Seperti yang dijanjikan,Fiza akan buat tutorial DIY bunga manggar untuk wedding Fiza lepas.Sangat mudah,cheapest ever!,unik dan totally cantik sebab full of pink! .Sebelum ni agak susah jugak nak decide nak pakai bunga manggar yang macamana.Lepas google punya google dapat pulak idea nak buat ala ala bunga sakura ni.

 Apa yang diperlukan :

1. Plastik bag yang korang dapat bile beli barang kat kedai tu kan.Kalau tak de dalam simpanan boleh je beli pack yang kecik tu je.Ikut suka korang nak guna plastik apa pun janji plastik.Sebab apa guna plastik?Sebabnya nanti kalau majlis kena pulak waktu hujan,so takde la effect kat bunga tu kan.Kalau guna kertas,of courselah basah.

2. Dawai halus.Fiza guna size 28.Kalau kat kedai dia jual panjang panjang satu pack.Korang pandai pandai potong pendek ikut size kelopak bunga korang nanti. 1 pack tu harga kurang dari RM2.Harga lain lain setiap kedai.

3. Lidi.Ok,part lidi ni Fiza ambil lidi daun pokok kelapa.Disebabkan majlis kat kampung.So ambil sendiri je daun kelapa kat belakang rumah.FREE je..

4.Pita pelilit.Biasanya kalau buat bunga telur orang akan gune pita pelilit yang ada gam tu.Pernah tengok tak?Sebelum ni orang guna warna hijau kan.Sekarang ni pita pelilit ada macam macam warna.Fiza guna pelilit warna putih dan purple.

5.Gunting[gunting plastik] dan pisau[untuk raut daun kelapa jadikan lidi].Kalau beli lidi tak perlu pisau :)

Ok,barang barang dah settle.Kita tengok pulak cara nak buat.Fiza dah buat sehabis ringkas dan mudah ni.


Ok,faham tak cara nak buat kelopak tu?Kalau mana tak jelas sila bertanya ye takut ada yang tertinggal nak disampaikan..hee..Lepas tu korang buatlah sebanyak mana yang mungkin.Disarankan supaya mintak tolong orang lain juga siapkan kelopak bunga ni.Kalau buat sorang tak tahu bile nak siap.Apa yang penting kerjasama! Ni kelopak kelopak yang dah siap..


Bila dah siap kelopak,ambil lidi dan pita pelilit.Susun kelopak dari hujung lidi sehingga kebawah.Susun secara berselang seli.make sure lilit ketat dan jangan bagi nampak dawai kelopak tu.Satu tangkai ikut koranglah nak letak berapa banyak.Ikut citarasa masing masing ye.Ok tak?

Ni tangkai tangkai bunga yang dah siap.Belum siap susun betul betul lagi.Make sure panjang lidi tu pelbagai sikit panjang pendek.Kalau sama size nanti nampak tak cantik pulak.


Nampak cantik dan rare kan..Puas hati dengan hasil kerja sendiri ni.

Lepas majlis habis kena rembat! Yelah,bunga ni bila dah siap nampak valuenya..Bukan bunga manggar je tujuannya.Boleh buat perhiasan dalaman rumah ye kawan kawan.Cantik! So,tak rugi mencuba.Ingatkan nak recycle je untuk majlis sebelah lelaki,nampaknya kena buat atau beli je yang biasa punya nanti.

Sebelum ni memang nak beli je bunga manggar yang dah siap tapi disebabkan takde pilihan dan takde warna pink yang Fiza nak.So Fiza google bagai nak gila cari.Sempat ke tak sempat nak jugak pink! hahaha..gile pink punya pasal.Dengan berkat usaha akhirnya siap jugak.

Harap entry ni dapat memberi sumber inspirasi pada bride to be yang nak bunga manggar ikut tema yang di inginkan.Selain tu memang save budget sangat! Cuma perlukan usaha lebih la kan.Nak seribu daya tak nak seribu dalih.Selamat mencuba!

Notapink : Terima kasih kepada semua yang tolong menyiapkan bunga manggar.Suka sangat!
Ok ok..mesti bosan sebab asyik entry wedding kan. Kes balas dendam sebab lama tak update blog punya pasal. Ataupun ada yang rindu blog sihatimerahjambu tak berupdate?ada? Semalamnya dah settle solemnization, esoknya pulak 24 August 2013 Majlis resepsi sebelah Fiza. Tema modern+tradisional gitu. Pengantin bertemakan dusty pink dan purple. Family bertemakan dark purple dan parents brown.

Our rings!

My wedding shoes from Vincci 

Ini bunga manggar DIY Fiza. Bila dah susun camni nampak cantik sangat..kan? Nanti Fiza buat tutorial DIY bunga manggar ni ye. tunggu next entry ok?


Sebenarnya tak berapa excited untuk majlis resepsi ni sebab masa fitting dress kahwin sebelum ni dress ni oversize pulak. Tailor mak andam tak sempat nak betulkan dan apa yang siap tak sama macam yang Fiza nak.Jauh beza..cuma design je sama..Segala beadings sangat simple dan Fiza mintak tambah sebab apa yang Fiza nak memang totally sangat tak sama. 


Agak kecewa kat situ.ok fine, pasrah je laaaaa'. Dah cakap awal awal dengan family, tolong jangan kutuk baju kahwin sebab memang Fiza tak suka..So diam diam je bila pakai nanti..

Guestbook area design by Fiza sendiri. Simple jek.last minit je ni.

Ini pulak idea abg Fiza.Semua ni abang yang sponsored. Terima kasih banyak. Ni je la yang tradisional nya. Semua ni anak anak buah Fiza. Amboii bergaya ala pendekar masing masing. Bila lagi kan nak pakai camni. Ni lah fungsi dorang. Kena mengiringi pengantin! Tak susah mana kira interframe la ni..hehe


Fiza baru nak keluar..agak lambat sebab sibuk shoot dalam bilik. Hamek ko pengantin lelaki berpanasan kat luar tu...hehehe

Ok macam biasa adat kat Johor ni ada tol sebelum pengantin lelaki dok sebelah pengantin perempuan kan..Alhamdulillah tol tak banyak..Settled! Wajib ada gambar dengan mak abah! Err...Formal gile posing Fiza tu..haa tengok tu baju cam oversize kan..dah guna pin pun takleh..haishh..sangat spoil hokeh! Lagilah bertambah chubby rasanya..kannn


Bersama kakak, kakak ipar, anak-anak buah Fiza ni merangkap dayang dayang konon.

Sessi outdoor buat kat Taman di Bandar Utama Segamat, Johor. Sikit je la kot nak share. Banyak gambar kat OP je.

You're King,I'm Queen! 


Ini untuk tetamu yang datang.Teddy Bear chocolate cookies dan colourful ice cream cookies.Ada jugak bunga telur dan nasi bungkus untuk tetamu.Itu adalah perkara biasa kalau kenduri kat kampung.So totally tema kawin adalah modern dan tradisional. Senang tak gaduh..kannn

Seriously majlis sangat memenatkan tapi super happy walau kecewa pada baju tu..huk huk.Happy jugak dapat jumpa kengkawan lama.Terim kasih kepada semua yang banyak beri komitmen untuk majlis especially family dan Terima kasih untuk tetamu yang datang mendoakan kebahagian kami.

Info Reception : 24 August 2013 | Segamat,Johor
OP: Bunga Hitam Studio
Second OP : Azzam Azhar
Doorgift : Luvering Doorgift
Outdoor Photoshoot : Bandar Utama,Segamat Johor
MUA,Dress,Pelamin : Gincu Merah Bridal.

Ok,cukup untuk entry majlis resepsi ni.Macam banyak sangat pulak kan.So tunggu next entry ye .Terima kasih sudi singgah dan Fiza akan balas kunjungan sebab sekarang tak busy mana.

Morning! As promised before, Fiza nak update entry solemnization last week. Seperti yang dirancang, pernikahan pukul 3 bertempat di Masjid Kampung Fiza. Mixed feelings bile dah siap semua..waaa..Nak jadi isteri orang dah ni tiba tiba macam tak  bersedia pulak dan rasa macam tak percaya je. Pretend to be cool padahal nervous kemain lagi.

Sebelum tu, nak promote baju nikah kejap. Ini baju nikah dari KabuCloset. Colour Off White! Nampak putih suci murni gitu kan. Sebenarnya sebelum ni dah beli kain untuk solemnization warna pink tapi disebabkan kakak ipar kata better warna putih..So better Fiza pilih putih je la. Fiza bukan beli siap ye kawan kawan, tempah pada my personal tailor yang buat baju tunang, baju raya lepas juga yang merangkap ex-dormate Fiza. 

Alhamdulillah selamat sampai dan menepati apa yang Fiza nak..So terhasillah baju nikah berbungakan bunga comel comel ni. Ditambah manik dan beralaskan lace lebih dari baju tunang haritu. Jimat! Ok fine,mini garden pokok bunga mak nampak cantik!


Bila dah pakai baju dan siap siap ni perasan jadi lain..mixed feelings!

Sign apa yang patut.tak sabar pulak :p

Sedih time ni..huwaaa..abah sedia melepaskan anak bongsu dia ni..T___T.Lepas ni lepas satu tanggungjawab abah dan Fiza pulak akan menerima tanggungjawab besar.


Mesti bakal pengantin ni nervous gile kan.

Alhamdulillah..Dengan sekali lafaz dengan mas kahwin RM22.50 (Rate Mas Kahwin Johor),Fiza sah menjadi isteri Mohd Aidil Bin Kamaruzzaman setelah 6 tahun bercinta,6 bulan bertunang. Sebak=__='




Masa ni dah mula terasa tanggungjawab seorang isteri.

Alhamdulillah perjalanan majlis pernikahan Fiza dan husband berjalan dengan baik dengan berserderhana. Moga ikatan ini kekal hingga akhir hayat dan berbahagia setia ke hujung nyawa.Aminnn


Info Solemnization : 23 August 2013 | Segamat, Johor

Photographer : Azzam Azhar-https://www.facebook.com/azmazhr
Since official photographer datang lambat sebab sesat nasib baik ada anak buah Fiza ni back up shoot some moments. Kalau tak,takde la gambar nikah.Nasib baik jugak  OP sempat datang sebelum nikah.

MUA : Gincu Merah Bridal
Fiza ambil MUA yang sama masa bertunang tu.Dah serasi ngan MUA ni.So senang.

Baju Nikah Pengantin Lelaki & Perempuan : Kabu Closet
Tadi dah cakap pasal baju Nikah Fiza kan.Baju husband pun kawan Fiza jahitkan jugak.Ada style sikit part bahu tu.Still warna off white sama kain dengan Fiza baru sepadan.

Mas kahwin: RM22.50
Patutlah ramai cari bakal isteri orang johor sebab paling murah..kann..eh,takdelah..tu jodoh kalau dah dapat orang johor

Wang Hantaran : Biarlah rahsia :)

Upah Tok imam/Kadi :RM180
Upah saksi : RM20/person

Hand Bouquet : De' Fairy Tales Florist & Gift House
Bantal nikah : Sponsored by Gincu Merah Bridal
Veil : Sponsored by Gincu Merah Bridal
Pelamin : Gincu Merah Bridal

Okay,stay tuned for next entry>>Reception 

Notapink : Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus memudahkan urusan majlis pernikahan kami.
Selamat Hari Raya semua! wahh..lamanya tak update blog kan. Alhamdulillah urusan wedding dah settle, cuma majlis sebelah lelaki masih belum settle lagi. Sementara ada peluang tak busy ni, bolehlah nak update blog kan. Nak update pasal raya macam dah basi so terus update pasal pre wedding shoot je la kan.





Seperti yang dirancang sebelum ni, finally sampai jugak Fiza dan husband [cewahh..husband dah ye] di pullman lakeside putrajaya ni untuk shoot pre wedding. Agak kelam kabut jugak set time sebab dah nak dekat majlis kan. Disebabkan nak guna gambar pre wedding untuk bunting dan banner,so kena jugaklah kan.


Layan je la gambar ye. Takde tema bagai sebab ni main sempat je. Simple jek!.heee...as long as ada pink dah cukup memadai..boleh gitu? Alhamdulillah..photoshoot berjalan dengan lancar. Cuaca panas terik dan terpaksa bertahan sampai settle urusan. Bakal bakal pengantin nak buat pre wedding shoot, silalah ke Pullman Lakeside Putrajaya ni. Cantik sangat kat sini.

Info photoshoot:
Tempat:
Pullman Lakeside Putrajaya
Masuk adalah percuma, FREE parking

Photographer:
Low Cost Photography service starting RM200 per session. Kena book awal takut clash dengan yang lain. Sebenarnya si dia ni anak buah Fiza..so siape nak murah, sila mention my name okay?

Okay,tu je gambar yang Fiza rasa okay nak share. Hope dapat bagi idea untuk bakal pengantin akan datang.Mesti pening nak pilih tempat dan photographer mengikut budget kan..So,hope entry ni membantu :). Enjoy your pre wedding photoshoot. Dapat jugak simpan buat kenangan. ye tak?OK,next entry Fiza akan update pasal persiapan kahwin, solemnization dan resepsi sebelah perempuan ye. Ada jugak tutorial project D.I.Y persiapan kahwin Fiza. Stay tuned~
Notapink : Terima kasih masih datang ke blog sihatimerahjambu yang dah lama tak update ni.