2Hari 1 Malam di Bayou Lagoon Park Resort

Minggu lepas berkesempatan bercuti 2Hari 1 Malam di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Bandaraya Bersejarah. Buat pertama kalinya pergi Melaka tidur Kat Hotel. Padahal sebelum ni memang selalu juga ke Melaka. Dulu pun pernah sekolah di Jasin, Melaka setahun. Rumah Abang pun dekat je Kat Jasin tu. Dah kenapa pulak nak tidur kat sini pulak kan. Ada cerita nya okay :)

Gerak dalam pkul 8 dari rumah dan terus singgah dulu ke rumah Abang Fiza kat Jasin. Alang alang dah ke melaka, kenalah singgah kan. Tengahari baru check in kat Bayou Lagoon Park Resort 15 minit dari Jasin. Dekat nau!

Nak cari Bayou Lagoon Park Resort pun bukan susah mana pun. Guna je waze, gps atau google map yang korang ada. Fiza guna waze je senang. Dah nampak signboard ni pun dah excited dah. Almaklumlah belum pernah sampai melaka nak tidur hotel ke chalet ke. Memang selalu balik hari atau tidur rumah abang.

Bayou Lagoon Park Resort

Dari Jauh memang dah nampak bangunan ni dah. Memang senang nak cari pun.
Bayou Lagoon Park Resort

Sampai je terus check in. Kena ambil number dulu then tunggu. Ada 4 kaunter so tak lama tunggu pun tak sampai 5 minit dah settle. Lagipun ramai orang dah check out..Cuti sekolah kan dah habis.

Bayou Lagoon Park Resort

Dapat sekali waistband untuk themepark. Kira pakej la ni.
Bayou Lagoon Park Resort

Masuk masuk bilik cari cermin, perlu ada gambar kat cermin kan. hehehe

Studio room yang sangat luas dan selesa. Suasana bilik yang memang best, romantic dan bersih. Hiasan pun menarik je. Tengok je la lampu dan segala deco tu memang Fiza suka. 

Bayou Lagoon Park Resort

Ada disediakan peti ais comel, kettle, cawan,creamer, gula,tisu dan juga air mineral.
Bayou Lagoon Park Resort

Suasana memang romantic tapi yang tak romanticnya bab katil, dapat 2 single bed. Rosak mood berhoneymoon kononnya. Maybe bilik lain dah penuh sebab tu dapat ni. Okay takpe, takde masalah..kitaorang rapatkan je pun katil tu. 

Bayou Lagoon Park Resort

Bayou Lagoon Park Resort

Ruang TV yang best jugak ni. Luas je kan.
Bayou Lagoon Park Resort

Buka TV je terus la hubby layan Bola pulak dah.
Bayou Lagoon Park Resort

 Bilik air dan toilet sekali. Puas hati tengok sebab bersih.
Bayou Lagoon Park Resort

Ini pulak view dari bilik.

So far dari segi service dan maintenance kat Bayou Lagoon ni memang bagus. Takde nak complain apa pun. Memang sesuai stay sini untuk bercuti release tension ke apa ke. Memang happy lah kamiorang stay kat Bayou Lagoon park resort ni. Muka happy!


Thanks Annyra untuk voucher stay 1 night Kat Bayou Lagoon ni sebab Fiza menang contest Visit Malaysia 2014. Sebenarnya Ann juga uruskan reservation bilik sepatutnya dapat own unit Ann yang ada queen bed tapi disebabkan penuh mungkin sebab tu dapat 2 single bed. 

Okay takpe, maybe staff dorang kurang alert lah mungkin nak provide the exact request kan. Apapun dah memadai semua ni untuk mengisi percutian kami. Husband kena amek cuti jugak sebab voucher nak expired hujung bulan. So kena gunakan kalau tak rugilah kan. heee

Cuma sedih sikit sebab tak cukup masa nak mandi manda kat Theme park. Sebab tu takde gambar. Sehari memang tak cukup masa dengan berjalan sakan kat Bandar Melaka kan. Ingat pagi esoknya nak mandi tapi tak sempat. =__='

Kalau korang nak pergi Melaka boleh try stay kat sini okay

website : www.bayoulagoon.com.my
Address : Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, 75450 Bukit Katil, Melaka. 

Tel : +06-233 0888 Fax: +06-253 3876

Nanti Fiza update lagi percutian sehari kami kat Melaka ye. :)



with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. xpenah lg stay cni..cantik jgk blk die..besar pun bsr..siap ade kitchen..fiza xmandi theme park ke?

    ReplyDelete
  2. wah..seronoknya..teringin nak bercuti macam nie...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dik Fizah..cantiknya tempat...

    ReplyDelete
  4. di bukit katil, area dkt2 water city resort...

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya dapat voucher....akak pernah stay 1 night kat a famosa je..yg lain2 x pnh lg

    ReplyDelete
  6. cantiknya tempat ni fiza :) best sangat

    ReplyDelete
  7. ramai blogger bercuti kat sini kan...famous jgk bayou ni.

    ReplyDelete
  8. Nnt gi Melaka lgi blh la try mginap kat cne ni

    ReplyDelete
  9. Wah wah wah seronoknyeerr Fiza bercuti.......

    ReplyDelete
  10. Jalan2 ngan suami best tuuuuu ...........

    ReplyDelete
  11. bestnya ... dapat melancong memang tak nak susah hati kan... apa yang selesa itu yang kita suka...

    ReplyDelete
  12. Baru jer survey ..ok tempat ni..may be next month try

    ReplyDelete
  13. menarik ni.. sesekali duk resort best kan

    ReplyDelete
  14. menarik ni.. sesekali duk resort best kan

    ReplyDelete
  15. Dapat tengok gambar bilik.. haritu masa raya akak bawak anak2 pergi mandi je kat bayou..

    ReplyDelete
  16. Nk try ajk suami ke sana la nti.. Hehe
    Nmpk mnarik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.