Tempe Goreng dan Sambal Kicap

Kalau goreng tempe tak sedap kalau takde sambal kicap. Tempe bukan je makanan orang jawa tapi dah menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Tempe boleh digoreng begitu sahaja atau di goreng bersama tepung dengan resepi istimewa.

Sebagai orang kampung tempe goreng memang menjadi kegemaran untuk menu minum petang. Tapi orang bandar pun suka je makan tempe sebenarnya kan? Salah satu kegemaran Fiza yang boleh buat terliur kalau tak dapat =__='

Tempe Goreng dan Sambal Kicap

Kebiasaannya mesti dihidangkan bersama sambal kicap@sambal hitam. Di johor kalau ada pisang goreng mesti ada sambal kicap juga. Jangan buat pelik kalau membeli pisang goreng kat johor dapat sambal kicap sekali. Itu memang wajib ada sebab tu bila Fiza beli goreng pisang di negeri tertentu macam pelik bila takde sambal kicap. Dah terbiasa makan dengan sambal kicap yang pedas baru umphh....

Tempe goreng ni sedap potong nipis dan digoreng garing. Tempe goreng biasanya Fiza goreng guna tepung gandum + telur sebiji + serbuk kunyit + garam sikit + air. Ini resepi ringkas lah. Rangup pun rangup. Kalau nak lagi rangup  boleh tambah tepung beras.

Kalau nak goreng berempah gunakan ketumbar, bawang putih, jintan manis, jintan putih,serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Blend semua bahan, gaulkan tempe dan perap kemudian goreng. Cara ni kalau nak adun bersama tepung pun boleh. Ikut citarasa okay

Sambal kicap pulak senang je nak buat seulas bawang putih+cili api ikut tahap kepedasan yang korang nak+1/2 sudu gula+ kicap. Jangan letak air nanti cair sangat pulak tak sedap. Blend je lebih mudah.

Inilah menu minum petang yang sedap dan ringkas. Maaf kalau ada yang terliur .

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. sy suka sambal kicap. tempe x.. blogwalking here. visit me back and click my ads.

    http://terriblelyou.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Thanks for the recipe. Suka mkn tempe walaupun bkn org jawa.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan singgah ptg dik Fizah....sedapnya tempe ni...

    ReplyDelete
  4. suka sangat makan tempe!! sedapnyaaaaa!! nak kena cari tempe gak ni

    ReplyDelete
  5. Suka juga makan tempe camnie :) Sedap kan :)

    ReplyDelete
  6. memang sedap,. bila duduk Jb ni baru kenal tempe makan ngan sambal kicap :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnyerrr kecur air liur akak ni Fiza..

    ReplyDelete
  8. memang dah terliur dah ni. tapi sambal kicap tu mmg tak boleh tinggal. tak de sambal tu rasa cam tak lengkap hidup...

    ReplyDelete
  9. selalu goreng biasa je pastu mkn dgn nasi.. sedap.. tempe ni jugak bnyak khasiatnya kan..:)

    kat kedah ni pon dah ada yg jual pisang goreng dgn smbal kicap.. first time husna beli hari tu rasa pelik je mkn dgn smbal kicap.. tak kena dgn tekak, boleh mkn saja jelaa.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. sedapnye fizah..lauk ni je pun dh ckp klu mkn ngan nasik..

    ReplyDelete
  11. tempe3..sukanya..lgi sedap klau goreng bersambal dgn ikan bilis..pastu cicah dgn roti gardenia..hoho

    ReplyDelete
  12. Aishh teringat plak lya pun da bli Tempe nak goreng la mcm ni

    ReplyDelete
  13. kalau goreng garing2 lagi masyuk :D tapi selera afzal kat masak lemak tempe berlada. perghh!!

    ReplyDelete
  14. sedapnya tempe cicah sambal kicap..
    nak tau tak?? kat pasar borong melaka kan harga tempe RM seposen je.. tak tipu..

    ReplyDelete
  15. pergh...lame giler tak makan tempe goreng ni kak. dulu arwah mbah selalu buat bila minum petang. sambil cicah sambal kicap pastu kasi lawan dengan kopi kaw panas... perghhhh!

    ReplyDelete
  16. dua2 shida mkn hehee :) tempe sedap hehee :)

    ReplyDelete
  17. Haha...kenapa den baca entry ni masa tengah lapar...kejammm ...haha

    ReplyDelete
  18. baru teringat... dah agak lama juga tak makan tempe ... kena cari juga nei.

    ReplyDelete
  19. Tempe goreng ni fav kami sekeluarga.. Goreng rangup2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.