Resepi Popia Goreng dan Sambal Manis

Resepi Popia Goreng dan Sambal Manis | Popia goreng cicah dengan sambal manis ni salah satu favourite Fiza ni. Sekarang ni popia dah di pelbagaikan contoh macam popia goreng bersira sambal dan popia basah. Semua jenis popia pun sedap!

Kadang² susah jugak nak dapat popia yang sedap. Kalau ada di jual, inti dalam punyalah sikit. Rasa tak puas makan, sesekali kalau nak tu kenalah rajinkan diri buat. Disebabkan Fiza ni suka sayur so Fiza lebihkan sayur la. Kalau suka popia jom try buat versi Fiza ni.
Resepi popia goreng
Bahan- bahan
Kulit Popia ready made
Kacang panjang di potong kecil²
Lobak di sagat halus
Daun sup di potong halus
Taugeh
Bawang besar di potong dadu
Isi ayam di potong kecil
Fishball di potong kecil *optional,tak nak letak pun takpe
Tepung gandum
Cili kisar
sedikit air asam jawa
garam
gula
air
minyak masak


Cara -cara
Inti Popia
1. Panaskan 3 sudu minyak, goreng ayam separuh masak. Kemudian angkat dan toskan.
2. Gunakan minyak yang sama untuk tumis bawang, kemudian masukkan fishball, kacang panjang, lobak, taugeh dan daun sup. Kacau rata , masukkan garam secukup rasa dan biarkan masa seketika tapi jangan biarkan sayur terlalu masak ye.
3. Angkat inti yang dah siap masak tu dan masukkan ke dalam bekas biarkan sejuk seketika.
4. Sementara tunggu sejuk, buat pelekat untuk gamkan kulit popia supaya tak terbuka masa goreng nanti. Ambil 2 sudu tepung dan bancuhkan dengan sedikit air. Pastikan adunan tepung dan air tu tak cair sangat.
5. Bila inti dah sejuk sikit boleh mula membungkus popia. Cara bungkus, letakkan inti, tutup ini dari bawah, kiri kanan dan gulungkan terus dan gam dengan adunan tepung tadi.
6. Dah siap bungkus popia boleh goreng  terus.

Sambal Manis
1. Masukkan cili kisar, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Tambah sikit air dan panaskan kuah bagi tahan lama.

Dah siap popia goreng dan kuah sambal manis tu boleh lah dihidang :) Selamat mencuba!


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Rajin fiza wat popia..sya suka gak popia..tapi tanpa toge.hehe..

    ReplyDelete
  2. Feveret kak ina makan popia ni, Fiza..tapi kak ina masih tengah berpantang lagi...telan airliur je la..he he..

    ReplyDelete
  3. sedapnye.. inshaallah, akan cuba buat resepi ni... :)
    nyway, singgah isi tabung smbil blogwalking.. :)

    ReplyDelete
  4. olah sikit sayur tak goreng, bawang goreng je dgn ayam pon sodapp.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. dah lame tak makan popia. boleh cube buat sendri nie..hee

    ReplyDelete
  6. uuuuuu...blh terliur ni gini asyik tngk gmbr mknan jer..

    ReplyDelete
  7. buat sendiri memang puas ati..leh letak inti berapa banyak pon..

    ReplyDelete
  8. akak pun suka buat popia sendir..suka letak udang jugak..sedap...hehehehe...

    ReplyDelete
  9. wahh ! menyelerakan lahh.. hohoo, tetiba mngidam.. =)

    ReplyDelete
  10. petang tu nampak je Fiza buat Popia terus akak ke dapur buat popia jugak..heheh..nampak sedap sangt popia fiza buat tu yang tak tahan tu..heheh

    ReplyDelete
  11. Wah... Rasa cm.nk buat je... Kulit popia ada je..

    ReplyDelete
  12. Sedapnyerr nak sikit..betul la Fiza kdg2bila kita beli tak sedap manapon bila jumpa yg sedap tak cukup inti plak kat dlm ..bila buat sendiri mmg puas hati kan ..sedap pon sedap ikut selera kita

    ReplyDelete
  13. easy to cook.. gittue.. hahaha
    mmg nampak mudah Fiza.. tapi kadang diri sendiri ni malas nak membuat.. kalau beli pulak sure2 lah ada yang sedap ada yang tak sedap..
    tiba masa nnt akak try recipe Fiza yer dik :)

    ReplyDelete
  14. menarik ni..yeahh..akak suke popia yg sira sambal tu..bln pose memang gila popia..hihi..nnt pose bole la try resepi fiza ni..air tgn sendiri lebih terjamin.. ;))

    ReplyDelete
  15. sedappnya! nak masukkan dalam wishlist hehe..

    ReplyDelete
  16. akak suka popia telur...adik ipar pandai buat..hehe

    ReplyDelete
  17. psssst pstttttttttttttt kalao inti pakai daging beger pun sedap taw

    ReplyDelete
  18. wah, sedapnya popia....
    dah try buat dah, memang senang jer...

    ReplyDelete
  19. Yummy yummy sedapnyer sedapnyer nk cikit nak cikit ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.