Body Shaming Adalah Satu Jenayah

Monday, October 21, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Isu body shaming makin menjadi-jadi sampai keluar dah akta "Body shaming adalah jenayah". Kalau tak keluar akta ni memang rasanya sampai kesudahlah isu body shaming ni tetap berterusan viral di laman sosial media terutamanya dalam dunia hiburan. Tak faham kenapa body shaming ni dijadikan sebagai lawak. Iyelah, melawak pun jadi sampai mengina rupa fizikal seseorang tu.
"Body shaming" atau perbuatan menghina rupa fizikal seseorang dimana-mana perkhidmatan aplikasi boleh didakwa di abwah seksyen 233(1)(b), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588). Kesan kepada mangsa : Stress dan gangguan emosi, kehilangan keyakinan diri, kecelaruaan pemakanan, kemurungan dan kejadian bunuh diri.


Nampak tak kesan kesan akibat body shaming ni. Nampak macam remeh je tapi sebenarnya sangat sangat serius okay! Memang efek kehidupan seseorang. Gemuk, pendek, hitam, muka pecah, peha melimpah, muka berlubang dan bermacam lagilah kata-kata yang boleh menghiris hati seseorang. 

Luaran seseorang memang tak nampak terasa tapi dalam hati menusuk sangat. Ada juga mangsa yang dikenalpasti mengalami bipolar disorder disebabkan kes macam ni. Bahaya untuk diri sendiri dan orang disekeliling juga.

Body shaming adalah jenayah buli siber. Mangsa boleh buat laporan polis atau kepada SKMM. Mengikut seksyen 233(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( Akta 588), jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50k atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Agak berat juga hukuman tu. Jadi, jaga mulut dan jaga tangan jangan laju je nak body shaming orang lain di media sosial. Kalau viral kes body shaming di media sosial memang teruklah kena serang dengan bawang rangers.

With Love, Sihatimerahjambu

20 comments

  1. bse la netizen ni mmg saje cr psl..
    lbh baik diam dr keluarkan kata2 xelok kutuk org sana sini kan..

    ReplyDelete
  2. kalau dekat saluran lawak tv kita..dah jadi kebiasaan pada mereka membodyshaming sesama rakan. Ammi dari dulu agak kurang setuju. Bila org tu berhidung agak kembang, gigi agak kedepan..mereka2 ini dijadikan bahan lawak.

    Mungkin kawan yg dibahankan itu tergelak..tp jauh disudut hati dia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. show lawak tu memang selalu sangat body shaming jadi bahan lawak. tuan punya badan tak kata apa,mungkin juga makin menjadi jadi lawak body shaming ni

      Delete
  3. Teruk sgt manusia yg suka memperlekehkan manusia lain ni..sgt tak beradab terutama bab2 body shamming ni.. kesan jangka panjang pada mangsa amat tidak baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kan kalau orang suka body shaming kita..memang efek akan datang

      Delete
  4. dah msk 2020 kot...knape nk body shaming lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..lately makin kerap dengar isu body shaming ni

      Delete
  5. memang betul pun, dari suka-suka sebenarnya besar impak pada orang yang di body shaming tuh.

    akak pernah merasa, akak tahu macamne rasa sakitnya, geramnya dalam hati ini. Memang bahaya body shaming ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah merasa juga zaman sekolah..kemurungan juga dibuatnya

      Delete
  6. Ohh ada jugak akta utk Body Shaming ye.. lepas ni biar netizen lebih berhati2 dgn gurau body shaming..

    ReplyDelete
  7. bagus pun dia buat akta ini.. Makin melampau-lampau pula body shaming nie..

    ReplyDelete
  8. Kannn, tak faham manusia ni, suka sangat mengeji keadaan fizikal orang lain. Kan elok jaga diri sendiri, sebab tak selamanya ianya kekal cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. manusia adalah sebaik-baik dan secantik ciptaan Allah

      Delete
  9. Sebab tu kat media sosial ni kena berhati- hati kan...baca boleh..komen hati- hati skit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu kak..sebab tu sebelum komen fikir dulu :)

      Delete
  10. Biasa dah ni. Dulu kena sebab jongang dan kurus. Tu yang tekad pakai braces. Tapi bab kurus tu dah malas nak fikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang tu memang malas nak fikir. tak faham lah jenis orang suka body shaming ni.kalau kena diri sendiri baru tahu kan

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.