulan puasa ni macamana. Mesti letih ya amat! Tapi besar pahala masak untuk orang berbuka puasa nak dibandingkan dengan letih tu apalah sangat. Bulan puasa ni biasanya bubur lambuk akan dimasak di masjid atau institusi yang terlibat dan diagihkan secara percuma. 

Tapi janganlah dok harapkan yang percuma tu. Kalau nak beli boleh beli kat E-Bazaar ada kot kan? Fiza tak pernah cuba beli dari E-Bazaar. Nak makan semua masak sendiri je sebab dah biasa bulan puasa tak membeli juadah kat Bazaar Ramadhan. So bila tak ada bazaar ni tak terasa sangat. 

Cuma kalau ada makanan yang teringin nak makan tu, kalau tak pandai buat kena jugalah mencari Orang kata, bubur lambuk kg baru bubur lambuk paling popular dan sedap. Betul ke? Ada yang pernah rasa. Katanya sedap sebab guna resepi tradisi turun terumurun macam tu. Teringin juga nak rasa tapi jauh sangat pulak kg pandan tu.

resepi-bubur-lambuk-yang-mudah

Alhamdulillah, semalam dapatlah berbuka dengan bubur lambuk ikut resepi bubur lambuk johor mudah kononnya. Walaupun tak cukup bahan, janji rasa tu ada. Lebih kurang 2 jam jugaklah dok mengacau sampai betul-betul jadi bubur dan pekat. Banyak bahan tak cukup tu. 

Tak ada kentang, daging, daun sup dan daun bawang. So kurang sikitlah rasa dia. Kira bubur lambuk kosong je lah kot. Takpe, janji lepas teringin makan bubur lambuk dah cukup bersyukur dah. Tak dapatlah nak kongsi resepi sebab tak cukup bahan kan. Nak cerita pun tak pandai dah. Boleh rujuk dalam link kat bawah ni untuk resepi bubur lambuk mudah.

RESEPI BUBUR LAMBUK GUNA RICE COOKER

Untuk kau orang yang teringin sangat nak masak bubur lambuk tapi nak resepi bubur lambuk mudah dan sedap. Kau orang boleh je masak guna rice cooker. Ye, boleh je gunakan rice cooker. Jangan tak percaya. Tapi Fiza taklah masak guna rice cooker, cuma kongsikan resepi bubur lambuk mudah untuk kau orang yang suka resepi mudah.


Bila baca guna rice cooker mesti kau orang pun teruja nak mencuba kan. Kalau ada periuk mahal noxxa tu, lagi lah mudah boleh cuba resepi bubur lambuk noxxa. Bubur lambuk ada pelbagai versi mengikut negeri dan tempat. So kau orang kena lah tahu bubur lambuk versi mana yang kau orang suka.

JENIS-JENIS BUBUR LAMBUK

Dulu ingatkan bubur lambuk tu satu je. Rupanya ada banyak jenis bubur lambuk mengikut negeri. Bubur lambuk Johor lain, bubur lambuk kelantan lain dan begitulah juga dengan bubur lambuk di negeri lain. Bahan juga berbeza untuk setiap jenis bubur lambuk.

Ada orang suka letak santan, ada juga yang suka letak susu segar. Ikut masing-masing punya cara memasak. Kalau Fiza, suka letak santan lagi rasanya lebih lemak. Tapi kalau tak ada santan, letak susu segar pun boleh. Janji rasa dia tak lari jauh.

Harini nak masak apa? Husband kata masak telur (tolo) itik lah, telur itik mak bagi banyak lagi tu. Semalam pun dah beli pucuk ubi yang tak berapa nak pucuk sangat tu. So boleh lah menggulai telur itik lagi campur pucuk ubi yang ada. Gulai bahasa orang Nismilan, biasa orang sebut masak lemak cili api lah.

Nak masak gulai kena awal sikit lah. Selepas beberapa jam baru sedap makan. Kuah dia akan lebih pekat sikit bila dah tersejat tu. Cuma tinggal panaskan je nanti sebelum berbuka. Kalau makan panas-panas lepas masak tu kuah dia pekat tak pekat macam tu. Cair sikit. Kira sedang elok lah makan selepas 1 jam masak tu.

resepi gulai tolo itik

Fiza masak awal 2 jam! Alang-alang dah ada kat dapur siapkan cili kisar tu, why not sekali kan aje masak untuk berbuka. Nanti tinggalkan sedia untuk dihidangkan je. Beginilah berbuka berdua, ringkas je sudah. Tak ada makanan sampingan kuih muih. Bila terasa nak makan barulah buat untuk moreh selepas terawih tu.


Kadang rasa kenyang sampai ke waktu sahur. Waktu sahur pulak, kalau ada lebih menu berbuka tadi, tak payah masak dah. Tapi kalau habis, sahur mesti masak yang ringkas-ringkas juga macam telur goreng dan lauk ikan bilis, bawang dan cili padi goreng tu. Lauk legend tak pernah tinggal.

Sebelum masak gulai tolo itik, husband order awal-awal kena masak pedas sikit dan kuah pekat sikit. Okay, baik! ikutkan saja. Mujur tahap kepedasan dan kepekatan kuah tu menepati piawaian. Boleh susah hati tau kalau tak dapat masak macam husband nak tu. Lebih suka masak macam apa yang orang nak. Seronok tau bila orang berselera makan apa yang kita masak.

Kita ni yang masak hari-hari jemu dah. Pujilah sedap mana pun, tapi pada diri sendiri sama je rasanya pun. Macam mak kita lah, masak lah macamana pun tetap sedap rasanya walaupun lauk yang sama setiap hari. Betul tak?

Dulu tak berapa suka sangat gulai tolo itik ni. Tapi itulah kan, dah kahwin dengan orang nismilan jadi terboleh suka jugalah makan gulai tolo itik. Gulai tolo itik ni kena tambah pucuk ubi atau pucuk paku. Kalau tolo itik saja dalam gulai tu rasa macam muak pulak makan. Nak tanya juga, telur itik masak apa sedap? Ada baki lagi tu, tak tahu nak masak apa lagi dengan telur itik.


Dulu bukanlah pencinta pokok bunga mahupun pokok berdaun hijau. Nak menanam tu rasa macam jauh sekali nak buat. Tapi...sejak kahwin dan terjebak dengan deko-deko rumah ni kemain tiba-tiba dari benci jadi cinta dengan pokok bunga dan berdaun hijau. Itulah orang kata, jangan benci sangat nanti tersuka tanpa sengaja.

Fiza pun bukan seorang yang suka hijau. Memang tak suka hijau dari kecil lagi. Sebabnya nak tahu tak? Sebab Fiza rasa hijau tu macam katak pisang. Dah lah penggeli dan anti katak. Terus tak suka. Alasan dia macam tak logik. Tapi itulah hakikatnya. Cuma sekarang dah boleh terima sikit kot warna hijau tu. Mungkin macam dah tersuka juga lah. Tapi hijau gelap lah. Hijau terang tu tetap terbayang katak pisang. 

Tak suka warna hijau tapi suka tengok tumbuhan hijau. indescribable...

Baru sedar juga tumbuhan hijau ni bagi kita satu terapi untuk mata, jiwa dan minda. Rasa tengok tumbuhan cantik dan segar ni secara tak lansung rasa senang hati. Dulu mana nak kenal jenis jenis pokok. Sekarang ada jugalah tahu sikit-sikit. Pokok apa yang daun dia macam daun keladi, daun lebar ada koyak berlubang-lubang tu, macam lawa je. Itulah soalan kalau tanya kat orang. 

Bila tahu namanya Monstera Deliciosa, tercari-cari dari nursery ke nursery mencari nya. Masa tu monstera ni tengah hangat dipasaran. Mostly semua nursery tak ada stock. Hebat betul! Barang tengah laku memang macam tu. Sekarang pun masih lagi terlajak laris rasanya.


Beberapa bulan lepas baru dapat beli monstera deliciosa ni setelah beberapa tahun. Makan tahun nak dapat sepokok monstera ni pun. Oh lupa nak cakap, monstera ni ada banyak jenis dan nama-nama tu tidaklah Fiza ingat. Bermacam-macam nama dan berbelit lidah nak menyebutnya. Memang taklah nak ingatnya.

Masa beli pun ada 4 helai daun je. Harga dia RM18 sepasu yang bersaiz sederhana. Yang pasu besar harganya besar jugaklah RM38 seingat Fiza. Yang pasu besar tu banyak lagi. Tempting betul tak tahu nak pilih mana satu. Ikut bajet pilih yang saiz sederhana dulu. Pantau dulu monstera care dia macamana.

So far sekarang dah ada 7 helai daun dan semuanya hidup sihat. Daun pun elok tak ada penyakit dan kulat. Yeay! happy bila tengok perkembangan pokok hidup sihat. Macamana Fiza jaga pokok monstera nii? Fiza letak luar rumah dekat car porch. Pokok monstera ni agak manja juga tak boleh kene matahari direct. Kalau cuaca panas, mulalah pokok menunjukkan tanda-tanda tak sihat.

Kalau rumah kau orang jenis cahaya banyak masuk, boleh lah letak dalam rumah. Rumah Fiza tak ada ruang yang bercahaya sangat untuk letak pokok monstera deliciosa dalam rumah. Terpaksalah letak kat luar juga. Cuma monstera adansonii je Fiza tanam dalam rumah sebab monstera adansonii ni saiz kecil sikit. Boleh lah nak selit kat ruang yang ada.



Semalam punya cerita, husband beli barang dapur. Restock barang dapur yang perlu dibeli. Macam biasa senarai si isteri sudah semestinya panjang berjela. Takde lah berjela sangat. Setakat penuh 1 helai kerta nota kecil empat segi tu je. Tak banyak barang yang nak dibeli pun. Tapi alang-alang keluar nak beli barang mana yang dah habis tu. Senaraikan sekali lah apa yang nak dibeli lagi

Pucuk ubi, pucuk paku dan kerang antara makanan yang lama tak makan dan susah nak dapat. Dalam senarai dah siap tanda (kalau ada). Rezeki semalam dapatlah kesemua barang tu. Kerang dan pucuk paku dah selamat dah dijadikan lauk yang bernama kerang pucuk paku goreng pedas. Sedap digoreng selain buat kerabu.

Pucuk ubi tu lain pulak kisah dia. Kecewa betul masa keluarkan pucuk dari dalam plastik tu. Sekali imbas tengok dah tahu bukan lah pucuk ubi tapi daun ubi yang dah agak tua juga. Ingat lagi, masa kecik kalau tolong mak petik pucuk ubi tapi kau petik daun keras tua memang kena marah dengan mak lah.



Sejak tu memang kenal mana pucuk ubi mana daun keras tu. Daun keras orang tak buat makan dah. Lainlah kalau masih lembut lagi. Boleh juga dibuat masak apa yang patut. Dalam seikat yang kononnya semua pucuk ubi rupanya pucuk ubi hanya ada bebatang kerat je. Yang lain tu bukan pucuk ubi ye.

Peniaga pun lah, jual lah yang betul-betul pucuk ubi sahaja. Tak semua pembeli kenal pucuk ubi, lagi-lagi yang tak tahu hal-hal barang dapur ni. Mungkin ada pembeli yang anggap daun tu boleh dimasak juga. Kadang tu terpaksa beli juga walaupun ada sikit je pucuk ubinya. Yang lain keras tu ke tong sampah la nasib dia.

Point dia, kenali pucuk ubi sebenar. Pucuk ubi ada banyak jenis pucuk ubi. Ada yang jenis tak boleh makan. Fiza suka jenis pucuk daun ubi kayu keriting tu pun sedap tau buat ulam. Ulam pucuk ubi rebus, jantung pisang rebus tu memang favourite tu. Asal balik je mesti ada. Fiza dan sayur tak dapat dipisahkan. Rasa tak lengkap hidangan tak ada sayur hijau atau ulaman.

Setahun boleh dikira berapa kali makan kerang. Ada lah dalam 2-3 kali macam tu kot. Kerang ni dah boleh masuk kategori barng dapur mahal. Seingat Fiza last beli kerang 1 kilogram harga dia RM5-RM6 macam tu. Petang tadi husband beli kerang RM12 sekilo kauuu

Dalam list barang yang nak dibeli tu Fiza siap-siap letak kerang, siput dalam kurungan kalau ada. Kebetulan ada, tu yang husband beli tu sebab dah lama betul tak makan kerang. Rasa dah berapa kalai dah listkan kerang, baru harini lah dapat merasa makan kerang pun.

Kerang pun susah nau walaupun hari biasa, pkp dan juga bulan puasa. Mungkin kurang stok sebab tu cepat habis lah kot. Kita ni yang dah reda orang tak ramai baru nak terjah memang tak ada apa sangat lah yang tinggal. Syukur lah dapat juga kerang yang dalam lama dok idamkan ni ha.

Dah dapat kerangnya, terpinga-pinga pulak tak tahu nak masak apa. Kau dah kenapa Fiza oiii..Beria nak beli kerang tapi tak tahu nak masak apa! Dia macam ni, macam tak yakin lagi dapat beli kerang. Itu yang tak tahu nak fikir nak masak apa. 

Selain udang, husband beli sayur pucuk paku, pucuk ubi dan kankung. Ada pucuk paku, ingatkan nak masak kerabu kerang pucuk paku. Tapi disebabkan husband bukan jenis suka makan kerabu. So kena masak kerang pucuk paku goreng pedas.

Kerang Pucuk Paku Goreng Pedas

Nak tanya, macamana cara siang pucuk paku yang sebenarnya? Yang Fiza tahu, ambil daun dan bahagian batang yang lembut. Yang keras tu sila buang ye. Siapa pulak nak makan keras-keras tu. Biasanya petik bahagian daun daripada batang dan baru lah patah-patahkan batang dia.

Kalau google kerang pucuk paku banyak resepi pucuk paku kerabu kerang atau resepi kerang pucuk paku. Entah kerang dulu entah pucuk paku yang kena letak dulu untuk nama resepi ni. Selain tu sedap juga dimasak lemak cili api kerang pucuk paku.

Semalam dah masak lemak, tak kan nak berlemak lagi kan. Goreng berlada je sudah. Senang satu lauk je untuk kami berdua berbuka nanti. Tapi...yang lecehnya tu nak mengopek kerang tu. Tapi kalau dah kopek, senang kerja nak makan lagi. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian okay.

BAHAN-BAHAN

1kg kerang
seikat pucuk paku
cili api (ikut tahap kepedasan sendiri)*
3 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai
3 sb besar minyak masak untuk menumis
1/4 air 
1/2 sk garam


CARA MASAK PUCUK PAKU KERANG GORENG PEDAS

Rendam kerang dengan air garam. Bilas bersih. Boleh juga cuci dengan serai. Dah basuh bersih masukkan dalam kuali/periuk tanpa air ye. Letak serai 1 batang (diketuk dulu serai tu). Tutup kuali/periuk dan masak kerang gunakan api sederhana je. Biarkan kerang masak. Tanda kerang dah masak, kulit kerang terbuka. Tapi tak semualah terbuka, ada yang tak terbuka tapi dah masak. Kalau banyak dah terbuka tu kira dah masak dah lah tu.

Kerang dah masak, silalah kopek awal-awal ye senang nak makan nanti. Lagi satu tips, lepas masak tu rendam dalam bekas yang diisi dengan air batu. Senang nak mengopek kerang tu dan kerang tak kecut. Elok fresh je mereka semua.

Okay, settle bab kerang Beralih ke pucuk paku pulak. Pucuk paku yang dah siang tu rendam dengan air garam dan toskan. Gunakan kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda *. Nak sedap, tumbuk guna lesung je. Tumbuk kasar tak perlu lumat sangat pun takpe.

Tumis lah bahan tu sampai naik bau dan garing sikit baru masukkan pucuk paku. Kacau rata kejap bagi layu sikit lepas tu masukkan kerang. Letak garam dan tambah air. Kacau lagi sampai semua mesra bersama. Siap! Sangat menyelerakan dengan rasa pedas dan kerangupan pucuk paku tu. 

Sebenarnya lama juga tak makan pucuk paku. Kebetulan dua-dua dapat beli. Rezeki Fiza lah harini dapat makan apa yang dah lama tak dapat makan. Alhamdulillah..dah makan, jangan nak terbayang-bayang lagi dah.


Suka pedas? Sudah tentu! Dah dari dikecil di ajar makan pedas, mana mungkin nak melupakan masakan pedas. Masakan yang tak pedas, berkemungkinan akan direject mentah-mentah. Kahwin pulak tu dengan orang Nismilan. Lagi bertambah podeh kena masak.

Serius cakap, kalau tak pedas boleh putus selera nak makan. Setuju tak wahai pempedas sekalian?Sebenarnya kalau nak masak masakan kampung, lebih sedap sekiranya guna cili api kampung. Guna cili api bandar yang acah-acah kampung tu rasa dia kurang sedap dan kurang pedas. 

Disebabkan susah benar nak dapat cili api kampung kat bandar ni, Fiza suka beli cili api merah tempatan yang super pedas tu seperti gambar di bawah. Biasanya sebulan sekali balik kampung mak dah sediakan stok cili api kampung tu.

Tapi iyelah kan sebab musim PKP ni tak boleh nak balik kampung. Kemurungan tak dapat balik kampung dan kemurungan juga tak dapat stok cili api kampung. Nak tak nak terpaksa jugalah beli cili api merah super pedas ni. Harga cili padi 1 kg pun dah mahal sekarang ni. Kalau dapat murah kira untung dah tu. Lagi untung dapat bekalan dari mak, free je. Hihi


Cili api pedas ni lah  penyebab utama lauk ayam masak lemak cili api berubah warna tu. Tak tahulah nama yang sebetulnya. Pada tag pun dia tulis cili api merah/pedas. Itu je! Cili api ni kalau buat sambal gesek memang power lah. Sedap dan pedas tu terasa betul. Memang sesuai guna cili api merah.

Cili api kampung pulak sesuai buat sambal belacan belimbing buluh atau sambal belacan style kampung lebih sedap. Sambal belacan pun dah moden sekarang okay!. Buat style ala sambal gesek tu. Kena masak dengan cara goreng/rebus. Lepas tu baru tumbuk atau blend dan simpan buat stok dalam peti ais. Nak makan ambil je tak payah susah-susah nak buat bila masa nak makan.

Tapi kalau style mak-mak kita lebih suka resepi tradisi sambal belacan cili api mentah dan tumbuk guna lesung batu. Kannnn....



Aduh! Spoil rupa gambar masak lomak cili api den semalam. Dah macam gulai kari katanya Kak Dana. Warna je berubah tapi rasa tak berubah. Osah sodap! Puji diri sendiri ke tu? Husband pun setuju sodap nak buat macamana kan. 

Macam biasalah sebelum masak tu kena tanya dulu nak makan apa. Katanya nak gulai ayam. Okay, baik. Bahan-bahan pun ada, kira ON je lah masak gulai ayam tu. Orang Nismilan memang panggil gulai tapi orang Johor panggil masak lemak cili api. Tak biasa nak panggil gulai.


Nak tahu kenapa warna kuah masak lemak cili api tu berubah? Ni semua sebab guna cili merah pedas tu je. Kalau guna cili api kampung tak macam ni rupa dia. So bila menumis dan tunggu ayam kecut tu warna dia macam letak cili kisar pulak. Sebab tu warna merah dia lagi naik tu. Takpelah, janji rasa lemak cili api tak berubah. 

Ikut resepi mak Fiza ayam masak lemak cili api johor senang je. Tak perlu tumis bagai. Blend cili api dan kunyit hidup. Serai di ketuk dan santan segar 1 biji kelapa. garam dan juga asam keping. Campur semua bahan dalam satu periuk dengan ayam dan biarkan masak guna api perlahan. 

Nak lagi cantik kacau-kacau kuah jangan sampai santan pecah minyak. Masak lemak cili api ikan, masak lemak cili api udang, masak lemak cili api ketam pun sama juga macam tu cuma masak ikan je tak letak serai.

Tapi kalau Fiza masak suka ayam masak lemak cili api negeri sembilan style. Ikut style mak mertua masak macam lagi sedap gitu. Pedas tu wajib ye. Jangan terkejut cili api seggenggam tu okay.

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN AYAM MASAK LEMAK CILI API

Ayam
1 genggam cili api *
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
3 batang serai (diketuk)
1 kota santan
1/2 sb garam
1 keping asam keping
air secukupnya
3 sb besar minyak

CARA MASAK AYAM MASAK LEMAK CILI API

Kisar halus bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar dan serai sampai naik bau dan garing sikit ye. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan ayam tu sampai kecut okay. Masa ni jangan tambah air lagi. Masa ayam tu kecut akan keluarkan minyak dan akan berair sikit. Tunggu je sampai kecut dan sesekali tu kacau ler jangan bagi hangit bawah tu.

Bila dah kecut tambah air, santan dan garam. Masak guna api perlahan dan sambil tu kacau-kacau lah baru nampak santan tu lebih cantik tak pecah minyak santan tak  berketul-ketul. Bila hampir masak tu barulah letak asam keping. 

Masak lemak cili api ambil masa tunggu ayam tu kecut. Lebih baik guna non stick pan sebab tak risau menunggu ayam tu kecut tak melekat dan hangus. Kalau guna kuali biasa, jaga-jaga lah mengacau tu ye. Ingatkan je.

Kalau kau orang jenis malas menunggu nak kena tunggu ayam kecut bagai, boleh cuba style masak lemak cili api johor. Masuk sekali semua bahan terus. Ikut lah mana yang lebih mudah dan ikut selera masing-masing. Yang penting masak lemak cili api kena pedas dan santan kena pekat baru sedap makan. 

Okay, mari berfikir nak masak apa pulak untuk berbuka harini. Harini dah 24 Ramadhan dah. Cepat masa berlalu...


Dulu-dulu suka betul bagi kad raya kat kawan-kawan. Lepas tu kumpul kad raya yang mana dapat buat gantung kat ruang tamu bila tiba hari raya. Mulalah dok lawan dengan kakak siapa dapat kad raya paling banyak. Nostalgia betul bila ingat balik. Tapi selalunya Fiza lah menang. haha..Nak jugak claim pemenang.

Zaman sekarang tak ada dah trend macam tu. Apa barang gantung gantung kad raya. Sekarang dah zaman kad raya digital. Tapi tak lah pupus terus bagi kad raya fizikal tu. Masih ada yang suka kirimkan kad raya. Last Fiza bagi kad raya tahun 2013-2014 macam tu lah. Design sendiri dan printin hantar kedai. 

Bagi kat kawan-kawan mana dapat bagi tu. Almaklumlah bajet ciput..Seronok bagi kad raya kat orang. Dia macam ada sentimental value sikit. Pulak tu kad raya limited edition acah-acah kad raya dari artis kononnya. Okay lah kan sesekali nak feeling. Bukan bajet artis pun cuma saja nak kelainan design kad raya. 

Setiap tahun Fiza ambil juga tempahan kad raya digital. Biasanya dari regular customer yang order setiap tahun. Tahun ni tak dapat teruskan tempahan sampul duit raya disebabkan PKP, kedai pun jauh dan tak tahu bukak ke tidak. Allah gantikan dengan rezeki tempahan kad raya digital. Alhamdulillah, dapat juga lah beberapa tempahan digital kad raya.



Tapikan, kad raya digital 2020 tahun ni ada kelainan sikit Fiza buat. Ada musical! Menarik tak? Boleh request nak letak lagu raya apa. Ala-ala dapat kad raya ada lagu tapi kad raya digital musical ni boleh letak apa-apa jenis lagu tapi bukan macam ringtone dalam kad raya music tu lah. Kemain suka dulu kalau dapat kad raya ada music. Kad raya mahal tu, bukan biasa-biasa okay. Dapat dari boyfriend lagilah berbunga-bunga dalam hati ada taman.


Nak tengok macamana rupa kad digital musical tu, kau orang boleh tengok kat bawah ni. Tekan lah button play tu. Kalau tidak mana mahunya bunyi. Alang-alang promote ni, follow sekali instagram untuk segala artwork Fiza @azhafizahgraphic. Terima kasih kau orang semua. Sayang ketat-ketat. Eh, lama tak dengar ayat tu.


Terima kasih customer yang masih sudi tempah design dengan Fiza. 
Menu berbuka puasa Ramadhan ke dua puluh dua semalam, masak ikan cencaru bakar lagi. Ikan bakar lah masakan paling senang. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit perencah dia pun dah sedap rasa dia. Ikan bakar ni kena makan panas-panas.

Tak semua orang suka makan ikan bakar. Ada yang tak suka sebab masakan bakar ni jenis makanan yang kering. Tak ada masalah tu. Tak suka jenis kering, boleh buat ikan bersambal.  Ape ada hal kan. Nak rasa ikan yang original letak garam dan serbuk kunyit je. 

Letak garam saja pun bolehhhh. Itu dah kira resepi ikan bakar paling basic lah tu. Tak tahu juga tak tahu lah nak kata apa dah!

Tapi! Tak semua ikan sedap di bakar ye. Ada juga ikan yang tak sesuai di bakar. Lepas tu ada pulak yang tak makan ikan air tawar, makan ikan laut je. Ikan tawar hanyir katanya. Kalau Fiza, dua-dua makan tapi jenis memilih juga juga jenis-jenis ikan. Nah, Fiza kongsikan jenis-jenis ikan bakar yang sedap.

5 Jenis Ikan Yang Sedap Di Bakar

1. Ikan Cencaru

Ikut carta Fiza, ikan cencaru ikan laut paling enak dimakan dan sesuai untuk dibakar. Ikan cencaru atau orang panggil ikan jaket ni jenis ikan kulit tebal. So bila bakar tu tak risau lah isi dia hangus ke apa. Isi pun elok je walaupun kulit terbakar teruk. Lagipun ikan cencaru ni pun murah je. 


2. Ikan Siakap

Selain masak stim limau/lemon dan sweet sour, ikan siakap ni kalau dibakar memang sedap. Isi dia lembut tapi bab nak membuang sisik tu agak leceh kalau beli yang belum disiang. Nasiblah kan struggle membuang sisik ikan. Nak senang pergi beli kat kedai yang boleh siang ikan siap-siap. Senang kerja masak nanti.

3. Ikan Kembung

Ikan kembung susah nak dapat sekarang  ni. Tak tahu lah kenapa. Setiap kali beli barang basah, yang ada cuma ikan spesis kembung macam ikan selar dengan ikan mambong. Ikan kembung ni terlajak laris. Harga dia pun boleh tahan mahal sekarang ni. Ohh lupa, sebab ikan kembung ni jenis ikan yang sedap dimasak apa pun. Sebab tu cepat habis. Dibakar kosong dengan garam pun sedap okay!

4. Ikan Bawal

Ikan bawal ni isi dia tak tebal dan tak lembut sangat pada Fiza. kalau dibakar tu seeloknya kena bungkus supaya isi dia tak hangus dan terlebih masak. Lebih sedap dibakar dengan sambal juga. Bakar kosong dengan garam dan serbuk kunyit agak kurang sedap rasanya. 

5. Ikan Tenggalan

Pernah dengar ikan tenggalan? Atau mungkin ada nama lain kot. Tapi inilah nama ikan yang Fiza kenal sejak kecil sebab dari kecil dah biasa makan ikan sungai. Kalau dapat ikan tenggalan besar tu, memang di bakar terus la cerita dia. Perasakan dengan garam pun dah rasa manis isi ikan tu. Makan pulak dengan air asam atau sambal kicap memang terbaik lah rasa dia. 

Tapi ikan tenggalan ni banyak tulang. Leceh betul kalau nak makan tu. Jangan sampai tercekik tulang sudah lah. Dengar orang kata kalau ikan banyak tulang ni ikan yang sedap. Betul ke ek? Fakta ke auta entah. Ada yang tahu?

Ada beberapa lagi jenis ikan yang sedap dibakar selain ikan cencaru, ikan siakap, ikan kembung, ikan bawal dan ikan tenggalan. Ini ikut citarasa Fiza je. Lain orang lain citarasa dia. Boleh juga bakar ikan merah, ikan jenahak, ikan kerapu dan banyak lagi jenis ikan. Ikan apa lagi yang sedap di bakar selain semua di atas?

RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL

2 labu bawang besar *dikisar
2 ulas bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
1 batang serai *dikisar
4 sb cili kisar
4 sb air asam jawa
2 sb sos cili
2 sb gula
1/2 sk garam
minyak masak

CARA BUAT SAMBAL IKAN BAKAR

Kisar bahan-bahan yang bertanda *. Kisar halus ye baru sedap. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan garing sikit. Masukkan cili kisar, sos cili dan juga air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak. Masak lama sikit lah macam tu. Sesekali kacau untuk elakkan hangit pada bahagian bawah sambal.

Bila hampir masak baru perasakan dengan garam dan gula. Kacau sekejap dan tutup api. Kalau Fiza suka buat sambal ikan bakar ni lebih sikit buat stok. Bila nak bakar ikan senang sambal dan siap sedia tinggal perasakan ikan dengan garam dan serbuk kunyit je bakar dulu. Lepas tu baru lah letak sambal. So sambal dia tak hangus lah bila letak kemudian. Kalau bakar siap-siap memang hangus hangit sambal tu nanti.

Nak sedap masak bungkus daun pisang dan daun kunyit. Kat bandar susah nak dapat dan pisang, kita bakar guna aluminium foil je la kan. Bakar 15 minit, kemudian terbalik kan tambah lagi 10 minit. Selepas 10 minit bukak bungkusan dan letakkan sambal. Tambah lagi 5 minit masak. Sedap dan mudah je awak-awak nak masak pun.

Fuhhh..jenuh mengejar entry masakan berbuka sepanjang bulan puasa. Belum ada yang tercicir lagi nampaknya. Kiranya dah back on track dah ni. Semalam masak lagi buttermilk pop corn chicken cheese salted eggs untuk menu berbuka hari ke 21 Ramadhan. Fiza malas fikir dah, ikut apa yang husband nak makan je senang. Lepas ni sama-sama pening nak masak apa nak makan apa untuk berbuka.

Resepinya sama macam sebelum ni, beza dia tambah salted eggs je pun. Tepek sekali lagilah resepi buttermilk popcorn chicken. Salah satu salted egg menu untuk penggemar salted egg. Fiza guna popcorn chicken frozen sebab lebih cepat kerja masak. Nak buat sendiri ayam bersalut tepung tu agak leceh dan ambil masa. Kalau nak mudah, beli siap-siap popcorn chicken frozen tu ye. Beli yang saiz kecil lagi sedap cepat masak dan crunchy.


Bahan-Bahan Buttermilk Chicken Cheese Salted Egg

Ayam pop corn frozen
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3 tangkai cili
1 sb butter
1 sb minyak masak
1/2 cawan fresh milk
1/4 sk garam
1/4 sk black pepper
1 slice cheese
2 sb salted egg powder (Fiza guna jenama bestari)

CARA MASAK BUTTERMILK CHICKEN CHEESE SALTED EGG

Goreng popcorn chicken sehingga masak, angkat dan ketepikan. Kemudian, panaskan butter dan juga minyak masak. Boleh juga gunakan kuali yang sama dan kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tu dan tinggal tambah butter je. Tumiskan bawang putih, cili api dan daun kari sehingga naik bau dan garing.

Agak-agak dah garing, masukkan susu, masukkan black pepper, garam dan salted egg powder. Kacau rata dan biarkan mendidih. Lepas tu barulah masukkan ayam popcorn yang dah siap goreng dan kacau rata bagi mesra serasi bersama. Akhir sekali baru masukkan slice cheese atau apa juga jenis cheese ikut suka. Letak cheese tarik mozarella tu lagi tertarik oiii..rasa dia akan lebih likat pekat dan berkrim disukai ramai.

Zaman kanak-kanak dulu mak suka masak yang ringkas-ringkas je. Goreng ikan bilis, bawang dan cili api dah boleh jadi lauk paling sedap dah. Lauk paling susah nak masak pun masak lemak cili api lah. Itupun tak susah tahap mana pun. Bila kau dah terbiasa membesar dengan masakan yang ringkas dari mak, tak jadi masalah pun kalau kehabisan lauk barang basah. 

Janji ada bahan dapur asas dah okay dah. Dah biasa makan lauk pauk ringkas, so kurang makan makanan jenis berkuah kecuali masak lemak cili api. Asam pedas ke, kari ke kurang gemar sikit dan Fiza pun takde lah nak belajar masak masakan tu pun. Benda tak makan sangat buat apa nak masak. Betul tak? Tapi kalau ada asam pedas sedap Fiza suka je. 

Dan mee kari Fiza suka dan rajin jugaklah masak mee kari. Cuma masakan kari tu kurang gemar juga. Pelik? Tak perlu pelik sebab masing-masing ada citarasa masing-masing kot kan. Yang bestnya dulu selalu dapat makan udang galah sungai. Ada je orang hantar udang galah kat rumah. 

Orang hantar je mak mesti beli tak pernah menolak. Kira rezeki sungguh la puas makan udang galah sungai. Sedap manis, rasa lebih sedapd ari udang galah laut tu. Kebiasaannya udang akan masak lemak cili api dan udang goreng kunyit cili api.

Resepi Udang Berlada Campur Kacang Panjang

Fiza suka masak udang berlada/udang bercili campur kacang panjang. Senang dah campur sayur kacang panjang sekali tak perlu nak susah payah masak hidangan sayur lagi. Campur je senang. Sedap pun sedap. Tukar selera sikit asyik-asyik sambal udang je kan.

BAHAN-BAHAN

Udang
2 ulas bawang putih *ditumbuk
3 biji bawang merah *ditumbuk
Cili Api (Sukat ikut tahap kepedasan masing-maisng) *ditumbuk
1/2 sk garam
1/4 air masak
3 sb minyak masak
kacang panjang (ikut suka nak potong serong atau patah-patah je)

CARA MASAK UDANG BERLADA CAMPUR KACANG PANJANG

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk. Malas tumbuk blend je. Tapi kalau nak sedap, rajinkan sikit menumbuk bahan guna lesung batu ye. Tumis sampai garing dan naik bau, masukkan udang. Kacau dan biarkan masak kejap. Udang ni masak kejap je tak perlu lama.

Dah hampir masak tu masukkan kacang panjang, garam dan air. Kacau sekejap sampai kacang tu layu sikit dah boleh tutup api. Fiza suka kacang rangup, jadi tak masak lama sangat takut terlebih masak nanti kacang tak rangup dah. Okay siap!

Masak sambal udang cili padi pun sedap juga ni. Masak udang ni memang kena pedas sikit sebab udang tu rasa dia manis udang gitu. Kalau tak tahan pedas, sila sukat cili berpada-pada. Masakan pedas boleh mengundang bahaya pada mereka yang tak tahan pedas. see your level first okay jangan cuba masakan pedas kalau tak biasa.