Jom Cuba Resepi Viral Oden Family Mart

Nampaknya macam ada lagi satu makanan baru tengah viral lalu lalang di wall facebook iaitu ODEN. Siapa yang sudah biasa shopping di Family Mart mesti familiar dengan menu yang diberi nama ODEN ni. Untunglah orang Selangor dan Kuala Lumpur sebab Family Mart ada merata-rata. Negeri lain Family Mart tak nak bertapak ke camna? Aduhaiii, tergoda tengok ODEN yang ala-ala macam steamboat tu.


Oden (おでん) is a Japanese one-pot dish consisting of several ingredients such as boiled eggs, daikon, konjac, and processed fishcakes stewed in a light, soy-flavored dashi broth.
Disebabkan Family Mart hanya bertapak dua negeri ni. Jadi, rakyat negeri lain memang berduka cita lah jawabnya kalau nak merasa oden ni. Nak tunggu pergi ke Family Mart entah bila sebab jauh. Tak kan semata-mata nak pergi makan oden cari Family Mart. Dek disebabkan ramai yang nak merasa, adalah inisiatif cuba buat oden sendiri di rumah. Haa dah viral pun resepi tu.

Bolehlah kita semua cuba nanti. Dapat juga lah merasa kan. Katanya rasa tu boleh dikatakan 98% serupa dengan rasa asal oden sebenar. Bila dah terjebak, Fiza pun cubalah juga buat. Resepi asal Oden yang dikongsikan oleh Keronsong Tasbih Hani di facebook Fiza olahkan sikit ikut citarasa Fiza. Bezanya Fiza tak letak limau sebab Fiza rasa pes asam pedas tu dah cukup rasa masam dia dah.

JOM CUBA RESEPI VIRAL ODEN FAMILY MART

Bahan-Bahan Oden
1 paket pes tomyam Adabi
1/2 paket pes asam pedas Adabi
air secukupnya
Garam secukup rasa
Fishball ikut suka nak letak yang kau orang suka.


Resepi asal suggest beli steamboat mix yang ada dijual di Giant. Tapi Fiza cari tak jumpa. So Fiza beli fishball chicken dan sosej blackpepper je la. Dalam resepi asal menggunakan pes air limau yang dalam botol tu tapi sebaiknya gunakan limau fresh perahkan aje dalam kuah tu sebab yang ready made tu of courselah ada bahan pengawet dan sebagainya. Kalau guna limau fresh lagilah sedap kiranya kot. 

Cara Masak Oden
1. Didihkan air secukupnya.
2. Masukkan kedua dua pes dan fishball
3. Masukkan garam secukup rasa dan masak sampai mendidih.

Fishball tu kau orang boleh letak terus dalam kuah atau cucuk kat lidi bolehlah feel macam macam kat Family Mart gitu.

Cara nak masak sangat mudah sebab campurkan semua bahan tapi bahan-bahan tu memang kena terjah shopping mall lah nak membeli bahan pes dan segala adik beradik fishball. Makan beramai-ramai buat minum petang ke atau makan malam satu family pun rasa kenyang. Walaupun Fiza belum pernah cuba Oden original di Family Mart tapi Fiza rasa yang buat sendiri ni so far sedap lah. Cuma kalau masam sangat tak berapa nak sedap kot?

Bagi peminat tomyam confirm suka! Tapi kalau bukan peminat tomyam, boleh cuba dulu lah kot. Kot lah tiba-tiba rasa sedap pula kan. Fiza cuba pun sebab nak rasa lah juga sebab nak pergi ke Family Mart tu memang tinggal harapan je lah. Kalau pergi IKEA pun tak jejak MyTown sebelah tu. Jadi, macam kena buat sendiri lah nampaknya.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. I x pernah cuba lagi makan Oden dekat family mart ni coz barisan dia selalu panjang. So nak try la resipi tu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. FamilyMart memang sentiasa ramai orang kan..jomlah kita cuba buat..hihi

      Delete
  2. Wahhh...nak kena buat nanti ni...macam menarik jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kak, makan beramai-ramai dan banyak bahan fishball dan sayur lagilah best

      Delete
  3. Tu lah.. Nak merasa memang kena buat sendirilah nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya..nak dapat susah sangat. Kita buat je la :)

      Delete
  4. Sedapnyaaa! Dah viral kan resepi ni, nak try jugak nanti hajatnya. Heheh.

    ReplyDelete
  5. Wahhh ada resepi nak buat oden la, husniey suka ni.. Cuma susah nak kena menapak ke belah kl selangor baru dapat merasa oden ni 😂

    Thank you share the recipe nanti nak try.. Husniey baru follow sini tau #5813

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jauh tu haruslah cuba buat sendiri walaupun tak tahu rasa sebenarnya macam mana kan.tq follow

      Delete
  6. Sayalah tu antara org yg berduka cita tak ade Family Mart kat sini. Huhu. Nasib share resepi ni, boleh try buat. Senang je rupanya.. Thanks!

    https://www.tipsummi.com/tips/cara-hilangkan-sembelit-semasa-dalam-pantang/

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita berdukacita..hihi..takpe, pasni boleh cuba.

      Delete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.