Pokok Angin Spanish Moss Tumbuhan Hiasan Yang Unik Dan Mudah Dijaga

Friday, March 27, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pokok angin atau lebih dikenali dengan Spanish Moss ni Fiza perasan dah ada lama kat kampung Mak buat hiasan luar rumah. Tapi masa tu macam tak rasa pokok ni menarik pun untuk dibuat hiasan. Lepas dah terjebak dengan aktiviti bercucuk tanam ni, barulah rasa spanish moss ni macam unik dan sangat menarik untuk indoor plant. Balik kampung haritu, sempat lah cantas sikit spanish moss mak. Jimat duit dah!

Musim panas ni pokok-pokok kat luar tu lambat pertumbuhan dia. Ada pulak tak tahan panas tu cepat mati. Buat masa sekarang lebih fokus indoor plant je lah. Senang nak pantau hari-hari tak payah keluar rumah siram pokok. Pilih pokok yang kurang perlukan cahaya dan mudah nak dijaga. Salah satunya adalah Spanish Moss ni.


Spanish Moss sejenis tumbuhan angin yang tidak memerlukan apa-apa medium seperti tanah untuk pembesaran. Hanya perlu gantung dan sangkut je pada mana-mana tempat yang kau orang nak sangkut. Janji ada lebih kurang 70% cahaya masuk kat kawasan tu serta pengudaraan yang baik. Cukup cahaya cukup udara membesarkan dia. Eh, jangan lupa spanish moss ni kena siram juga. Kalau letak dalam rumah tu, kau orang spray spray je pun dah cukup. 

Ada juga jadikan sabut, serpihan kayu sebagai medium letakkan spanish moss tu dan digabungkan dengan spesis air plant yang lain. Contohnya macam dalam gambar bawah ni digabung dengan air plant tillandsia ionantha atas tu. Tengah yang bulat tu fungsi dia sebagai pasu lah kiranya untuk letakkan air plant atas dan tempat gantung spanish moss. Boleh jugalah dijadikan sebagai medium. Bila basah tu boleh bekalkan air untuk kedua-dua air plant atas bawah.

Credit : google
Bila digabungkan kedua-dua air plant tu nampak jadi satu pokok pulak kan. Padahal, spesis berbeza. Paling cantik kalau spanish moss ni lebat macam tirai sebagai penyeri hiasan rumah. Kalau kat luar rumah gantung pada pokok besar dan macam gaya mossy forest. Kat kampung mak gantung pada bulatan dawai je. Pun nampak cantik juga. Buat masa sekarang nak lebatkan dulu, then baru fikir nak cantikkan nanti macamana.

Untuk kau orang yang suka hiasan pokok yang mudah jaga, boleh cuba cari spanish moss ni. Unik dan cantik untuk hiasan. Tapi ye lah kan, kurang hijau sikit. Dia macam silver hijau tak berapa nak hijau sangat. Tapi okaylah untuk dibuat sekadar hiasan.  Tak sabar nak tunggu spanish moss lebat.

With Love, Sihatimerahjambu

9 comments

  1. cantik pulak rupa dia...pernah nampak jugak kat rumah jiran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik bila tumbuh lebat kak. Tak sabar nak tengok lebat dia.

      Delete
  2. Xpernh tau nama pokok ni.. Gmbr yg google tu cantik pokoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak tahu jugak. Since dah minat ni banyak dapat ilmu baru tentang pokok. Itulah teringin nak buat yang macam google tu

      Delete
  3. sayangnya, gambarnya kok tidak kelihatan ya di komputer saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin internetnya agak slow sebab gambar saiz besar lambat loading.

      Delete
  4. best tengok kak Fiza bercucuk tanam. ^^

    ReplyDelete
  5. Baru tau nama pokok tu. Cantik walaupun simple

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.