Skincare | ID.AZ Derm Dermastic WATER-FIT MASK

Friday, October 04, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Hai semua! Kau orang pernah tak alami kulit muka kering ataupun sangat kering. Ataupun memang kulit muka jenis kering? Bila kulit kering ni mulalah kulit mengelupas dan lepas tu akan rosakkan kulit. Kadang tu bukan jenis kulit kering pun, tapi disebabkan cuaca juga boleh sebabkan kulit jadi kering. Dengan memakai sheet mask, boleh mengekalkan kelembapan kulit muka dengan lebih berkesan.


ID.AZ Derm Dermastic WATER-FIT MASK sejenis premium sheet mask yang terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Teruja nak kongsikan tentang produk ni sebab Fiza berpeluang mencuba jenama produk ni buat pertama kalinya. Terima kasih mamasan Tammy via The Butterfly Project Malaysia. Bagi kau orang yang tak pernah dengar tentang jenama atau produk ni, boleh baca sampai habis okay.

ID.AZ

Produk ID.AZ dihasilkan di sebuah hospital kecantikan yang terbaik di Korea yang lebih dikenali dengan 'Asia Beauty Care' dan diberi nama ID Hospital. AZ pula maksudnya merangkumi semuanya bermula dari A sampai Z. ID Hospital memang pakar dalam bab kecantikan kulit dan jenama ID.AZ salah satu jenama yang popular di Korea.

3 Variasi ID.AZ Dermastic Facial Fit-Mask

Sebelum ni Fiza pernah nampak ID.AZ telah keluarkan ID.AZ Dermastic clay mask dan kemudian keluarkan ID.AZ Dermastic Fit Mask ni. Dikeluarkan dalam 3 variasi iaitu ID.AZ Dermastic WATER-Fit Mask, ID.AZ Dermastic BRIGHT-Fit Mask dan ID.AZ Dermastic GOLDEN-Fit Mask. Untuk bright dan golden Fiza akan review kemudian ye.

ID.AZ Dermastic Water Fit-Mask @ ID.AZ Derm Hydrating Facial Mask

Water-fit mask atau Hydrating Facial Mask adalah sejenis premium sheet mask yang paling terbaik untuk melembapkan kulit muka dengan teknologi yang diperkenalkan oleh ID. Bahan-bahan utama yang digunakan adalah seperti seawater, hydrolyzed collagen , sodium hyaluronine, betaine, alantoin dan banyak lagi. Kesemua bahan ini boleh disemak pada packaging sheet mask yang ada dwibahasa.



Cara Pakai ID.AZ Dermastic Water Fit-Mask 

1. Koyakkan pek sheet mask.


2. Keluarkan mask dan tanggalkan film liner yang macam jaring tu


3. Pakai sheet mask pada muka. adjust lah lubang mata, hidung dan mulut tu supaya sheet mask betul-betul padan dengan muka.


4. Biarkan selama 10 minit. Tanggalkan mask dan tepuk-tepuk perlahan sehingga serum mask menyerap ke dalam kulit.


Masa yang Terbaik Pakai Mask

Nak pakai sheet mask kena pastikan cuci muka terlebih dahulu dan kemudian pakai toner. Selepas pakai toner barulah pakai sheet mask. Kalau tak cuci muka dulu, macamana serum nak menyerap ke dalam kulit. Sia-sia je pakai nanti. Pakai siang atau malam? Dua-dua boleh dengan syarat kena bersihkan muka sebelum pakai okay.

Keistimewaan ID.AZ Dermastic Water Fit-Mask

  • Mask Sesuai Dengan Muka

Sheet mask ni tak tebal dan tak nipis. Skinny fit! Betul-betul melekap dan padan dengan bentuk muka. Potongan saiz lubang mata, hidung dan mulut tepat pada tempatnya. Jadi, bila pakai water-fit mask ni sangat selesa selama 10 minit tu. 


  • Kelembapan Berganda

Seperti yang dilabelkan, water fit-mask ni adalah aura water sheet mask yang membuatkan kelembapan berganda pada kulit muka secara mendalam. Sumpah rasa kulit muka lebih super lembap dan lembut selepas pemakaian water fit-mask walaupun hanya 10 minit. Bila kita pakai sheet mask ni sebenarnya salah satu cara untuk kekalkan kelembapan kulit dengan lebih berkesan. 

Sebelum pakai, kulit Fiza tak kering sangat sebenarnya sebab jenis kulit combination tapi ada beberapa bahagian agak kering macam tepi mulut cuma tak ketara sangat nampaknya. Tapi bila ada masanya memang kering ya amat dan kulit mengelupas kalau tak pakai pelembap. 


Selepas pakai water-fit mask memang terasa kulit lembap, lembut dan kulit rasa lebih fresh walaupun dalam gambar macam tak ada beza. Skin moisture tester tak ada pula untuk measure kelembapan. Jadilah ada gambar macam ni pun. Tapi serius lembap okay!

  • Mudah Menyerap Ke Dalam Kulit

Bila pakai sheet mask tu, serum yang ada pada sheet mask tu tak boleh lari kemana dah. Bila muka dah ditutupi dengan mask, serum akan terus menyerap secara mendalam ke dalam kulit. Lebihan serum selepas mask dibuka pun bila ditepuk tepuk/pat pada kulit muka, serum akan menyerap dengan lebih cepat. 

  • Tidak Melekit

Water fit-mask salah satu sheet mask yang mempunyai serum yang tidak melekit pada kulit sebab serum ni jenis cepat menyerap dalam kulit dalam tempoh yang singkat. Kiranya cepat kering lah untuk senang faham. Barulah rasa selesa kulit muka. Kalau jenis melekit akan rasa agak tak selesa dan rasa nak cuci muka je. Tapi sayang kot sebab kulit muka dah lembap. Kalau basuh jadi kering pula kulit muka.

  • Menenangkan 

Selain memberikan kelembapan yang terbaik dengan bahan-bahan yang terbaik., ia juga akan memberikan kesan ketenangan pada kulit yang mengalami tekanan disebabkan kekeringan. Dengan pemakaian water-fit mask membuatkan kulit lebih rasa reda dan selesa macam tu. Lebih tepat lagi, calming effect at once. Sebab tu bila pakai mask ni ala-ala berada di spa macam masa untuk bertenang dan berehat.

Sangat Sesuai Untuk...

Bagi kau orang yang ada masalah kulit kering yang teruk dan melampau tu, Fiza recommend sangat cuba guna ID.AZ Derm Dermastic WATER-FIT MASK ni. Dan kalau kau orang masih belum jumpa moisturizer terbaik, pun boleh cuba premium sheet mask ni. Kulit bukan je lembap tau. Lembap berkilau!

Harga dan Pembelian

Disebabkan ianya premium, harga untuk 1 pack 23g premium sheet mask ID.AZ Derm Dermastic WATER-FIT MASK ni adalah RM12.90 sahaja. Kau orang boleh dapatkan di mana-mana cawangan Watsons yang terpilih. Atau hubungi melalui website dan media sosial di bawah :


With Love, Sihatimerahjambu

8 comments

  1. Best kan mask ID.AZ ni...yang dapat hari tu dha nak habis dah..lepas ni kena carik kat watson..nasib x mahal sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan sebab dia lain daripada sheet mask yang pernah cuba.

      Delete
  2. Zumal suka juga pakai mask ni sebab rasa sejuk je masa guna

    ReplyDelete
  3. kita suka pakai Mask! memang wajib tiap2 minggu pakai. tapi Id. az ni tak pernah try lagi. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  4. tiap kali lepas pakai mask mesti kulit rasa lembap2 aje...best kan!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.