Happy June, Happy Raya!


Eh, kejap je dah masuk bulan June. Rasa macam baru je lagi bulan Mei. Ramadhan terasa cepat dah nak sampai penghujung. Sekejap je kan? Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Syawal bulan raya dan happy raya of course! Bulan June bulan yang dinanti untuk meraikan hari raya bersama selain menanti ramadhan sebelum ni.

Sometimes a short walk down memory lane is all it takes to appreciate who you are today

Macamana persiapan raya kau orang semua? Fiza biasa-biasa je lah. Alhamdulillah baju raya siap sedia dah sepersalinan. Biasanya baju raya lah yang paling utama kena siapkan. Betul tak? Tahun ni tema apa? Kena tunggu raya nanti lah kan. Macam biasa juga #teamrayapilah dan #teamrayasegamat dalam satu hari raya yang sama. Untunglah kampung masing-masing dekat. Tak payah nak bergaduh nak raya kampung mana. Dua-dua dapat. Adil!

Dengar-dengar hari semalam pun dah bermula jalan sesak sana-sini. Bertabahlah yang nak balik kampung jauh-jauh tu. Kena cari jalan alternatif kalau nak elakkan jammed dan timing kena betul. Kalau dah semua sekali balik dalam waktu yang sama memang jammed lah jawabnya. Eh, bukan jalan je jammed, shopping mall penuh dengan orang je sekarang ni. Nak cari parking pun stressed dibuatnya. Sabar je lah di bulan puasa ni.


A joyful June!
Let's rejoice this festive month with more love & care, and less gadget, please!
Be thankful for having those around you and appreciate their presence.
Family, is like branches on a tree that grow in different directions yet remain as one root.
Sometimes having a good chat with your siblings or crazy cousins is all
you need for your happy pills.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments