Lasagna Frozen Tesco Murah

Wednesday, November 15, 2017

Hai peminat Lasagna! Siapa suka lasagna? Kita geng! Sebenarnya macam dah lama tak makan lasagna. Tiba-tiba rasa nak makan lasagna pula. Agak mengada-ngada tekak ni pula kan. Bukanlah mengidam pun, cuma teringin makan sebab dah lama tak makan. Teringat sebelum ni blogger Yui pernah post kat facebook lasagna yang dia beli kat Tesco. Nampak macam menarik je tu.


Sudahnya Fiza pun terjebak sekali mencuba lasagna frozen daripada Tesco ni. Fiza ni memang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Lasagna seperti memanggil manggil selagi tak cuba merasa. Rutin shopping Fiza biasanya dekat Mydin sebab Mydin macam-macam barang dapur ada kan. Tapi kebetulan nak beli minyak masak yang takde dekat Mydin, kat Tesco je ada. Jadi, dah alang-alang pergi Tesco, beli terus lah lasagna. 

Fiza beli 2 jenis lasagna sebab nak rasa dua-dua. Beli lasagna frozen chicken & lasagna frozen beef. Harga setiap satu RM7.++. Kira murah lah berbanding yang dijual fresh home made tu. Kira okaylah nak membeli jenis frozen di Tesco ni sebab kalau teringin kau orang boleh dapatkan segera. Itu pun kalau stok lasagna masih ada lah.


Saiz lasagna ni macam besar  tupperware petak empat segi sama tu. Lebih kurang lah selaras dengan harganya. Dalam direction tu kata panaskan selama 6-8 minit tapi Fiza panaskan lebih kurang dalam 20 minit sebab kalau 6-8 minit masih berair sebab baru keluar peti ais sejuk beku kan. Tapi selepas 20 minit tu kejadian lasagna tu buat meronta-ronta nak makan cepat! Kecur air liur!


Rasa Lasagna Frozen Tesco Sedap Tak?

Jujur Fiza kata, boleh tahan sedap kena dengan tekak sendiri yang suka lasagna. Just nice lah orang kata. Bahan-bahan dan cheese pun secukupnya. Okaylah buat lepas layan tekak merasa daripada tak merasa lansung. Tak rugi mencuba rasa sebenarnya. Lepas ni senang lah kalau teringin makan, beli je kat Tesco. Murah dan berbaloi. Kalau kau orang rajin buat lagilah berbaloi masak sendiri. Betul tak?

With Love,
image

14 comments

  1. suka jugak beli barang2 dapur dekat tesco, bole selit2 jugak lasangna ni nanti :D

    ReplyDelete
  2. sedap nanti pergi kat tesco boleh cari ni

    ReplyDelete
  3. Suka juga lasagna tapi takdalah sampai meronta-ronta nak makan. Hehehe!

    Kerap jugalah pergi Tesco tapi memang tak pernah beli frozen lasagna ni. Nantilah kalau nak mencuba boleh juga try yang ni. Murah pun murah katanya.

    ReplyDelete
  4. aduii sedapnyer..beli yg dah siap jer la.. nak buat sendiri tak berapa nak rajin..ekekek

    ReplyDelete
  5. sedap ye akak.. nnti boleh try. haritu dh nak amek masa p beli brg ditesco. tp takut tak sedap. haha. the tngok review akak. nnti nak grab 1 la

    ReplyDelete
  6. Nak try jugak la..murah je..Kalau buat sendiri memang kos nya bertambah le..Padahal nak makan satu tekak ni je.heheh

    ReplyDelete
  7. tmpt zaza tesco tak ada..kalau ada pun 2jam lebih kena ke kuantan..hehe.. nanti bila2 trun KL blh la jgk cari

    ReplyDelete
  8. wah sellau jugak tgk. tapi tak pernah beli lagi. tapi lepas fizah dah review ni bolehlah try nanti ;)

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu