Selamat Hari Raya. Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam. Tak terlambat lagi kan nak ucapkan selamat hari raya. Raya kan sebulan! Dah lebih separuh bulan syawal ni barulah sempat nak update blog ni ha. Nampak tak betapa kurangnya mood nak update blog sekarang ni. Entah takde idea ataupun kemalasan melanda. Ataupun sibuk dengan kerja lain.
Takpe, semua tu tolak tepi kejap. Update sikit cerita riang ria 1 Syawal di Kuala Pilah dan Segamat yang telah berlalu pergi. Macam biasalah setiap kali raya kamiorang akan beraya di kampung husband dulu di Kuala Pilah. Selepas sembahyang raya dan bersalaman akan pergi menziarah kubur arwah abah. Aktiviti seterusnya ambil gambar keluarga dan makan-makan juadah raya.
#teammerah |
Uwan & mak |
Mak Uda, Pak Uda, Uwan, Mak, Anak buah, Adik Ipar & Biras |
Aktiviti seterusnya barulah balik kampung Fiza pula di Segamat. Perjalanan sejam setengah je kalau tak jammed lah. Kadang-kadang ikut jalan dalam ni pun jammed juga kalau dah semuanya balik dalam masa yang sama. Redha je lah kalau jammed. Lambat sikit pun tak apalah, janji selamat sampai dengan selamat.
Tahun ni, buat pertama kalinya mak abah beraya berdua je malam raya sampai pagi raya. Pagi raya barulah ada yang balik. Masing-masing beraya ikut giliran rumah mertua dan ada yang kerja. Lagipun raya ke empat nanti ada family day. Jadi, masing-masing balik raya pertama dan kedua sebab nak merewang sekali dan bolehlah cuti raya lama sikit ramai-ramai. Tapi Fiza sampai rumah ada tetamu datang. Bergambar raya pertama di Segamat berdua je lah nampaknya.
Sementara tu beraya beraya kejap di rumah kawan sekampung. Lama sungguh haihh tak jejak kaki rumah ni. Padahal tak jauh mana pun. Jalan kaki kejap je dah sampai. Memandangkan kawan ni ada balik kampung. Singgah kejap lah beraya.
Ikutkan nak beraya lagi rumah kawan-kawan lain. Tapi yang lain belum sampai kampung lagi. Balik rumah dan rehat-rehat je lah sebab esoknya dah nak start merewang untuk family day raya ke empat. Okay, settle cerita raya 1 syawal. Kau orang beraya di mana pula? Ada geng #teamrayapilah #teamrayasegamat tak?
Salam lebaran 1440H
ReplyDeleteSelamat Hari Raya!
ReplyDeletebelum terlambat nak wish selamat hari raya utk fizah dan family. samalah akak pun raya kuala pilah dulu.
ReplyDelete