Pendapatan Google Adsense Dah Cecah 10 USD

Thursday, September 21, 2017

Sekali kali syukur dan tahniah buat diri sendiri sebab pendapatan google adsense dah mencecah 10 usd pada hari kelima letak iklan selepas iklan keluar sejak 15hb September yang lepas untuk permohonan google adsense kali kedua. Agak jenuh juga nak menunggu sehingga 10 usd tu. Bila dah mencecah angka 10 usd, pihak google akan mula menghantar surat beserta pink kod untuk pengesahan alamat. Kemudian bila angka pendapatan dah mencecah angka 100 usd barulah boleh keluarkan pendapatan yang ada.


Bila dah sampai 10 usd, akan keluar tanda merah dalam akaun google adsense macam bawah ni. Tandanya kita belum buat pengesahan alamat lagi. Tindakan selajutnya kena tunggu pin kod sampai dulu, kemudian baru lah boleh buat pengesahan. Buat masa ni biarkan je macam tu.

Your payments are currently on hold because you have not verified your address.

Katanya penghantaran surat pin kod akan mengambil masa 2-4 minggu untuk sampai ke rumah. Dalam masa tu bolehlah pulun kumpul sehingga 100 usd. Untung-untung bila dah sampai pin kod dan buat pengesahan alamat, boleh proceed untuk pengeluaran duit pula kan.

Harap-harap proses penghantaran berjalan dengan lancar hendaknya. Aaminn. Google adsense ni perlu di jaga sebaiknya. Takut kalau kena banned dan lain-lain kes. Bukan senang nak dapat. Tapi sekarang macam mudah je semua blogger nak dapat. Jadi, yang belum dapat tu sila cuba sampai dapat dan kita boleh buat duit sama-sama. 

Bila dah dapat google adsense, banyak juga tapisan iklan perlu di tapis seperti iklan Nightbars, minuman alkohol, rokok dan sebagainya. Benda negatif ni kita kena tapis sebaiknya, jika tidak menggalakkan orang lain supaya beli. Tapi kadang-kadang ada juga terlepas keluar iklan yang tak sepatutnya. Itu Fiza tak pasti dari kategori mana datangnya. Rasanya dah buat tapisan habis-habisan dah. Kalau terkeluar juga tak tahu nak tapis macamana dah sebab automatik.

Blogger yang teringin nak mohon google adsense boleh rujuk entri 10 tips lulus permohonan google adsense. Cuba je dulu, mana tahu rezeki kau orang. Kalau tak cuba lagilah rugi. 
With Love,
image

21 comments

  1. tahniah..akak tak check lagi dah cecah ke belum...hehehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah... mrs pip tak apply lagi, still byk benda nak baiki blog
    Hari tu dah kena reject sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mrs Pip. Fiza pun apply banyak kali juga baru dapat. Semoga rezeki Mrs Pulak lepas ni.Aaminn

      Delete
  3. Tahniah. USD10 tu pun dah dikira banyak kalau convert ke RM.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Tahniah..!! Nanti boleh laaa velanja Nina :)

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu