Aduhai Bawang Rangers

Tuesday, October 15, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Selamat pagi! Sepi kejap blog 3 hari tanpa update dan sempat blogwalking kejap je. Ketandusan idea nak mengarang perenggan dalam blog ni. Dalam 3 hari ni bermacam-macam cerita trending dilaman sosial. Antara cerita yang tengah hangat, kisah tragis seorang isteri dan anak dikerat 8 oleh suaminya sendiri. Sempat jugalah baca kronologi kisah ini yang boleh dikatakan sangat kejam. Nak taip pun rasa seram dan takut. Tak berani nak komen lebih. 

Apa yang Fiza nampak, bila berlaku kisah macam ni dan identiti suspek diketahui, macam biasa bawang rangers a.k.a makcik bawang laju je menjalankan tugas masing-masing. Semalam juga trending artis K-POP South Korean girl group f(x), Sulli found dead at home. Puncanya masih dalam siasatan tapi ada juga berita keluarkan fakta salah satu puncanya adalah depresi disebabkan cyber bullies. Lebih kurang macam serangan bawang rangers. Kalau nak tahu di Korea lagi teruk kena kecam, kalah bawang rangers Malaysia. 


Bawang rangers ni pantang kalau ada kisah-kisah yang tengah hot jadi viral. Laju je tinggalkan komen bukan-bukan pada gambar, post dan yang terlebih rajin jadi penyiasat. Habis segala maklumat peribadi semua di gali dan mangsa teruk kena kecam tak sudah-sudah. Kadang rasa kesian dengan orang yang kena kecam tu. Patut ke dikecam sungguhpun dia bersalah?  Kenapa kita perlu kecam sedangkan kita tak tahu hal sebenarnya? Tak rasa bersalah ke kecam orang?

Lebih baik kita diam, muhasabah diri lebih baik. Biarlah pihak yang bertanggungjawab jalankan tugas mereka. Janganlah kita kecam dan hukum mereka. Tahu tak yang akibat kecaman ni boleh menyebabkan depresi. Penyakit depresi ni bukan penyakit yang boleh dibuat main. Ini juga salah satu punca yang menyebabkan kematian. Bayangkanlah kau orang kena kecam setiap hari dengan kata-kata yang kau orang sendiri taknak dengar. Siapa yang sanggup tahan? Mesti rasa trauma seumur hidup akibat kecaman. Betul tak?

Fiza pun pelik, sekarang ni macam menjadi-jadi je trend kecam mengecam ni. Makin besar komuniti bawang rangers ni. Timbul rasa takut nak menaip sesuatu. Takut kena kecam tak pasal-pasal. Kadang  nasihat pun kena kecam. Apo! Aduhaii bawang rangers. Kalaulah tak ada bawang rangers, rasanya hidup lebih aman. Moga kita sentiasa dibawah lindunganNya serta dijauhi dari segala musibah. Aaaminn...

With Love, Sihatimerahjambu

35 comments

  1. kes sulli tu, akak perasan peminat atau netizen atau haters di korea memang sangat fanatik, bila ada artis yang tak disukai mereka akan hentam, akan kondem akak buli cyber secara besar-besaran. Mereka sangat melampau hinggakan segala jadual dan urusan seharian artis tu pun mereka tahu. Harapnya jangan la netizen di malaysia ni ada yang jenis macamtu.

    tentang kes bunuh tu, memang tak terkata... tak dapat terima kerana marah sampai sanggup membunuh sekarang mayat mangsa masih tak cukup sifat, apa lah si pembunuh fikirkan dan rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Netizen sana lagi dasyat cyber bully ni. nak jadi artis korea jiwa kena kental. tapi yelah, mereka tiada pegangan agama.

      itulah kan. Harap netizen zaman sekarang lebih educated kalau tinggalkan komen

      Delete
  2. Orang Korea lebih kuat membawang dari orang kita yer. Nanti kena buat carta bawang 🤭

    ReplyDelete
  3. kalo sy lebih baik diam..
    kita xtau keadaan sebenar macam mana kan.. jd sgt xbest la kalo ada yg komen mcm2..
    menjadi2 skrg ni macik pacik bawang.. aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, samalah! Lebih suka memerhati dan diam kalau tak tahu cerita sebenar.memang makin menjadi² geng bawang ni

      Delete
  4. Kalau sampai memberikan tekanan emosi, geng bawang rangers nie memang tak berperasaan langsusng.. Padahal kisah sebenar tak tahu pun.. pandai mengutuk dan mengecam je.. semoga kita tak tergolong dalam golongan bawang rangers ini..

    ReplyDelete
  5. tulah kadang2 geram je ngan netizen yg suka membawang tak tentu hala ni. sibuk singkap kain org sana-sini tp kain sendiri tersingkap dia buat taktau je. Ishhhh tak paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kain sendiri tersingkap baru dia tahu macamana rasa menjadi mangsa

      Delete
  6. "Seseorang yang bersangka baik kepada orang lain, walaupun sangkaannya itu salah,dia tetap betul di sisi Allah SWT. Seseorang yang bersangka buruk kepada orang lain, walaupun sangkaanya itu betul, dia tetap salah di sisi Allah SWT. Kerana tanggungjawab kita di dunia adalah bersangka baik kepada seluruh makhluk Allah SWT - Ustaz Iqbal Zain

    Masalahnya kita suka bersngka buruk..Kena ajar hati kita sentiasa ada sifat husnudzon kepada orang lain..sebenarnya bukan pada orang lain saja..tapi pada Allah SWT dan diri kita sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul, perlu ajar hati untuk bersangka baik dan berkata-kata yang baik juga.

      Delete
  7. Memang takut dan seram baca komen-komen yang tak seronok.
    Moga kita berhati-hati berkata atau menulis.


    ReplyDelete
  8. saya bekerja dalam industri media

    kami dilatih untuk tidak ada emosi dengan apa jua berita yang buruk dan ngeri.

    bayangkan kalau hari-hari hadap berita ngeri pasti jiwa kami tidak selesa..

    so kerja dan emosi tidak boleh bergerak selari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus macam ni. Melatih diri sendiri juga supaya tak terlebih emosi.

      Delete
  9. Ya, innocent until proven guilty. Dan apa yg kita baca dlm media massa tak semestinya tepat. Saya pun hairan tengok orang2 yg suka tinggalkan komen2 pelik dan kasar. Entah apa yg dorang dapat agaknya... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Jangan terus percaya. apapun kena selidik dulu. Entahlah kan, tak tahu apa yang mereka dapat

      Delete
  10. Replies
    1. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari kecaman dan tidak mengecam sesiapa

      Delete
  11. sekarang dah tak perlu susah-susah hire wartawan untuk dapatkan news . Makcik Pakcik bawang je boleh settle kan kes tu . Indeed , memang takut nak tulis atau komen apa-apa . Dengan zaman viral dan Bawang Squad sekarang better diam je kalau takda benda penting atau sahih untuk di komen .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Mereka lagi banyak tahu kononnya. Memang takut nak komen. lebih baik diam.

      Delete
  12. hebatnya kuasa jari sampai boleh hilang nyawa. no wonder dalam surah yasin mengatakan di akhirat nanti tangan yang akan berbicara instead of mulut...

    ReplyDelete
  13. Takut bila baca bahasa-bahasa yang depa guna. Anak-anak muda pula tu...

    ReplyDelete
  14. Kadang-kadang tak tercapai dek akal depressi sampai sanggup bunuh diri. Nauzubillahiminzalik.
    Bagi yang muslim kena jaga iman dan jaga hubungan dengan Allah InSyaAllah selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Korea suicide tu macam normal sbb mereka tiada agama. Macam kita muslim memang kena pelihara iman sebaiknya

      Delete
  15. Kes Sulli tu sebenarnya is more than cyber bullying.
    Dia dipinggirkan oleh company dia, so dia takde job, rakan2 artis ramai yang berpaling bila dia memerlukan and tambah pula dibenci k-netizen.
    I feel bad for her, dia dah cakap dia 'penat' (dengan dunia) pun orang masih tak faham lagi.

    Kelmarin pula trending pasal Goo Hara (rakan baik Sulli) yang buat InstaLive sambil menangis teresak-esak kerana dia pun mengalami nasib yang sama. Saya harap kawan2 Goo Hara ada dengan dia sebab she really need someone right now.

    Sekarang target kebencian K-netz dah beralih kepada Lisa Blackpink. Secara jujurnya saya cakap, most korean tersangatlah racist dengan foreign kpop artist especially from Thai and Chinese kpop artists, habis semua dikutuknya. Konon tak capai standard korean beauty. tsk tsk tsk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes Sulli ni baru tahu apa yang terjadi. Goo Hara tu dah lama juga kesnya cuma masih boleh control. Tak sangka disebalik populariti mereka, ada 'kisah' disebaliknya.

      Delete
  16. what? sulli pun da meninggal? RIP..banyak sangat tertinggal isu semasa ni sebenarnya...kena banyak lagi berfacebook ke ape ni ek, tapi agaknya timeline fb kita jenis lambat sikit isu2 semasa ni..huhuhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.