Adidas Stan Smith Shoes

Friday, March 27, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Okay, baling belakang bulan Februari punya cerita demi mengisi ruang dalam blog supaya duduk rumah tidak membosankan. Alhamdulillah, boleh dikatakan birthday tahun ni tersangatlah banyak rezeki yang Fiza dapat. Syukur sangat dengan apa yang diberikan. Hujung bulan Februari dapat hadiah birthday walaupun nak masuk March dah. Ada apa dengan lambat kan, janji boleh claim hadiah birthday. 



Nak kata lama tu tidaklah. Tapi berhajat jugalah nak ada casual sneakers shoes selepas dah berputus asa dengan heels dan wedges yang ada. Dah tak boleh pergi dah dengan kasut tinggi-tinggi. Faktor usia dan kesihatan mungkin. Kurang selesa sebab kaki akan sakit lepas pakai bila berjalan jauh. Berbeza masa muda remaja dulu, okay je. Ke sebab bertambah berat badan kasut pun tak terdaya dah nak tampung. Heeiii kejamlah kasut!

Oleh sebab itu, lebih suka pakai flat shoes je. Sebenarnya dah ada kasut nike acmi pink/plum tu beli sama dengan husband cuma warna berbeza. Tapi itulah, kurang suka dengan design tu walaupun pink dan sangat bagus untuk kaki. Sesuailah untuk jalan-jalan dalam tempoh yang lama. Nike mungkin tak sesuai dengan jiwa kot sebab first time beli brand ni. Lebih suka kepada adidas 3 calit tu haa. Terberkenan dengan adidas stan smith ni.


Yang latest Superstar Black Pink tu lawa juga tapi macam terlalu tebal pulak tu. So pilih stan smith ni je lah yang simple seiring dengan usia dan pilih warna yang senang nak disesuaikan. Plus, dia punya material kulit tu lebih berkualiti dan selesa untuk kaki. Lembut dan tak menyakitkan kaki. Happy  me! Orang dah offer nak belikan hadiah dan pilih je. Kita pun apa lagi..rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah...Semoga terus dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aaminn..



With Love, Sihatimerahjambu

9 comments

  1. sneaker paling selesa nak kemana-mana.. hehehe

    ReplyDelete
  2. sekarang ni ada satu jugak kasut yang jarang dan tak pernah pakai, masuk dalam wishlist..iaitu kasut bum equipment hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bum equipment pun lawa kak. harap ada rezeki dapat juga nanti. Aaminn

      Delete
  3. I'm holding myself back from getting a new bag or a pretty pair of shoes now that I'm home and free! Once I start, it's hard to stop. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. For now memang tak shopping. Rezeki dapat hadiah, kita terima je. Betul, kalau dah start shopping susah nak stop. tahan tahan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.