Kek Butter Marble Dan Kuih Bahulu Gulung

Tuesday, March 24, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Masih lagi cerita throwback sambungan bekalan dari kampung. Selain buah-buahan tu, dapat juga bawa bekalan kuih muih yang tak habis masa kenduri hari tu. Tak banyak yang tinggal pun, bawa mana yang mana tinggal sebab nanti tinggal kat kampung pun takde orang nak makan dah. Adalah rezeki bawa beberapa potong kek butter marble biasa dan kek butter marble pelangi. Lawa haihh kek butter pelangi tu. Dapat 2 potong merasa kira okaylah tu. Tak pasti siapa yang bawa masa kenduri. Kalau tidak, boleh juga promote bisnes orang kan.


Orang kata nak buat kek butter marble ni mudah je. Orang yang kata. Bagi Fiza, susah sikitlah sebab dah biasa failed bab membakar kek ni. Jarang tak gagal kalau membuat kek kecuali kek pisang. Eh, kek pisang menjadi pulak? Entahlah, tak tahu tang mana yang failed. Kek lain kadang jadi kadang tidak. Suka makan kek butter marble ni. Kalau teringin beli je kat Giant RM5 tu je. Cukup buat lepas teringin tekak.


Lagi satu, dapat juga bawa kuih bahulu gulung. Bahulu yang jarang sangat jumpa. Macam swiss roll tapi texture dan adunan dia of course rasa bahulu versi lembut dan ada inti. Strawberry jem agaknya lah. Sedap! Kalaulah pandai buat, boleh makan selalu bila tekak teringin makan kan. Kagum lah dengan mereka yang pandai buat kek dan buat kuih muih ni. Apapun nak pandai boleh je, kena rajin kena practise selalu. Practise kan make perfect gitu.


Kek butter marble dan kuih bahulu gulung tu buat menu raya nanti mesti lauk punya kan. Bolehlah tambah kuih muih kau orang di hari raya nanti. Nak share resepi tak pandai buat. Google je sudah lah ye. Takpun beli je lagi senang.


With Love, Sihatimerahjambu

24 comments

  1. fuhh menarik tengok kek tue .. & first time dengar bahulu gulung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..mungkin ada nama lain kot. Tapi pernah tengok tak?

      Delete
  2. Sekarang ni senang je, beli. Takpun mesti ada saudara-mara yang pandai buat, tempah kat dorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Sekarang macam-macam kalau nak beli je.

      Delete
  3. tgk gambar masa stay at home ni, terus rasa teringin. nak buat tapi takda bahan kat rumah. aduhaiii 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu lepas PKP kita serbu market cari bahan-bahan ye. teringin juga nak cuba buat.

      Delete
  4. Replies
    1. sedap kalau orang buat. kalau sendiri buat tak tahu lagi kejadian dia macamana. hihi

      Delete
  5. As usual, gambar cantik. 🥰🥰🥰 Rasa nak makan tengok gambar. Mujur tengah tak boleh keluar rumah.

    ReplyDelete
  6. Saya kok agak segan makan kalo warna warni yah.. lebih suka yang ori, yang coklat

    ReplyDelete
  7. aida x pandai buat kek.
    lom mahir hi hi hi...
    as at now, burnt cheese cake jer menjadi perfect.
    marble kek ni memang legend, fiza.
    mak aida sgt minat :)
    sib baik la kakak sulung aida pandai buat kek.
    sentiasa la mak disajikan dgn homemade marble kek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita. Belum mahir lagi bab kek ni ha. Sedap tu dapat homemade kek marble. rezeki tu kan :)

      Delete
  8. wah ada kek marble pelangi...lama tk mkn kek marble

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek marble yang kat giant tu pun sedap kak. nanti boleh beli :)

      Delete
  9. bahuluuuu gulung jem nanas !! sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jem nanas tak pernah cuba rasa..yang ni pun sedap juga tau

      Delete
  10. Sedapnya bahulu gulung.. Lama tak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap rasa dia. Harap ada rezeki akak dapat makan nanti. aaminn..

      Delete
  11. oooo tak pernah makan bahulu gulung tu...baru pertama kali membaca dan menengoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa, akak kena cuba rasa tau. Harap harap raya nanti akan jumpa bahulu gulung ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.