Gambar Lebih Cantik dan Cun Dengan Menggunakan Preset Rainbow lightroommurahbohh

Nak gambar cantik tak? Jangan di tanya! Of courselah cepat-cepat jawab nak. Bagi seorang photographer mesti dah arif "macamana nak hasilkan gambar yang cantik?, betul bukan? Tapi bagi yang tak arif pasal gambar mesti ada keinginan nak juga dapatkan gambar cantik. Lagi-lagi yang suka travel atau minat tentang photography tanpa perlu ada camera hebat.

Iyalah sebagai rakyat marhaen, bajet agak tersekat di skala enam. Melainkan kalau betul-betul minat dengan photography mesti sabar menabung dan dapat beli camera idaman. Lainlah kalau golongan bangsawan yang bajet bersepah boleh beli camera hebat dan gambar pun mesti hebat. Eh, tapi tak juga. Skill juga penting untuk hasilkan gambar hebat.

Tapi disebabkan zaman sekarang dah banyak aplikasi smartphone yang canggih, maka bolehlah setiap orang yang memiliki smartphone dengan camera hebat dapat hasilkan gambar yang cantik dan cun! Kalau ambil gambar permandangan di mana-mana masa travel dan edit guna aplikasi "Adobe Lightroom CC", for sure gambar kau orang nampak lebih cantik dan cun! Sangat berguna untuk kau orang yang kaki travel tu. 


Amacam? Cun tak gambar atas ni lepas edit guna apps  Adobe Lightroom CC. Dalam apps  Adobe Lightroom CC ada beberapa preset percuma yang boleh kau orang gunakan untuk hasilkan gambar cantik. Preset ni macam automatik setting untuk gambar kau orang nampak lebih menarik. Nak lagi menarik, kau orang perlu tambah atau edit sendiri preset yang kau orang nak.

PENGGUNAAN PRESET YANG MUDAH.
Kalau tak pandai nak setting atau create preset tu, boleh ikut cara Fiza dengan beli terus preset dan boleh terus guna je tanpa perlu create atau setting baru setiap kali nak edit gambar. Dah ada preset yang cantik cun melecun, bila nak guna terus klik-klik preset yang sesuai dengan gambar kau orang.

Kau orang boleh dapatkan presets rainbow lightroom murah di @lightroommurahbohh. Dalam pakej preset ni ada 12 presets yang boleh kau orang gunakan mengikut kesesuaian gambar dan taste kau orang. Selain tu, setiap pembelian akan dapat sekali tutorial cara nak gunakan apps dan guna preset. Sangat mudah dan gerenti puas hati dapat gambar cantik. Ini cara paling mudah lah pada Fiza. Kalau nak guna Adobe Lightroom menggunakan dekstop atau laptop agak leceh nak transfer bagai kan. 


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. suka jgk edit dengan LR,
    prnah beli preset yg sedia ada,mudah kerja nak edit kan..hehe

    ReplyDelete
  2. cantikkk...nanti nak cuba jugak ahhh...jeles tengok pic cecantik tu semua

    ReplyDelete
  3. wahhh.. menarik ni.. nak try jugak la.. thanks for sharing fiza..

    ReplyDelete
  4. cantik.. terutama gambar pertama tu. nampak terang!

    ReplyDelete
  5. Cantik...tgk ramai yg guna kan.. Lawa jgk hasil editing

    ReplyDelete
  6. Memang cantik gambar .Kadang gambar kita ambil dah cun tapi tak terang plak .Bagus ada apps ni boleh edit gambar bagi cun kan

    ReplyDelete
  7. Yes! I like lightroom also, it makes photos looks more vibrant.

    ReplyDelete
  8. Ni senang kalau nak edit on the go kan! Sally nmpk ramai jugak yg guna tapi belum rajin nak usha...hahaha

    ReplyDelete
  9. Aduhai.. Tergoda tgk gambar lepas diedit tu. Lawa hasilnyaa..

    ReplyDelete
  10. Cantik gambar ni. Kalau yang suka travel biasa ambil gambar macam ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.