Kenduri Doa Selamat

Saturday, March 21, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Mari kita baling belakang lagi (throwback) lagi cerita-cerita yang lepas. Alhamdulillah seperti yang dirancang, kenduri doa selamat berjalan dengan lancarnya pada 14 March lepas sebelum perintah berkurung berlansung. Kena tulis date ni, risau nanti orang salah faham tak pasal kena kecam. Walaupun Fiza sampai lepas kenduri berakhir disebabkan husband balik kerja lewat tapi syukur kenduri selamat dijalankan. Kenduri doa selamat untuk kesihatan abah, abang akan mula bekerja di Sudan bulan depan dan anak buah selamat nikah (sebelum ni dah update).


Kenduri doa selamat masih lagi kampung style makan berhidang dan lauk-lauk kampung je. Lauk ayam goreng, udang campur rebung masak lemak cili api, ikan baung campur umbut rotan masak lemak cili api, daging kijang masak goreng berlada, sayur maman goreng, ulam petai dan jering, sambal belacan, kuih muih dan buah-buahan.

Bila dah berkumpul ramai-ramai ni, lauk pun meriah sampai tak tahu nak telan mana satu ni. Baru makan sikit perut dah penuh. Kadang tu makan ramai-ramai ni rasa cepat kenyang. Berbual tu buat rasa lebih kenyang. Hebat betul! Belum sempat nak rehat, nak tak nak kena ada juga acara potong kek birthday beramai-ramai dari bulan Januari sampailah March. Okay, birthday sambut sepanjang tahun ni nampaknya. 


Sambutan ala kadar je ni. Janji ada kek. Masing-masing pun dah kekenyangan. 1 biji kek birthday abah dah selamat potong untuk tetamu yang datang. 2 biji kek lagi untuk keluarga. Birthday mak, abah, adik beradik, anak-anak buah dan menantu buah. Eh, ada eh menantu buah..apa nak panggil entah. Tak boleh nak berifkir pulak. Musim Covid-19 otak pun susah nak berfikir disebabkan risau lebih. 

Disebabkan Fiza sampai lewat, so kerja mengemas adalah tugas Fiza. Ye lah, tak menolong persiapan, kena tolong pengemasan lah kan. Kenalah cuci pinggan mangguk periuk kuali segala. Tapi anak-anak buah rajin, Fiza cuci yang last-last je lah. Bagus ada anak buah ramai yang rajin-rajin ni. Syukur dah selesai kenduri dapat tunaikan hasrat abah. Harap abah kembali cergas sihat hendaknya. Aaminnn...

With Love, Sihatimerahjambu

16 comments

  1. Adui lauk sedap dan barang dapat. Wah manalah daging kijang tu? Memburu ke? Hehe macam-macam nak tanya.
    Apapun alhamdulillah dapat buat doa selamat.
    Kita orang pun ada rancangan buat doa selamat tapi 11 April tapi tak tau camne keadaan akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeh tengok balik typo * barang= jarang.
      Tertinggal perkataan' dapat' sebelum daging.
      Maaf dipinta.

      Delete
    2. Daging kijang tu abang beli. Tak tahu dia beli kat mana. Alhamdulillah majlis dah selesai.

      Delete
  2. Sedapnya lauk kenduri..daging kijang..Alhamdulillah, dapat berkumpul keluarga, saudara mara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, daging kijang lembut dan tak berbau. Alhamdulillah

      Delete
  3. Alhamdulillah semoga selamat dan majllis barokah hendakNYA.
    Bestnya suasana kenduri macam ni lebih akrab dan santai.
    Banyak kek besday tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALhamdulillah..seronok kenduri kat kampung macam ni.

      Delete
  4. alhamdulillah seronok kumpul ramai-ramai...daging kijang tu rare..

    ReplyDelete
  5. betul2 kena tulis tarikh tu kanggg orang ingat lepas perintah..
    daging kijang tuuu.. tapi masa dok kat Pahang skejap.. selalu juga nampak signboard kat kawasan2 Lipis tu org jual daging kijang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe, kena tulis tarikh tu. Rasanya abag beli kat pahang juga tu tapi tak sure kat mana.

      Delete
  6. seronok bila kenduri dgn famili ni, fiza.
    jumpa famili kan.
    walaupun kecil, tapi kecoh :)

    kalau ikutkan, weekend akan dtg ni aida ada kenduri kawin.
    famili biras. memang confirm gi.
    tapi... da ditangguhkan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. kecoh tu yang best dan meriahnya. takpelah kak, better buat majlis lepas tempoh PKP ni. Janji semua selamat daripada menyesal di kemudian hari.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.