Bagus Rupanya Produk Good Virtues Co Ni

Wednesday, March 25, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Eh, macam dah lama tak review produk kan? Boleh anggap macam perkhidmatan review tidak diperlukan dah. Sendu kejap dari produk review. Review produk yang dibeli sendiri je lah ni. Benda bagus kenalah disebarkan, ye tidak? Sejak cuba beberapa rangkaian produk Good Virtues Co ni terus lupa produk lain dah. Padahal sebelum ni iklan Zahirah Macwilson dok promote dulu tu, taknak pulak tergoda dengan iklan tu. Sekarang baru sibuk nak cuba. Sis ketinggalan keretapi kejap nak cuba barang baik ni.


Bulan January lepas, kebetulan shampoo dan conditioner hampir habis. Plan nak tukar shampoo dan conditioner baru je lah sebab rasa macam nak cuba produk Good Virtues Co pulak. Sebelum ni pakai shampoo dan conditioner naturals by Watsons. Fiza beli shampoo, conditioner dan juga serum rambut. Lengkap penjagaan rambut. Kalau pakai shampoo semata-mata memang kurang bagus. Kena pakai lengkap barulah terjaga rambut sihat dan cantik.

Shampoo dan conditioner tu sesuai sangat dengan rambut Fiza. Kesan dia bagus dan bau pun wangi. Tapi yang paling best sekali serum rambut tu. Dalam banyak-banyak serum rambut yang Fiza pernah cuba, Good Virtues Co ni paling best, harga berpatutan tapi kualiti setanding lah brand terkenal tu. Serum wangi dan rambut tak mudah kusut. Serius best pakai! Dah cuba baru tahu. Harga dia masa Fiza beli harga normal RM17.++, kalau nak beli lagi murah kena tunggu promo lah. Watsons kan rajin buat sale. 


Then, sebelum perintah berkurung tu sempatlah Fiza tambah stok shampoo gara-gara promo buy 1 free 1 tu untuk selected items. Kebetulan shampoo & conditioner ada buy 1 free 1 tu, memang tak lepaskan peluang lah tambah stok. Tambah lagi satu, beli Glowing & Goodness Brightening Facial Toner. Nak cuba Facial care pulak. Lagipun Fiza memang suka kalau packaging jenis spray sebab mudah nak pakai. Jenis tepek-tepek macam leceh pulak.



Toner ni ramai yang dah cuba dan Fiza baca review daripada mereka pun semua kata bagus. Walaupun kulit lain-lain tapi so far Fiza cuba memang bagus sangat. kulit rasa lebih lembap dan lembut. Jenis spray macam ni taklah rasa lapisan tebal pada kulit. Rasa macam ringan je macam tak pakai produk. Itu yang suka tu. Ada yang pernah cuba?

Okay, lepas ni nak cuba apa pulak ye. Nak cuba facial cleanser, sleeping mask dan juga deodorant. Dah cuba 1 nak cuba yang lain pulak. Misi mengumpulkan produk Good Virtues Co. Memang bagus seperti namanya. Silalah cuba nak tahu best ke tidak.


With Love, Sihatimerahjambu

18 comments

  1. ada tgk kt watson tp tk pernh try..suka tgk packaging cantik

    ReplyDelete
  2. Toner dia favorite sungguh. Even tukar produk skincare lain, toner dia macam serasi. cuma nak ngamkan dengan other pelembap tu susah sikit. hehe #dryskintypeb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..sekali cuba terus rasa macam best giler pakai. Kenapa tak cuba moisturiser dia sekali. mana tahu okay gak :)

      Delete
  3. toner tu menarikk.. packaging pon cantik bunga2

    ReplyDelete
  4. Good Virtues ni produk local kan? Masa awal-awal dia keluar dulu tak sangka ni produk local. Packaging dia cantik. Nurul selalu beli shower gel dia je. Suka sebab wangi. Maybe lepas ni boleh try produk rambut nye pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, local product. Packaging dia memang lawa. suka bau dia yang wwangi :)

      Delete
  5. sy pun dh bertukar ke jenama virtue co ni fiza. Mmg serasi guna shampoo dia. Haritu ada promosi beli 1 percuma 1 terus beli kat watson's

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. dah cuba baru tahu lebih serasi. untung sangat beli masa buy 1 free 1 tu.

      Delete
  6. dah hampir 5 tahun guna products ni especially shampoo dan memang ohsem. dulu pakai juga cleanser tapi lama2 tngk x sesuai da kot dgn muka. tapi before tu ok ja..
    memang suka sbb terang jelas ada logo halal. mak saya fussy sikit kalo xde halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh lama dah tu. ramai juga ye review cleanser dia not sokay. yes, logo halal dan selamat digunakan.

      Delete
  7. Pernah cuba tapi kurang sesuai dengan sha..

    ReplyDelete
  8. pernah jugak beli shampoo tu untuk rumah mak mertua kat kampung dulu..memang sedap baunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pakai sekali conditioner dan hair serum baru best kak. Semua bau best.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.