Service Repair iPhone Murah Dan Cepat Di Seremban

Friday, October 25, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Stress sungguh la bila ambil gambar, gambar kabur dan tak sharp lansung. Mulanya dok fikir lighting tak on point sebab rumah jenis tertutup natural light kurang masuk. Puaslah mencari sudut yang sesuai untuk ambil gambar sampai terbeli studio lighting lah. Konon puncanya sebab cahaya. Dah beli studio lighting masih tak okay juga. Terpaksa guna iPad untuk ambil gambar baru cantik sebab dah ada studio lighting rugilah tak guna.

Tapi yang tak bestnya guna iPad sebab iPad tu gedabak dan tak boleh nak letak pada holder tripod yang muat untuk saiz handphone je. Sudahnya gambar masih tak menepati kriteria. Sebab bila tak guna tripod ni, tangan mungkin akan bergoyang bila snap. Tu sebab gambar tak sharp. Set timer pun sama akan ada risiko gegar juga.

Belek punya belek nampak beza glass lense belakang iPad dengan iPhone macam ada sesuatu yang tak kena pada glass lense belakang iPhone tu. Macam frosted menyebabkan gambar kabur dan over expose nampak dalam gambar. Bila dah tahu itu puncanya walaupun belum pasti lagi sebenarnya. Fiza pun google lah service repair iPhone murah-murah area Seremban ni sampailah jumpa istagram @Iphone FIX Seremban.

Dah jumpa, Fiza terus lah whatsapp tanya berapa harga untuk replace glass lense tu. Dia kata RM30 siap pasang. Masih lagi dalam bajet Fiza kira on je lah. Cuma masa nak service tu tak tahu lagi. Satu hari tu on the way balik dari KL, tanya husband okay tak kalau nak tukar. Husband dah bagi green light dan whatsapp owner instagram service iPhone Fix tu. Katanya jumpa di McD untuk dia buat service face to face. Lebih kurang dalam 30 minit macam tu ikut apa yang service dia tawarkan tu.


Lepas dah set masa dan tempat semua. Husband pergi jumpa dan tunggu sampai siap. Fiza tunggu dalam kereta je lah sebab kau orang tahu je lah McD tu penuh dengan orang 24jam kan. Lebih kurang 10 minit macam tu dah siap. Eh, kejap je. Okay, kes Fiza ni replace glass lense je. Sebab tu cepat siap kot. Lepas dah tukar baru dan test ambil gambar. Terus macam 'wow!'. Ini barulah okay kalau ambil gambar. Mood kemurungan bertukar jadi happy sudah.

Syukur dan lega bila masalah lense handphone dah okay. Lepas tu apalagi, beria ambil gambar nak test lense baru. Mujur bukan rosak part dalam. Part external ni okay lagilah. Belum ada rezeki nak tukar phone baru. Lagipun selagi masih boleh guna kenapa nak tukar yang baru kan. Zaman sekarang kena jimat lebih banyak.

With Love, Sihatimerahjambu

22 comments

  1. org ni boleh fix iPhone je ke?
    nanti ammi nak gi terjah IG dia lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tanya ammi. kot boleh ke kan. Terjah dulu ig dia :)

      Delete
  2. aritu kwn pn update die ckp bila snap gmbr..gmbr jd blur..tktau la die p repair ke tk..kwn2 suggest tkr iphone baru je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tukar baru tu memang lambat lagi nak tukar jawabnya..kena menabung dulu. kalau repair dan boleh okay, then okaylah :)

      Delete
  3. klu kamera hp masalah mmg mood down skit.. rasa tak best nak tangkap gambar..
    Tukar part luar OK lagi kan..senang nak cari..syukur just tukar glass lense ja ye sis dah ok balik...boleh senyum tangkap gambar..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kemurungan kejap. syukur dan puas hati dah settle bab camera phone ni

      Delete
  4. Replies
    1. Murah jugalah. Bolehlah guna untuk sementara waktu ni :)

      Delete
  5. Itulah gambar dalam Fiza ni nampak cantik macam dalam majalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. tapi belum tahap majalah lagi ni. kena belajar lagi.

      Delete
  6. bagusnya perkhidmatan dia.. berbaloi pula tu..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. masih lg pakai IP7 yg sama.. kalau masih elok bt apa tukar barukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ip7 lagi lawa gambarnya kan. ye, guna jika masih elok :)

      Delete
  8. Memang berbaloi sangat harga dengan servis yang ditawarkan. Gambar fiza pun cantik cantik belaka

    ReplyDelete
  9. Iphone je ke erk..akak ada hp samsung note 2 yang patah button on dia tu....nanti akak skodeng

    ReplyDelete
  10. Wow.. ok lah Tu Kan kalau boleh repair dgn harga lebih murah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.