Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19, Duduk Rumah Diam-Diam

Thursday, March 19, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Semalam dah bermula perintah kawalan pergerakan sehingga 31 March 2020. Tapi masih ada yang tak faham atau memang pentingkan diri bajet diri kebal agaknya. Sampaikan Perdana Menteri buat pengumuman kali kedua nak bagi semua faham apa itu perintah kawalan pergerakan. Duduk rumah diam-diam, benda mudah faham dan mudah buat.

Kalau ada keperluan tu lain ceritalah kan. Masing-masing ada masalah dan kita kena bijak lah macamana nak uruskan urusan kerja di rumah dan bekerja dari rumah ni. Dalam keadaan sekarang ni nak keluar rumah pun takut. Even barang dapur kehabisan stok pun masih belum gigih nak keluar rumah. Makan apa yang ada je dulu. Dah betul betul habis baru keluar beli barang.


Sejak perintah kawalan pergerakan ni dibuat rasa sunyi sepi je, sangat berbeza seperti hari-hari biasa. Jalan depan rumah pun tak sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Macamana duduk dirumah? okay je kan sebenarnya. Ada hikmahnya satu family duduk di rumah. Family bonding dan banyak aktiviti bersama boleh dibuat.

Masa ni lah nak spend masa dengan family, boleh kemas rumah sama-sama. Tak lama lagi nak raya kan. Boleh buat kuih raya, boleh sembahyang jemaah sama-sama dan banyak lagi aktiviti bersama. Tak perlu nak pulun keluar pergi kerja sesak dengan jammed. Bila kerajaan dah bagi peluang bekerja di rumah ni, gunakan sebaiknya. Sebab bila kita duduk diam-diam kat rumah kita boleh putuskan rantaian covid tu.

Perintah Kawalan Pergerakan ni bukan masa cuti untuk kita cuti-cuti Malaysia atau keluar rumah sesukati hati. Kena faham tu. Masih ada yang degil lagi tu keluar rumah tanpa rasa bersalah. Ish ish, tak tahu nak habaq lagu mana kat depa dah. 2 Minggu je pun, jangan sampai kena extend lagi masa kuanratin tu. Duk diam-diam dalam rumah okay.

Dalam masa ni, ada masa lebih boleh lah kembali aktif berblog. Rindu nak blogwalking kat blog awak awak semua. Kita buat comeback. Lama dah tak hadap blog ni. Rinduuu...

With Love, Sihatimerahjambu

14 comments

  1. Duduk rumah pun banyak kerja boleh dibuat

    ReplyDelete
  2. Di Indonesia juga sudah mulai dibatasi aktivitas ke luar rumah meski belum sampai lockdown.

    Semoga wabah corona ini segera berlalu. Aamiiin

    ReplyDelete
  3. Ialah banyak hikmahnya virus Covid 19 ni.
    Semoga manusia ambil iktibar dan relate dengan kehidupan seharian masing-masing.

    ReplyDelete
  4. risau kalau sampai ke bulan ramadhan...mesti syahdu gilerr nanti...harapnya cepat lah redha covid19 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam tempoh berkurung pun dah rasa syahdu dah. apatah lagi raya nanti. huhu

      Delete
  5. ujian berat untuk kita.. semoga phase ni cepat berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap sangat Malaysia cepat pulih dan bebas covid-19 ni.

      Delete
  6. hari ke 7 PKP ni baru la aida sempat nak blogwalking, fiza.
    sibukkan diri kemas rumah.
    alang2 husband pun ada mood.
    ni... da kul 6 ptg. siap masak dah utk berbuka... lepak blogwalking :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah banyak aktiviti dan semua seronok kat rumah :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.