Tragedi Oktober 2019

Tuesday, October 01, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Sampai je oktober, teringat lagu tragedi oktober. November pula, teringat lagu november rain. Bulan-bulan lain ada ada lagu tak? Rasanya tak ada kot. Kalau bulan September penuh dengan kisah cuti dan jerebu. Bulan Oktober 2019 ni harapnya tak ada tragedi yang memudaratkan macam kes jerebu ni. Akhir-akhir ni pun jerebu dah berkurang disebabkan hujan. Alhamdulillah..baru nampak awan biru dan pokok-pokok pun kembali hidup bahagia.


Misi bulan oktober ni nak melunaskan hutang entri yang perlu diselesaikan segera. Cuaca mendung ni kurang cahaya dan lighting tak on point. Jadi terbantut kejap untuk kerja photoshoot gambar untuk entri. Kalau boleh nak ambil gambar cantik guna natural light je. Guna table lamp, tak ada diffuser stricking sangat cahayanya pula. Serba tak kena nak ambil gambar.

Bulan oktober ada cuti tak? Haa, cuti raya Deepavali lah pada 27 dan 28 Oktober nanti. Cuti lain mengikut negeri masing-masing, cuti Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor, Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka dan Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Bolehlah nak plan cuti awal-awal bulan oktober ni.

Oh October!
Today I learned a big lesson in life;
'Live without pretending,
love without depending,
listen without defending,
speak without offending',
Well, life isn't about pleasing everybody.
There's no need to be perfect to inspire others.
Appreciate who you are and let people get inspired by
how you deal with your imperfection.
With Love, Sihatimerahjambu

20 comments

  1. semoga dipermudahkan semua urusan di bulan okt

    ReplyDelete
  2. oktober cuti xsemeriah september..
    berhuhu jela kite.. kikiki..
    semoga bulan oktober lbh baik dr september.. =)

    ReplyDelete
  3. lagu bulan februari ada kat lagu Alleycats. apa tajuknya ammi tak ingat pulak

    ReplyDelete
  4. akak suka quotes tuh, sangat berinspirasi...
    lalui kehidupan kita seadanya

    ReplyDelete
  5. tragedi oktober - awie ....tringat lagu2 lama2

    ReplyDelete
  6. Tulah gambar-gambar yang awak ambil cantik-cantik macam dalam majalah.

    ReplyDelete
  7. Selamat datang Oktober, semoga jadi bulan yang baik dan terus baik

    ReplyDelete
  8. Masuk Oktober rasa semangat je sebab bulan kopi. Semalam 1hb, lepas minum kopi terus buat kerja. Haha..semangat lain macam..

    ReplyDelete
  9. Sama la..kita pun banyak gila hutang entri ni...jenuh nak kejar dateline sendiri...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah kita sama-sama melunaskan hutang entri. jom!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.