Cara Elak Cicak Berak Merata

Thursday, August 03, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selain mengalami masalah kucing berak depan rumah, cicak juga memberi masalah suka berak merata dalam rumah. Celah-celah kabinet memang jadi port tetap tempat cicak melepaskan hajat besar. Tak larat juga nak bersihkan tahi cicak selalu. Lagi-lagi kalau dah keras. Sakit mata dan juga sakit hati dibuatnya. Pening fikir kan cara elak cicak berak merata ni.

Sebelum ni pasang jerat kertas gam lalat tu, memang mengena tapi lepas dah mengena ada lagi cicak yang datang. Tujuh keturunan tak mati-mati agaknya. Macam dah jadi kewajipan pula berak kat tempat tu. Jenuh lah nak menggantikan kertas gam. Tak tahu dah cara macamana lagi nak elakkan cicak ni berak merata ataupun erti kata lain kalau boleh tak nak lansung ada cicak dalam rumah.


Membunuh cicak adalah sunnah. Kalau kita bunuh cicak dapat pahala. Jadi, jangan ragu-ragu nak bunuh cicak kerana cicak ni sejenis binatang yang berbahaya (di katakan pembawa sihir) dan tahinya juga mengandungi bakteria yang boleh memudaratkan. Menakutkan! Daripada dapat penyakit apa-apa, lebih baik kita mencegah daripada merawat sepertimana pepatah mengatakan " Prevention is better than cure".

Dalam masa tercari-cari petua untuk elak cicak berak merata, terperasan ada yang kongsikan petua di facebook. Katanya sejak amalkan petua tersebut, tahi cicak dah berkurangan. Berkurangan pun dah di kira bagus juga daripada tak berkurangan lansung. Mana tahu kalau sentiasa amalkan petua ni mungkin cicak takut nak menyinggah berak lagi.

Petua  elak cicak berak merata

1/3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan (sebarang jenis pun boleh)

Cara Penggunaan : Hanya perlu semburkan di kawasan tersebut. Petua ni mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut.
Kredit petua : Muna Binti Mohammad

Pernah juga Fiza cuba semburkan wangian serai wangi tu tapi tak berhasil. Mungkin boleh cuba petua yang ini pula. Kalau berhasil, lega sikit dapat selesaikan satu masalah. Geng anti cicak memang pantang sikit nampak cicak apatah lagi tahi cicak. Cicak oh cicak, tolonglah pergi jauh-jauh.
12 comments on "Cara Elak Cicak Berak Merata"
  1. Ai pun geram kalau kat rumah tu diowg buat macam toilet awam pula berak merata..

    ReplyDelete
  2. Saya masih musykil. Sis dah cuba ke? Bagaimana dengan kesannya? Geram juga dengan cicak ni kadang2. Kalau ada petua lain yang betul2 berkesan minta tolong kongsikan lagi ya. Terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sudah. kesannya bagus cuma kena pastikan sentiasa spray secara berkala..kalau rasa bau tu dah hilang beberapa hari, sembur lagi untuk pastikan cicak xdtg lg. kalau dah lama dan hilang bau, berkemungkinan cicak akan datang semula

      Delete
  3. thanks sharing .. haha bnyak giler taik cicak ni dekat tepi tingkap

    ReplyDelete
  4. Oh.. mudah je.. bahan2 memang ada kat rumah.. thanks for this good sharing..

    ReplyDelete
  5. sakit hati umah kpg cicak memg byk..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..memang sakit hati kalau nampak tahi cicak merata tu

      Delete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature