Makanan Korea BBQ Chicken Malaysia di Dpulze Shopping Centre

Seorang Fiza ni asyik cerita pasal makan, makan dan makan je dalam blog kan. Ini je lah modal yang Fiza ada buat masa sekarang. Untung-untung lepas ni boleh dapat jemputan food review pula ye. Eh, pernah dapat sebenarnya cuma Fiza tak memilih untuk bekerja luar rumah. Cukuplah kerja yang ada kat rumah ni. Nanti tak terkejar nak buat semua benda. 

Kimchi, Samyang, bulgogi, bibimbap dan bermacam nama menu makanan korea sekarang semakin digemari oleh rakyat Malaysia. Kalau dulu susah nak dapat rasa makanan Korea melainkan kena pergi ke Korea. Sekarang tak perlu dah nak terbang ke Korea sebab di Malaysia pun dah banyak restaurant Korea di sana sini. Gara-gara pengaruh K-Pop kuat sangat lah ni sampai makanan pun jadi suka dan ramai yang nak mencuba.

Apa makanan Korea pertama yang kau orang pernah cuba? Kalau Fiza, pertama kali Fiza cuba makan Kimchi by KakLo. Kalau kau orang pertama kali makan kimchi mesti kau orang rasa macam "Euwww, rasa apa ni?". Rasa dia Fiza sendiri susah nak gambarkan. Tapi kalau kimchi tu dicampurkan dengan menu lain macam buat sup kimchi ke, campur mee maggi ke atau nasi goreng kimchi ke memang best sangat!.


Pertama kali makanan makanan korea di restaurant Korea di Namoo Grey. Kali ni adik ipar bawa makan di BBQ Chicken No.1 Dpulze Shopping Centre, Putrajaya. Apa yang kamiorang order hari tu, Hot Hot Chicken, Spaghetti Aglio Olio, Fried Rice dan ice lemon tea. Korean signature dish rasanya cuma hot hot chicken tu je la. 


Hot Hot Chicken ni bukan biasa biasa pedas dia. Pertama kali makan ada rasa manis manis tapi bila dah makan dua tiga suap masuk mulut dia mula hot kan mulut kau orang. Tak hot tang bibir, tang lelangit atau tak pun hot bahagian seluruh mulut. Walaupun hot pedas dia tetap berjaya habiskan sebab sedap punya pasal. Entah sos ape entah yang di guna. Tapi memang sos pedas korea pedas dia betul betul pedas dan lain macam pedas dia kan.


Fried rice ni biasa-biasa je pada Fiza cuma ada efek melekit pada nasi tu memang betul betul nasi goreng korea style lah. Ada rasa masam-masam kimchi sikit lah. Dan akhir sekali spaghetti aglio olio tu macam biasa je rasanya sama macam yang biasa makan tu. Takde elemen korea dalam menu tu mungkin.


Apa yang Fiza perasan, makanan Korea ni mahal-mahal walau di mana jua berada. Tengok je lah harga sepeket samyang yang viral tu. RM7 sepeket! Memang kalau dah penggemar tegar samyang sanggup je beli daripada lebih kenyang makan nasi sepinggan dengan lauk pauk yang berharga RM7. kalau tekak dah nak makan samyang daripada nasi tak boleh nak kata apa dah lah kan. Sama juga kalau tekak nak makan juga makanan Korea memang kena makan juga selagi tak dapat. 

Sementara tunggu makanan sampai snap dulu


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Kin pernah makan dekat sini tp masa tu servis dia kurang bagus. Order makanan tak smpai2 rupanya bila nk bayar baru cashier gtau makann tu dah habis. Huhu

    ReplyDelete
  2. sedapkan...tapi saya memang kurang makan sikit ayam tu...xkena sangat dengan selera tekak ni...yang lain memang best!

    ReplyDelete
  3. Wow. Namoo Grey dah ada dekat D'Pulze. Setahu saya sebelum ni dioarang ada dekat IOI City Mall je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.