Wawawax Hair Removal Organic Natural Cold Wax

Sunday, July 07, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Dah lama Fiza cari produk hair removal yang mudah nak guna dan paling penting berkesan. Nak cabut memang jenuh lah kan. Bercukur pula akan buatkan kulit radang dan kehitaman. Lagipun tak buang sampai ke akar dan pertumbuhan jadi lagi cepat. Sebelum ni pernah cuba satu produk di drugstore tapi tak sesuai dengan kulit Fiza. Kulit melecur mungkin produk tu gunakan bahan yang tak sesuai dengan kulit Fiza barangkali.


Bila kulit dah okay. Fiza cari hair removal lain pula. Survey punya survey, Fiza pilih Wawawax Hair Removal Organic Natural Cold Wax Hair 100% Original. Itupun sebab iklan wawawax asyik lalu lalang kat instagram dalam sponsored post tu.

WAWAWAX HAIR REMOVAL ORGANIC NATURAL COLD WAX
Wawawax Hair Removal diperbuat daripada 100% bahan organik iaitu madu, lemon dan gula. Bila guna bahan organik ni, lebih selamat digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh gunakan wawawax tanpa ragu-ragu.


SET WAWAWAX HAIR REMOVAL
  • 1 tube Wawawax Hair Removal Organic Natural Cold Wax 120ml
  • 4 Spatula
  • 12 Strips Cotton
  • Wawawax Pouch


KEISTIMEWAAN WAWAWAX HAIR REMOVAL
  • Boleh terus guna tidak perlu dipanaskan
  • Membuang bulu sehingga ke akar
  • Melembutkan kulit
  • Melicinkan kulit
  • Mencerahkan kuli terutamanya ketiak
  • Melambatkan pertumbuhan bulu
  • Tidak gatal masa pertumbuhan bulu baru
  • Mudah bawa travel

CARA GUNA WAWAWAX HAIR REMOVAL
Note : Pastikan bulu lebih 3mm panjang dan kulit mesti kering. Mampu tahan sakit.
1. Sapu wax ikut arah pertumbuhan bulu.
2. Tampal strip cotton pada bahagian wax yang sudah disapu. Urut 3-5 kali ikut arah sapuan wax
3. Kemudian tanggalkan strip dengan cara sentap secepat mungkin ikut lawan arah urutan tadi.

* Setiap bahagian ada langkah-langkah tertentu dan arahan ada disertakan sekali. Boleh refer sebelum guna.


Masa sentap tu sumpah sakit! Lagi lagi part ketiak tu. Beauty is pain is real. Haha.. Tapi puas hati dengan hasil cabutan tu. By the way, boleh reuse dan urut cam biasa strip yang dah dicabut tadi pada tempat lain. Agak agak dah tak boleh, guna wax yang baru lah. Pertumbuhan bulu baru pun lambat dan paling best tak gatal bila tumbuh bulu baru tu. Kulit lebih licin dan cerah. Suka dengan hasilnya tapi yang kena tahan sakit tu yang kena bertahan sikit.


With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

  1. teringin nak try tp xde peluang lg.

    ReplyDelete
  2. Oo baru tau ada wax lain. selalu kenal Norah Wax je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain wawawax ni pun ada yang lain juga. banyak pilihan sebenarnya :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.