Eucalyptus Bukan Sekadar Daun

Monday, October 21, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Sejak terjebak dan jatuh cinta dengan tumbuhan hijau dan bunga-bungaan ni, agak rajin sikitlah nak mengkaji dan ambil tahu tentang jenis-jenis tumbuhan ni. Salah satu tumbuhan yang Fiza baru tahu dan baru nak explore adalah daun eucalyptus ni. Kebetulan Fiza juga baru terjebak dengan produk Young Living dan nampak ada Essential Oils Eucalyptus. Ohh..baru tahu kegunaan dan kebaikan Eucalyptus ni dalam kesihatan.

Balik kampung haritu pun nampak mak guna minyak urut eucalyptus herb macam tu. Tak ingat jenama apa. Selain tu, Fiza pun ada nampak orang share daun eucalyptus ni digantung pada shower mandi sebagai aromaterapi untuk tujuan kesihatan. Jadi, memang betullah daun eucalyptus ni banyak kegunaan dan kebaikannya dalam kesihatan. Bukan sekadar daun je tau!


Sejak tahu bagus untuk kesihatan, memang niat nak beli masa beli fresh flower haritu. Bukan nak guna untuk flower bouquet dan hiasan rumah je. Tapi nak guna sebagai aromaterapi jugalah. Fiza suka betul dengan bau daun eucalyptus ni. Kalau lalu tepi balang daun eucalyptus ni memang boleh bau walaupun tak dekatkan hidung kat situ.

Jenis-Jenis Eucalyptus



Eucalyptus pun ada bermacam jenis eucalyptus. Untuk minyak pati biasanya guna jenis willow atau lebih dikenali dengan minyak kayu putih. Kalau tak silap Fiza lah. Mohon betulkan kalau silap. Eucalyptus yang biasa nampak untuk flower bouquet dan gantung dekat shower tu jenis true blue. Macam Fiza beli ni lah.


Daun dia jenis tebal dan agak susah juga nak koyak ataupun gugur. Tapi macam cepat kering kalau persekitaran panas tanpa letak air. Kalau dijemur kering mesti macam rangup macam tu. Disebabkan haritu buat flower bouquet pakai sikit je. Ada lebih daun eucalyptus ni Fiza letak dalam balang kaca dan letak air untuk kekalkan kesegaran daun. Memang cantik digabungkan dengan baby breath ni cuma saiz balang kurang sesuai. Tak ada stok balang kaca dah. Guna apa yang ada je dulu.


Tentang kegunaan dan khasiat eucalyptus ni kau orang boleh google kalau nak tahu. Tak berkesempatan lagi nak mencari dan membaca lebih lagi. Tapi serius suka dengan bau eucalyptus ni. No wonder lah dijadikan sebagai aromaterapi.

With Love, Sihatimerahjambu

26 comments

  1. menariknya, kalau lah boleh hidup dengan barang2 macam tu mesti best kan... akak pun suka pokok yang ada bau2 nih

    ReplyDelete
  2. wah...nampaknya kena cari jugak pokok ni.kalau dalam air senang hidup boleh la hias kat dalam rumah kan..akak suka tanam pokok yang tak leceh nak jaga...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eucalyptus bukan water plant kak. cuma letak air untuk segarkan dia je. lama↓3 kering gak tu :)

      Delete
  3. Wahh.. Xpernah nmpk daun ni kat kawasan rumah. Mana fizah dpt tu ye. Mcm pokok duit2 pun ada tu

    ReplyDelete
  4. Sis baru tau daun dia kalau letak aje pun berbau wangi ek? Nanti nak cari laa, letak kat ruang tamu mesti cantik menghijau dan wangi kan Fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau dia masa segar kuat jugalah. dah lama sikit kering tak keluar bau sangat

      Delete
  5. comelnyaa, ni mesti rumah dah nk jadi hutan ni. Tengok sekarang ramai suka tanaman hijauan gini. segar mata memandang~ ^^

    ReplyDelete
  6. kalau letak dekat shower memang bestlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu belum cuba lagi. tak cukup lak nak buat macam tu

      Delete
  7. Saya Ada so eucalyptus globulus YL. Pertama kali nampak rupa daun ni Macam-macam jenis rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak beli EO YL boleh contact Fiza..cuma eucalyptus belum ada dalam koleksi Fiza lagi.

      Delete
  8. Di depan rumah paman saya ada sebatang pohon ini. Wangi aromanya

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. masa fresh memang nampak fresh..dah kering nanti sedih pulak tengok.huhu

      Delete
  10. Replies
    1. tak pasti di malaysia ni tanam kat mana sebab pokok ni macam rare

      Delete
  11. Akak pun suka daun ni...dulu rajin beli..dah bertahun tak beli dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat dengan kedai bunga memang rajin membeli.kalau payah nak membeli sekali sekala je lah jawabnya

      Delete
  12. eucalyptus ni bau dia macam berangin sikit kan? ke silap?

    ReplyDelete
  13. mama suka bau eucalyptus ni.. segar sgt

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.