Pelbagaikan Menu Nasi Dengan Beras Yang Ada

Thursday, March 26, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Selama tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni mak mak mesti dah tepu otak nak masak apa setiap hari kan? Nak senang kerja, masak je nasi lebih lepas tu stand by buat pelbagai menu nasi goreng. Nak lagi jimat, masak sarapan sekali dengan makan tengahari. Dah boleh jimat masa masak lauk, jimat tenaga dan jimat bahan-bahan juga. Petang boleh buat cucur nasi rangup dan malam menu nasi goreng lain pulak. Biasa malam makan sikit je kan. 


Masak nasi goreng simple yang tak guna banyak bahan boleh menjimatkan macam Nasi goreng kampung, nasi goreng cili padi, nasi goreng cina, nasi goreng cili kering, nasi goreng belacan dan sewaktu dengannya. Kiranya bahan-bahan yang nak digunakan tu sedia ada sebab guna bahan asas je tu. Ataupun boleh je masak nasi goreng ikut suka nak letak apa.

Tapi kalau kau orang sejenis rajin, pelabagaikan lah nasi tu buat nasi tomato ke, nasi minyak ke, nasi hujan panas ke, dan lain-lain lagi dengan syarat bahan-bahannya tersedia ada kat rumah. Ye lah, musim terhad nak keluar ni kita masak mana yang ada je. Mana tahu kot dah takde idea lagi nak masak apa. Lagipun masa yang ada bolehlah nak masak masakan macam ni kan.


Jangan pening-pening cari roti yang terlajak laris tu. Ada tepung dan bahan-bahan lain dah boleh buat roti sendiri. Pendek kata, ada bahan-bahan asas tu macam-macam boleh dibuat. Janji kreatif nak gunapakai. Masa ni lah nak tunjuk skill memasak. Tak gitu? By the way, kalau jemu menu nasi je pelbagaikan pulak bihun dan mee pulak. 


With Love, Sihatimerahjambu

26 comments

  1. Salam kenal, terima kasih sudah kunjungi blog saya..kini saya balik kunjungi..blog yang bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Terima kasih juga atas kunjungan semula.

      Delete
  2. Memacam jenis nasi kita boleh cuba masak di waktu PKP ni

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Boleh cuba cucur nasi rangup yang pernah viral dulu kak.

      Delete
  4. Oh,kita samaan, kak ...
    Sesekali aku muncul jenuh makan nasi, makanya kadamg aki ganti pakai mie atau juga bihun 🙂

    ReplyDelete
  5. Baru sekali je buat menu selain nasi putih sepanjang PKP ni, nasi goreng sardin. Need to try something else. Puas dah rasa. Haha. Tapi itulah, bekalan bahan agak terhad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng sardin sedap tu, guna lebihan lauk sardin yang ada. Boleh cuba nasi goreng lain pulak :)

      Delete
  6. saya suka goreng nasi if weekend. masuk lauk pauk sikit dalam dia. siap! sesuai tuk brunch, jimat masa jimat tenaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, jimat tenaga nak masak menu lain. Cukup nasi goreng kenyang suda.

      Delete
  7. Sampai boring masak sebab laki pun jenis tak pemakan sangat.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis kurang makan okaylah tu, jimat tenaga dan masa nak masak selalu :)

      Delete
  8. tried my best untk berjimat and had roti instead of rice. haha
    I don't really eat but at lease gotta stay hydrate and healthy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti susah nak jumpa skang. kena stand by beras je la buat masa ni :)

      Delete
  9. Replies
    1. yes, masak lebih sekali tengahari pun okay juga kan wak :)

      Delete
  10. Beautiful photos and blog design as well!

    I love rice, especially fried rice :)

    Stay well!

    ReplyDelete
  11. a ah kan.. pelbagaikan jenis nasi hehe..
    nasi kicap orang x penah buat lagi.. blh try =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, pelbagaikan menu. Nasi kicap tu curah kicap kat nasi ke?

      Delete
  12. Ala.. terhabiskan cili kering pula.. kalau tak boleh buat nasi goreng cili kering.. mesti wow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, nanti dapat beli ada stok boleh cuba nanti kak Sha :)

      Delete
  13. aduuuu kita dari dulu sampai sekarang adore gilaaa gambar fiza yang belah bawah tu tauu!

    itu lah, kitorang kadang2 da takde idea, buat nasi goreng simple aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak² kak.

      Janji perut kenyang kak :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.