Mini Oval Table Top Two-Sided Swivel Vanity Makeup Mirror With 2x Magnification

Sunday, November 25, 2018

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Perempuan memang pantang nampak cermin kalau kat luar. Tak kisahlah jenis cermin apa sekalipun. Mesti nak berhenti sekejap. Betulkan tudung lah, betulkan makeup lah, belek-belek muka sikit lah. Sampai ada yang viral tu ha tengah syok makeup hadap cermin kereta tak sedar dalam kereta tu rupanya ada manusia yang memandang. Bila turunkan tingkap, termalu sudah yang tengah bermakeup tu. Haa..siapa pernah kena?

Haha, itu sebabnya nak pandang cermin kena berpada-pada. Lagi-lagi cermin tingkap kereta. Jaga-jaga ada yang memerhati dari dalam kereta. Well, pernah tak terfikir macamana lah hidup kita tanpa cermin kan? mesti kita tak akan tahu macamana rupa kita. Tak dapat bayangkan macamana hidup tanpa cermin.Cakap pasal cermin, kat satu rumah mesti ada satu cermin. Betul tak?

Kalau boleh setiap sudut ada cermin. Selain untuk kegunaan menatap wajah yang cantik, cermin digunakan juga sebagai hiasan rumah. Kalau boleh segenap sudut nak letak cermin. Fungsi cermin ni bukan sekadar cermin dan perhiasan, cermin adakalanya memberi ilusi ruang yang lebih luas untuk sudut ruang rumah yang kecil. Kalau rasa-rasa ruang dalam rumah tak cukup besar, gantung cermin dinding yang besar gerenti nampak luas ruang tu.


Okay, intro Fiza sangatlah panjang pasal cermin ni. Motif asal nak update pasal mini oval table top two-sided swivel vanity  makeup mirror ni je sebenarnya. Nak banyakkan isi entry kena bebel lebih sikit kan macam biasa. Panjang betul nama cermin ni sampai susah nak ingatkan. Jadi pendekkan namanya sebagai vanity mirror je sudah lah.

Apa yang Fiza berkenan sangat dengan vanity mirror ni sebab ianya bersaiz mini dan sangat sesuai untuk diletakkan atas meja makeup atau workspace sebagai kegunaan merangkap perhiasan. Selain itu, keistimewaan vanity mirror mini adalah :
  • Warna yang menarik. Fiza tak pasti warna apa sebenarnya nak describe. Macam warna gold, tembaga, ataupun bronze. Yang penting warna tu nampak vintage.
  • Saiz mini : Dengan saiz mini dapat menjimatkan ruang meja
  • Two-sided swivel with 2 x magnification : Didatangkan dengan dua belah cermin depan belakang dengan hanya perlu pusingkan je. 1 belah cermin biasa dan 1 belah lagi dengan 2 x pembesaran.

Tinggi 15.5cm, diameter melintang 8cm
                            
RATINGS
Saiz : ⭐⭐⭐⭐
Color : ⭐⭐⭐⭐⭐
Quality Glass Mirror : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : Affordable
Value For Money : Yes

Vanity mirror mini ni kau orang boleh dapatkan di instagram : @thepinkdiamond.co . Limited quantity, jadi kalau berminat kena terjah cepat. 

With Love, Sihatimerahjambu

2 comments

  1. Mini cermin macam ni la zaza nak cari.. Hrtu cari area tmpt zaza tapi xdak.. Ada jenis gantung2 je bnyk

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.