Bila Ayam dan Pizza Bergabung. Meletop Ke?

Aduhaiii. Pantang tengok iklan makanan kat TV. Mesti nak! Selagi tak dapat, selagi tu lah rasa teringin lain macam nak rasa. Kau orang perasan tak iklan baru daripada KFC yang tengah promosi kan Chizza iaitu Chicken dan Pizza (CHICKEN X PIZZA). Sekali pandang terus request kat husband beli. Kuat betul pengaruh iklan makanan ni. Buat orang terliur je selagi tak dapat. Aduh!


Alhamdulillah, permintaan telah ditunaikan. Pertama kali tengok Chizza ni agak kecewa. Of courselah rupa paras tak sama dengan iklan tu. Saiz fillet ayam agak kecil, kalau tak silap saiz yang sama macam double down KFC sebelum ni. Cuma untuk chizza ni single fillet je lah. Itu yang tak puas makan. Kalau makan masa lapar ni confirm tak cukup satu. Cheese pun macam segan jadi topping fillet chicken tu sebab tak berapa nak banyak. Lebih bagus beli pizza lagi puas hati. Pendek kata, tak selaras dengan harga. Ke harga dah cukup standard dah?

So far okaylah rasa dia cuma mungkin saiz dan kuantiti cheese tak berapa. Mungkin juga kena cut sebab semua barang kan mahal sekarang. Jadi, kena faham kenapa harga mahal. Well, setakat dah rasa tu dah lah kot. Nak beli lagi lepas ni mungkin taklah, prefer beli ayam KFC yang sejak berzaman tak pernah mengecewakan. Tiada ayam goreng lain setanding KFC. Gituh! Ni puji kira nak backup balik yang komplen tadi. Boleh?

Bila ayam dan pizza bergabung confirmlah meletop! Rasa sedap dan pedas. Tapi kalau cheese banyak tu lagilah meletop rasa dia. Barulah jadi kegilaan ramai. Atau mungkin rezeki Fiza kali ni tak dapat cheese banyak. Kalau dah rasa, apa pendapat kau orang? Mungkin pendapat kita berbeza. 



11 comments:

  1. nampak kat iklan mcm sedap. tp KFC selalu gagal bgi kepuasan dekat kite. hahha. sbb xsedap . iklan je lebih

    ReplyDelete
  2. Haha, sedihnya tengok size. Haih. Hampa. Terus jadi tak jadi nak beli and try makan.
    HAHA

    ReplyDelete
  3. saya pun gila kfc. tp bila tgk chiza ni mcam tak teringin pula. hehe

    ReplyDelete
  4. Ramai review xsedap.. Tp tgk iklan mcm sdap

    ReplyDelete
  5. Salam singgah sini lagi.. sure nak try nanti chezza :P

    Jom join GA saya,

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
  6. Banyak baca aduan saiznya kecil, tak berbaloi..

    ReplyDelete
  7. cheese memang sikit, yang banyak tu kuah dengan nenas hahahahahaha aiyo nyesal beli T.T

    jemput join ga sha https://shafyqahazahar.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    ReplyDelete
  8. Alalallaa, cute nya..hahaha~ Janji dapat rasa..ye dakk

    ReplyDelete
  9. ramai ckp saiz kecik..hehe..mmg tk beli sebb tak suka cheese sgt

    ReplyDelete
  10. Selalunya macam tue lah . Dalam gambaremang nampak menarik . Nak iklan sana sini tentang promosi baru . Bila beli sendiri alahaii . Tak sama seperti yang di war-warkan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.