Resepi Egg Benedict Super Simple

Bangun pagi benda paling malas nak siapkan adalah menu breakfast. Disebabkan nak menyediakan breakfast ni agak leceh, kadang skip breakfast je. Takpun makan roti ke atau minum air kosong. Janji perut di isi. Tapi disebabkan tekak orang melayu dah terbiasa dengan menu breakfast berat-berat macam mee goreng, nasi goreng, kuew teow goreng, nasi lemak dan sebagainya. 

Jadi, kalau tak makan menu berat tu rasa  macam tak breakfast pula kan. Bagi Fiza breakfast simple-simple je sudah memadai sebab jenis Fiza kalau makan berat-berat waktu pagi, alamatnya akan ke toilet lah lepas makan. Beza pula kalau makan simple, potensi nak ke toilet tu kurang lah sikit. Well, breakfast paling mudah nak sediakan dengan menggunakan resepi Egg Benedict Super Simple ni.


Fiza tak pasti keaslian resepi sebenar sebab daripada google dah banyak diolah dan Fiza pun olahkan lagi. Kalau ikut resepi asal daripada hasil carian google kebanyakkannya bekas yang digunakan kecil je macam bekas buat muffin tu. Disebabkan Fiza takde bekas kecil nak masuk oven, Fiza gunakan mangkuk kaca oven yang ada je lah. Untuk roti tu, Fiza tak buang tepi-tepi tu sebab sayang. Kalau nak cantik, silalah buang ye.


Hidangan untuk satu orang (satu bekas)

Bahan-bahan
1 biji telur 
1 keping roti putih 
black pepper yang ditumbuk kasar
Butter atau marjerin
White Pepper
Mixed Herbs

Cara-cara
1. Sapukan butter pada bekas.
2. Sapukan butter di pada roti atas dan bawah. Kemudian letakkan roti di dalam bekas.
3. Pecahkan telur di atas roti dan taburkan blackpepper, white pepper dan mixed herbs.
4. Masukkan dalam oven dan bakar selama 15-20 min pada suhu 180.

Nak lagi sedap tabur lah cheese. Fiza tak letak garam sebab white pepper dah cukup rasa garamnya kan. Dah siap! Nampak menyelerakan breakfast western di pagi hari kan.


Agak agak telur putih dah masak dan telur kuning dan separuh masak tu boleh je stopkan masak dan keluarkan. Kotlah ada yang suka makan telur separuh masak cair-cair gitu. Makan sekeping roti buat macam ni pun dah kenyang sangat. Mudah sangat! Sebelum bersiap tu boleh je buat dulu. Lepas 15minit dah boleh makan dah.


Happy Breakfast everyone!
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. hah..boleh la akak try esok ni..rasa macam roti goyang pulak kan...hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang tapi tak goyang pun sebab telur putih dan kuning masak dah :)

      Delete
  2. Macam sedap, tp tekak Aien failed btol dengan telo separuh masak gini hehe

    btw, Aien tagged Fiza utk GA ..

    https://aienienka.blogspot.com/2018/11/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap! Kalau tak makan telur memang rasanya tak sedap. okay Aien, thanks tag

      Delete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.