Cara Legakan Sakit Sendi

Monday, April 10, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Beberapa minggu lepas tiba-tiba diserang sakit sendi bahagian bahu dan leher. Salah posisi tidur agaknya. Agak sengsara juga nak tahan. Husband dah letak minyak panas dan urut pun tak lega-lega sakitnya. Entah sebab apa pun tak pasti. Berhari-hari juga tahan sakitnya terutamanya bila kepala nak menoleh tu memang ambil masa nak menoleh tak boleh terus menoleh. Sakit teruk!

Dah letak minyak panas dan urut pun tak jalan, Fiza minta husband belikan koyok je sebab bila bahagian sendi tu rasa panas agak okay sikit kalau nak buat kerja. Kalau tak, memang tak boleh buat kerja lansung. Salah satu sebab Fiza jarang update blog hari tu. Bila dah sakit, mood pun secara automatic down terus.

Fiza pesan pada husband beli koyok jenis besar tiger balm patch tapi husband beli panaflex patch. Tak kisah lah janji ada dan besar untuk cover bahagian sendi yang sakit tu. Panaflex ada 4 keping dan ada pelekat tambahan.
Panaflex is a pain relief adhesive patch with fast* absorbing hydrogel technology that penetrates into affected area to soothe muscle and joint pain. Panaflex, combined with menthol properties, is water based, low allergy and gentle on skin. It is stretchable, breathable, easy to peel and has a soothing minty fragrance.
Each Panaflex patch (10x14cm) contains: Glycol Salicylate = 1.5% w/w, L-Menthol = 1.0% w/w, DL-Camphor = 0.5% w/w, DL-α- Tocopherol Acetate (Vitamin E) = 0.3% w/w
Panaflex can be used for: Neck and shoulder, Elbow, Back, Knee

Masa pakai panaflex patch ni barulah rasa lega. Memang selesa dan nyaman je rasa. Pada mulanya akan rasa panas sikit tapi lama-lama baru rasa sejuk.


Fiza sempat pakai 3 patch je sebab tak perasan kulit Fiza jadi merah sebab terlampau panas agaknya. Kulit pun mengelupas. Syukur juga masa patch ke tiga tu rasa sakit tu makin elok. Fiza stop pakai panaflex patch sebab kesan pada kulit tu. Payah kulit jenis sensitif ni. Ke sebab Fiza pakai lama sangat tak tahu lah.

Disebabkan belum lega sepenuhnya, husband beli salonpas pula. Beli jenis kecil je sebab Fiza rasa macam dah nak okay je. Salonpas ni panas juga cuma tak terlalu panas. Okaylah tak memberi kesan pada kulit tapi kurang melekat sikit. Asyik nak tertanggal pula. Silap-silap tertanggal pun tak perasan ataupun kulit berpeluh menyebabkan pelekat tu tak melekat. Pandai-pandai assume sendiri kan.




Lepas dah pakai satu patch sakit sendi pun makin elok tak payah nak urut bagai lagi. Alhamdulillah, mujur ada jalan penyelesaiannya. Kalau tak, ke klinik juga agaknya kot. Sebenarnya ada pelbagai jenis ubat sakit sendi ni. Ada jenis cecair, krim dan sebagainya. Tapi Fiza memilih jenis pelekat back to tradisional sikit lebih selesa.

1 comment on "Cara Legakan Sakit Sendi"

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature