Althea Petal Velvet Powders Jadikan Makeup Tahan Lama

Tuesday, November 20, 2018

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
ALTHEA PETAL VELVET POWDERS, produk pertama keluaran Althea dibawah jenama Althea sendiri. Syabas Althea sebab sekarang dah makin bertambah produk keluaran Althea di bawah jenama Althea sendiri. Well, sebagai Althea Angels memang sangat bertuah dapat peluang mencuba terlebih dahulu produk exclusive keluaran Althea Korea.

Althea Petal Velvet (PV) Powder sebenarnya sudah lama ada dipasaran, cuma baru sekarang dapat mencuba. Sebelum ni tak kenal maka tak cinta. Sekarang dah kenal dan jatuh cinta terus. Selain PV powder, Althea juga keluarkan Petal Velvet Series yang lain iaitu Petal Velvet Sunaway (Sunscreen) yang sangat best di pakai without white cast!


Okay, haritu dah cerita pasal PV Sunaway dan dalam entri ni Fiza kongsikan tentang Petal Velvet Powders yang comel loteh tu. Bukan setakat comel sahaja tapi sangat berbaloi untuk tambah koleksi barang makeup kau orang. Fiza gerenti yang lebih ramai sukakan translucent powder daripada compact powder. Iya kan?  


TEKSTUR SUPER RINGAN
Ya, kalau kau orang pegang tesktur translucent powder ni tersangatlah ringan dan licin. Kalau pakai tu macam seolah-olah tak pakai bedak lansung. Kulit jadi lebih licin dan sangat selesa dipakai disebabkan tekstur yang ringan tu. Takda lah rimas bila pakai makeup. Ya lah, orang kata kalau pakai makeup rasa berat je muka tu kan.


3 CODE PILIHAN
CODE #0 TRANSLUCENT

PV Powder code #0 Translucent sesuai digunakan oleh semua jenis warna kulit. Cerah ataupun gelap, sesuai je pakai. Jangan takut pakai sebab translucent powder ni tak akan mengubah pemakaian warna foundation atau ubah warna kulit sekaligus.

CODE #23 WARM BEIGE

Bagi yang tak berani nak pakai code #0 Translucent tu sebab warna kulit agak gelap, sangat sesuai pakai code #23 warm beige. Kalau pakai Warm Beige tanpa foundation pun Fiza rasa okay je sebab nampak natural.

CODE PINK LAVENDER ( LIMITED EDITION)


Code Pink Lavender ni special sikit sebab keluaran edisi terhad sempena Althea Turns 3. Fiza dah review penuh tentang PV Powder Pink Lavender sebelum ni. Jadi, Fiza recap je lah ye. PV Powder pink lavender ni bau dia sangat wangi, bau lavender dan diformulasikan dengan pigmen merah jambu dan ungu untuk mencerahkan kulit yang kusam. Kalau jenis kulit muka kau orang cerah, mesti nampak pinky sikit.

KULIT LEBIH HALUS DAN LICIN
Tak dinafikan selepas memakai PV powder ni kulit akan terasa lebih licin. Dalam pada yang sama dapat mencerahkan kulit muka yang kusam. Kulit muka nampak lebih fresh dan stay shine-free! takde lah muka hambar tanpa sebarang makeup. Pakai PV powder pun dah cukup confident untuk keluar rumah.

HASIL MAKEUP  TAHAN LAMA DAN TIDAK CAKEY
Kalau kau orang muka berminyak dan kering mesti tak suka pakai powder sebab risau akan nampak kulit mengelupas dan sebagainya kan. Tapi PV powder tidak mencacatkan makeup kau orang tu. PV powder akan berikan kesan matte pada makeup bagi sesuaikan dengan mereka yang kulit berminyak.
Makeup pun tidak akan nampak cakey (bercapuk).

Jadi, makeup pun jadi lebih tahan lama. Selain tu, dengan memakai PV powder akan memberikan efek shiny dan glowy finish. Bagi kau orang yang jenis kulit berminyak, dengan pakai PV powder ni serba sedikit dapat membantu mengawal pengeluaran minyak pada kulit muka.

HARGA MURAH RM16 SAHAJA
Kalau Fiza cakap harga dia RM16 sahaja kau orang percaya tak? Sangat menguntungkan untuk harga tu dengan 3g translucent powder dalam jar yang comel tu. Cuma untuk pink lavender limited edition tu RM17. But still dalam range harga yang murah. Didatangkan sekali dengan sifter dan juga powder puff untuk memudahkan penggunaan.



BAU WANGI
Ketiga-tiga PV powder mempunyai bau masing-masing dan Fiza paling suka dengan pink lavender tu lah sebab mempunyai mild floral scent yang sangat menyenangkan.

POKET SAIZ
Biasanya translucent powder yang kita nampak di pasaran mempunyai jar yang besar. Jadi, sangat berbaloi rasanya beli PV powder yang bersaiz poket ni. Senang bawa travel dan senang juga kalau nak selit dalam poket. Boleh makeup on the go je kalau nak cepat. Tak makan ruang dalam hand bag juga. Pada Fiza, sangat berbaloi dengan saiz dan harga. 

BAHAN UTAMA PV POWDER
  • Althea seed extract- Kaya dengan antioksidan, melindungi kulit daripada luaran dan memastikan kulit kekal bagus dan hydrate. 
  • Polyphenols - Memelihara kulit daripada sinaran UV. 
  • Saponarin - Membaiki sel kulit rosak dan mengembalikan keanjalan kulit. 
RATINGS
Smell : ⭐⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : Cheap!
Value For Money : Absolutely!
BUY NOW

With Love, Sihatimerahjambu

17 comments

  1. akak pun suka powder dan susncreen dia tu..memang sesuai dengan kulit.Powder tu da dua kali akak beli...

    ReplyDelete
  2. Tak rasmi lagi. Sayang nak pakai. Hahaha.. Tapi ada test sekali memang best pakai

    ReplyDelete
  3. wahh harganya murah jugak yer. tak pernah lagi try product Altea ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang murah untuk harga 1 jar translucent powder. sangat berbaloi membeli kak

      Delete
  4. Hi, i need your help to blast my crowdfunding campaign for my studies expenses.

    https://messarah.blogspot.com/2018/11/my-crowdfunding-campaign.html/

    ReplyDelete
  5. Harganya memg murah.. Nad dh pakai best betul.. Bau sedap

    ReplyDelete
  6. Ramai juga suka produk Althea ni, bagus dan murahkan saya pernah pakai

    ReplyDelete
  7. Cantiknya yang warna pink tu. terkejut tengok harga. Sebab kalau tengok range product macam mahal. hehehehe hope ada lagi sebab limited edition kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..memang murah sangat untuk satu translucent powder

      Delete
  8. busyra suka dgn petal powder dari althea nii.. best sngt

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.