DAPATKAN HARGA ISTIMEWA UNTUK PEMBACA BLOG SIHATIMERAHJAMBU

afzalsukasuki

Tuesday, January 31, 2012

Bulan February yang di nanti

[image from Mr Google]
Ehem ehem..esok dah masuk bulan february,bulan yang ditunggu tunggu ni.Kalaulah dapat sesuatu yang miracle bulan february ni pasti seronok.Tak tidur 24jam lah jawabnya kan..eh eh..bukan valentines day tu ye.tidak sama sekali..

shhh..takleh bagitau sekarang.Akan datang baru lah kita share ye..boleh tunggu?hehe..kecoh je kan Fiza ni.Apa kata korang support Fiza vote Fiza dalam World Bloggers and Social Media Award 2012>>Undi Blog Azhafizah.com untuk Upcoming blogger of the year

Agak agak boleh menang tak ni ?segan betul nak mintak tolong vote ni.Kalau betul betul jadi kenyataan bertambah best lah february Fiza tahun ni.InsyaAllah kalau di izinkan oleh-Nya..aminn

Ok lagi satu support segmen Fiza ni>>Segmen:Adore Your Arts Part III


notapink : Jangan bosan ye asyik suruh undi je..ni lah kempen[konon konon]

Resepi: Lauk Paprik Campur

Nampak menyelerakan tak?Sure lah kan!Yang belum lunch lagi sila tahan air liur sebentar ye.Kalau belum masak meh cuba resepi bujang dan simple ni.Bahan bahan pun tak banyak tapi still boleh rasa kenikmatan lauk paprik campur ni.

Bahan bahan:
3 ulas bawang putih[ditumbuk]
2 ulas bawang merah[ditumbuk]
1 ulas bawang besar[dipotong]
1keping asam keping[ganti daun limau purut sebab susah nak cari]
halia 2cm*agak agak je lah[1/2 ditumbuk,1/2 dipotong halus]
cili api*mengikut citasa pedas[dipotong halus]
cili kisar[3 sudu]
kicap
beberapa cubit garam
air masak[1cawan]
minyak masak

Ayam[di potong kecil kecil]
kubis bunga[dipotong kecil]
carrot[dipotong kecil]
bahan bahan boleh ditambah dan dipotong kecil juga macam brokoli,kacang pea,jagung muda dan sebagainya.Tapi Fiza gunakan 3 yang diatas sebab nak simple je.hehehe

cara cara:
1.panaskan minyak masak
2.Tumiskan bawang putih/bawang merah/halia yang telah ditumbuk 
3.Setelah naik bau,masukkan cili kisar.Kalau tak cukup 3 sudu boleh tambah secukup rasa.
4.Masukkan sekali asam keping/garam dan kicap mengikut citarasa.
5.Dah macam garing sedikit,masukkan ayam dan masukkan air.
6.Biarkan ayam masak sedikit dan barulah masuk kan carrot dan kubis bunga.
7.Masukkan bawang besar/halia dan cili yang telah dipotong.
8.Tunggu sehingga ayam dan sayur masak.Sedia untuk dihidang

Mudah je kan??so para bujangan,boleh lah cuba resepi simple ni.Untuk para ibu ibu sila beri tips lagi ye..hehehe..saya budak baru belajar masak juga..

notapink : Lebih suka masak sendiri dari makan di luar.sedap/jimat dan semestinya kebersihan terjamin.^__^

Hadiah Segmen untuk Azza

Firstly tahniah buat Azza sebab menang dua kali berturut turut dalam segmen Adore your Arts Part I and II.Ternyata seni photography Azza memang hebat.Gambar yang di pertaruhkan oleh Azza adalah ini dan ini.Rezeki untuk Azza

Disebabkan Azza busy,so weekend baru dia bagi gambar dia untuk divectorkan.Sempatlah juga Fiza siapkan dengan cepat vector Azza ni.Korang rasa vector Fiza makin OK ke makin KO?Harap harap makin okaylah ye.Ok,yang ni hadiah untuk part I dari Fiza.
Maaf ye Azza kalau ada kekuranga di mana mana.Harap sudi terima ye.

Untuk part II pulak,Azza menang dolly cute dari CCI yang semestinya pakar mendoodle ni.Tema dia Blue Riding Hood gitu.Comel je doodle ni..
Kalau korang nak order doodle macam ni,boleh roger roger CCI ye.Kalau nak FREE vector potrait/doodle kenalah join segmen Adore Your Arts Part III pulak.sedang berlansung sekarang ni sampai 5february.Berbaloi baloi dapat macam ni tau.

Eh,lupa pulak..jangan lupa berkenalan dengan Azza tau..boleh belajar ilmu photography dengan dia.Jom ke>>Blog Azza

Kalau nak macam ni,Jom join >>Segmen:Adore Your Arts Part III
Pada yang belum undi blog Fiza>>Undi Blog Azhafizah.com untuk Upcoming blogger of the year


notapink : Terima kasih CCI yang sudi menyumbangkan hasil kerja yang sememangnya awesome!.Tunggukan hadiah berikutnya dalam entry akan datang.Pada yang belum bagi respons untuk tebus hadiah tu sila respons a.s.a.p ye.Terima kasih.

Monday, January 30, 2012

Si Shopaholic,Ada sale lagi!

Nama pun shopaholic,haruslah peka dengan sale sana sini kan.Untuk korang yang shopaholic,jomlah memeriahkan suasana sale bawah ni.Berbaloi baloi tau sampai 90% tu.Abislah rabak poket nanti..Hehehe..shopping shopping gak tapi kena berjimat cermat juga ye.Kang hujung bulan makan megi je.

Sale yang ni macam best jugak ni.Shopping kasut! Lepas shopping kemudian ber 'ice skating' pulak kat sunway pyramid ni..weee~
notapink : selamat bershopping dengan kadar sederhana.^__^

Keputusan Segmen: Adore Your Arts Part II

Firstly tahniah pada pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26 malam tadi.mesti ramai bloggers update pasal juara lagu malam tadi kan.So,Fiza tak mo update lah.Fiza nak update keputusan segmen untuk part II ni ok.Debaran sama macam anugerah juara lagu malam tadi..hehehe..

Terima kasih pada bloggers yang sudi join segmen ni dan berkongsi gambar yang menarik untuk dikongsi.Memang semua cantik cantik dan sukar nak bagi markah.phew~ Untuk kali ni Fiza amek markah average memandangkan jumlah juri tak sama untuk setiap gambar.

Firstly,tahniah untuk Zamani84 kerana telah mendapat markah paling banyak sebanyak 4.25/5 . Komen juri tentang gambar ni nampak keriangan/cantik dan unik tapi objek kurang dan compo kena jaga kata pakar photography.
Zamani boleh terus contact facebook Fahmi Mahat untuk dapatkan flash header dari pakar flash.

Kedua,Azza sebanyak 3.97/5.Gambar cantik dan silhoute menjadi kata pakar photography.Cuma average markah agak kurang dari yang pertama.
Tahniah Azza menang sekali lagi,kali ni Azza menerima dolly comel dari pakar doodles,CCI.So,Azza terus contact facebook CCI.

Ketiga,ryeowooklovers sebanyak 3.84/5.Gambar ni kurang sharp sebab Fiza print screen disebabkan tuan punya blog disable right click dan bila click pada image dia tak large..so,Fiza print screen je.Quality gambar agak kurang tapi still dapat average mark yang memberansangkan.
Untuk ryeowooklovers pulak,hadiahnya vector potrait dari Mar yang tidak lagi misteri.Sila contact facebook Mar . Hantar gambar yang jelas dan close up ye.

Yang ke empat,Umi dengan markah sebanyak 3.83/5.Juri kata terbaik punya edit ni tapi shilhoute tak jadi.
Umi,boleh terus contact pakar seni terhebat ni di facebook Adam Azman untuk dapatkan vector cartoon.Hantarkan gambar yang jelas dan close up ye.

Tahniah kepada 4 bloggers yang bertuah ni.Untuk contact penaja hadiah anda,sila inform dahulu pada penaja yang anda adalah salah seorang pemenang segmen:Adore Your Arts Part II.So,nanti takdelah berlaku apa apa masalah ye.

kepada mereka yang lain,boleh join lagi segmen ni Part III pulak.Hadiah/sponsor dan syarat yang berbeza.Sangat mudah!

Jom join >>Segmen:Adore Your Arts Part III
Pada yang belum undi blog Fiza>>Undi Blog Azhafizah.com untuk Upcoming blogger of the year

notapink : Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan segmen Adore your Arts Part I and II serta mereka yang undi blog Azhafizah.com untuk Upcoming blogger of the year dalam World Bloggers and Social Media Award 2012.Undilah lagi ye. ^___^

Segmen : Adore Your Arts Part III

Tamat sudah segmen:Adore Your Arts Part II.Markah sedang dikemas kini oleh Fiza setelah ahli ahli WLA bagi markah masing masing.InsyaAllah dalam masa terdekat Fiza akan umumkan pemenang untuk Part II pulak.Ada kelainan sedikit pada part III ni.Syaratnya lebih mudah dan macam biasa sponsor untuk minggu ni adalah berbeza.

Minggu ni akan ada capsul Doodle/doodle dan vector potrait.Sponsor/pencinta seni yang pertama adalah Syarafi atau lebih mesra dengan panggilan fi comel oleh Fiza..Fiza je panggil dia comel sebab dia memang comel orangnya..

Apa yang fi akan sumbangkan minggu ni adalah capsul doodle ciptaan terbaru dari Fi.Memang lain dari yang lain.Unik! Tak dapat kat mana mana lagi tau..Capsul doodle yang memang very style dan comel comel je.
Comel kan! Fi jugak ambil tempahan untuk capsul doodle ni.Baru je beroperasi business ni.Nak tahu lebih lanjut tentang harga dan style kenalah tannya Fi.Kalau ada yang berminat boleh hubungi Fi.Jom ke>>Blog Syarafi

Pencinta seni kedua adalah Cik Athirah,doodler merah itu jambu yang famous.Kalau ke blog Tyra,sure korang akan jeles dengan doodles yang comel comel macam ni.
Terserlah kecomelan doodle Cik Tyra ni kan.Tyra jugak ada ambil tempahan untuk doodle dan header.Kalau tengok portfolio Tyra,memang ramai yang order doodle pada dia tau.Hasil kerja pasti memuaskan.Walau busy dengan kerja tapi masih boleh siapkan kerja dia tau.Bakat seni Tyra yang sangat besar,kalau tak..tak delah dia boleh berjaya jadi arkitek skang ni.

Mesti ramai yang dah kenal Tyra merah itu jambu kan?Kalau nak berkenalan lebih lanjut dan tengok koleksi doodle Tyra,Jom ke>>Blog MerahItuJambu

Pencinta seni yang ketiga adalah Keri Ikhwan a.k.a Ustaz Pilihan di WLA.Bukan sahaja berbakat dalam seni malah dia adalah sumber rujukan soal agama dalam WLA.Apa yang Keri nak sumbangkan minggu ni adalah vector potrait macam ni.

Akibat terpengaruh dengan kami yang suke menvector,keri pun mule belajar dan sampai hebat macam ni.Memang hebat kan.Style Keri bermain dengan warna tu nampak cantik.Kan?Sila setuju ye.Eh jangan ingat cikgu math ni pandai mengira je tau..Pandai melukis digital arts lagi ni.

Selain tu boleh je korang tanya pasal hal hal agama pada dia ni.Kira cikgu serba boleh lah Keri ni.Selain vector,keri ada jugak buat seni lain ni.Nak tahu??Jom ke>>Blog Keri Ikhwan

Sponsor/pencinta seni yang terakhir adalah Kak Zarini pakar vector potrait dengan mengunakan software excel.Style kak Zarini punya vector macam ni.

Dengan menggunakan ilmu alam dan manusia..zap zup zap zup je kerja Kak zarini dah siap dengan cepat.Dulu Kak Zarini banyak buatkan warga WLA vector potrait.Sekarang ni agak slow dengan seni lukis sebab Kak Zarini tengah busy dengan bisness jahitan manik pulak.Seni jugak tu! Selain mengajar di sekolah..di rumah kak zarini buat seni lukis dan seni jahitan manik..awesome mommy!

Nak tahu aktiviti Kak Zarini jom ke>>Blog Kak Zarini

Okay 4orang sponsor untuk segmen:Adore Your Arts Part III ni.Kalau mahukan capsul doodle/vector potrait dan doodle FREE,silalah join segmen ni.

Syarat
-Buat satu entry yang bertajuk"Segmen:Adore Your Arts Part III"
-Letakkan banner segmen dan link kan ke entry ini.
-di alu alukan men'follow'  ke semua blog pencinta seni yang menyumbangkan hasil kerja tanda sokongan kepada mereka.[tiada paksaan]
-Letak gambar signature korang.Terpulang pada kreativiti masing masing.Boleh gunakan kaedah sign di kertas dan amek gambar atau terus gunakan software.Yang penting signature korang tu ye.
-Publish entry dan letakkan link entry post korang di kotak komen entry ini tanpa meletakkan http:// dan www.
*patuhi syarat di atas jika mahu menang ^_^

Pemilihan pemenang
-Setelah tamat tempoh segmen,semua signature  akan diadili oleh ahli WLA.
-4 signature kreatif/menarik akan dipilih sebagai pemenang.

Tempoh segmen
29Jan 2012>>>5Feb 2012[jam 11:59pm]


notapink : sabar menunggu keputusan segmen Part II yang lepas

GOOD LUCK!

Sunday, January 29, 2012

Si Dia RTP Farhanis Shafifi Raja Sazali

Dua minggu lebih Fiza amek masa untuk menyiapkan vector potrait untuk si dia yang lebih mesra di panggil Fifi.Agak lama tak  menvector dan hadap photoshop,abis sudah skill yang ada.Tapi demi hobi seni yang tak putus putus ni.Fiza sempat sempatkan jugak amek masa siapkan vector potrait untuk Fi,sebab Fiza dah janji nak siapkan.

Alhamdulillah siap jugak akhirnya.Terima kasih pada Fi sebab sudi bersabar menunggu dan ini hasil vector Fiza kali ni..
Walau berbeza pangkat dan keturunan tapi Fifi sangat peramah orangnya.FYI,Fifi adalah keturunan aceh dan kelantan.No wonder lah Fi sangat sweet cantik! Terima kasih sekali lagi buat Fi kerana telah menyediakan entry khas untuk Fiza dan perjanjian sulit itu yang sangat sweet.^__^

Kalau korang nak kenal dengan Fifi yang sweet dan friendly ni,apa kata jom ke>>Blog Fifiey Lychee Marathon 

notapink : lepas ni baru blogwalking,layan AJL sebentar...hehehe..agak agak siapa menang ye?

Siapa aku untuk tegur kesalahan kau

[gambar dari Mr Google]
Seringkali kita menyalahkan orang lain untuk tutup kesalahan kita.Setiap kali orang tuding jari ke arah kita,kita akan tuding jari semula ke arah orang tu,Kita jugak akan cakap"Siapa kau untuk tegur kesalahan aku?".Kau bukan siapa siapa dalam hidup aku untuk tegur kesalahan aku.AWAS!!! Bukan itu caranya kawan kawan ye.

Etika tegur menegur kesalahan orang bukan begitu.Sebaiknya dengar apa yang ditegurkan tu.Bukan membalas balik mencari kesalahan orang tersebut.Jangan pulak tengok orang tu muka macam pecah rumah terus cakap kat dia"ko muka macam pecah rumah,ade hati nak nasihat orang"..haaa jangan cakap camtu.

Sila tengok apa yang dia sampaikan tu.Sedangkan kalau muka gengster dalam hati ada taman tu..hehehe..Hati mesti sentiasa terbuka untuk terima teguran dan jangan  terus melenting sebaliknya lihat apa teguran tu.Kalau baik,tak kan lah orang boleh tegur kan.Mesti ada silap tu..

Paling penting kalau ada yang tak puas hati tu settle kan cepat cepat.Slow talk dan private.Itu lebih baik sebab tak libatkan mana mana pihak yang lain.Dan kalau ada buat salah,cepat cepat mintak maaf.Tak rugi apa pun kan.

Pengalaman diri sendiri sentiasa mengajar untuk memperbaiki diri dari hari ke hari.Siapalah aku untuk tegur kesalahan kau....

notapink : Tak kan nak tunggu jadi baik baru boleh tegur orang kan.Kalau macam tu sampai bila bila tak maju.Lihat pada teguran bukan pada orang yang menegur.^__^


Saturday, January 28, 2012

Ku ingin terbang

I believe I can fly,I believe I can touch the sky..I think about it every night and day,Spread my wings and fly away.Cewahhh..menyanyi sakan ye..Amek mood konon konon nak flying without wings.Budget macam ada wings je kan.Bukan apa,sekarang ni macam terasa ingin terbang ke suatu tempat.

Kalau jadi pramugari mesti best dapat kesana kemari kan tapi lagi best kalau dapat jadi pilot kan..hehe..Tapi apa boleh buat,nak jadi pramugari tak cukup tinggi.huhu..kesian..Nak jadi pilot??Salah amek bidang pulak..ish ish...

Yang pasti kalau bercuti naik flight sure lagi seronok kan.Terasa macam pergi jauh je kan.Bila lah nak naik kapal terbang lagi ni..Tapi takut kalau nak flight time hujan tu..serammm je..Sekarang ni nak pergi mana mana dengan flight pun boleh sebab dah ada Air Asia yang lebih jimat dan berkemampuan.

Pstt..dah undi Blog Fiza tak?Jom undi ramai ramai tanda sokongan pada Fiza.
Kemudian vote untuk blog azhafizah.com cari disini >>Upcoming Blogger Of The Year

notapink : Nak cari kepak nak terbang atau kena makan kepak ayam banyak banyak.Pastu boleh terbang..weee~

Friday, January 27, 2012

Jangan lupa undi blog azhafizah.com untuk "UPCOMING BLOGGER OF THE YEAR"

Amboii..tajuk kemain panjang lagi kan.Petang petang ni ngantok kan.Apa kata korang rajin rajinkan buat exercise jari jemari dengan mouse vote untuk blog Fiza ni.Sudi tak? Harap harap ada yang sudi vote untuk blog Fiza ni. Jasa  baik anda amatlah Fiza hargai...

Kemudian vote untuk blog azhafizah.com cari disini >>Upcoming Blogger Of The Year

Okay tu je untuk vote.Jangan lupa tau! Hanya doa untuk membalas jasa jasa baik korang semua.Semoga berjaya direalisasikan..aminnn..

notapink : Jangan lupa vote tau sebagai hadiah untuk birthday fiza next month.^__^.Terima kasih semua

Thursday, January 26, 2012

Yuna terukir di bintang

Siapa tak kenal Yuna?Tipulah kan kalau tak kenal..bintang yang makin menyerlah dengan irama rock indie ni.Makin maju dan maju lagi.Dah jadi duta lagi tu.Memang rezeki yuna melimpah ruah kan.Dengan imej bertudung,tak menghalang seseorang untuk terus maju kan.
All the best for Yuna..jom layan lagu yuna ni..bertukar mood jiwang lah pulak tiba tiba je..
notapink : Mood tengah rindukan seseorang..ehem ehem..sape ye?

Usah layan perasaan

Bila dok sensorang mesti ada je benda nak difikirkan especially zaman dulu dulu punya cerita.Ada yang suka ada yang sedih ada yang jiwang berkarat juga..cewaaahhh.Lepas tu dok tersengih sensorang kan..Pernah alami macam tu?Of course la  pernah kan?

Sebenarnya takleh nak layan perasaan sangat.Nanti korang mengelamun sampai tak hengat dunia.Senyum sorang sorang..Tahulah tengah hangat bercinta.Kalau putus lak,lain pulak korang layan perasaan tu..macam nak gila meroyan pun ada kan.

So,tak kesahlah suka atau sedih..usah di ikutkan sangat perasaan tu.Nanti ada kesan sampingan pada diri korang sendiri.Kalau asyik fikirkan sesuatu perkara tu akan buat korang tidur tak lena,mandi tak basah dan makan pun tak kenyang..susah kan?

Apa kata kalau happy tu bersederhana sahaja,takut nanti happy sangat..lain pulak yang jadi.Kalau sedih tu,jangan layan sedih tu sangat..cuba cari jalan untuk kembalikan senyuman korang tu.Kalau asyik dok pikir dan layan perasaan tu je,sampai ke sudah le kerja lain tak siap..betul tak?

notapink : melayan perasaan sesuatu yang normal tapi bukan secara berlebih lebihan

FREE Flash header/Cute Dolly/Vector Cartoon dan Vector Potrait

Berita baik untuk mereka yang mahukan hasil seni di atas,bolehlah teruskan membaca entry ini.Fiza nak promote segmen yang dianjurkan oleh Fiza sendiri dan ahli ahli WLA[WeLoveArts] yang berbakat besar dalam bidang seni ni.Untuk dapatkan flash header/cute dolly/vector cartoon dan vector potrait,korang click banner bawah ni..Cepat cepat join tau sebelum 29hb ni.Nak FREE tak?join lah ye...

notapink :Jom ramai ramai meriahkan segmen.

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday #34

Tuesday, January 24, 2012

Vector karikatur untuk anereodacandid.blogspot.com dari Nur dani

Baru je malam tadi umumkan pemenang untuk 4 bloggers yang bertuah dalam segmen :Adore Your Arts Part I.Salah seorang adalah anereodacandid.blogspot.com dan hadiah yang dia dapat adalah vector karikatur dari Nur dani.Phew! Cepatnya dani menyiapkan hadiah untuk pemenang.

Ini hasil kerja dani.

Ni lagi satu dani buatkan untuk pemenang.Untunglah dapat dua sekali tau sebab dani sangat rajin hari ni.Terima kasih dani atas sumbangan dia dalam segmen ni.Semoga terus success dalam bidang seni ni.
Hebatkan kerja dani.Kalau nak order pada Dani pun boleh juga.
Click sini untuk order>>Blog Nur dani.
Nak kenal dengan tuan punya vector karikatur ni.click sini>>Blog Anereodacandid

Kalau korang nak hadiah berkaitan dengan seni ni.Jom join >>segmen:Adore Your Arts Part II

notapink : kepada 3 bloggers yang belum lagi menghantarkan details kepada kami.Sila berbuat demikian  secepat mungkin untuk dapatkan hadiah korang.Kerjasama amat di hargai.Terima Kasih.

Keputusan Segmen: Adore Your Arts Part I

Kini tiba masanya Fiza nak umumkan bloggers yang bertuah minggu ni.Terima kasih kepada ahli ahli WLA[WeLoveArts] yang sudi memberi kerjasama memberi markah pada setiap gambar.Setelah di kira semua,dapatlah 4 bloggers bertuah seperti yang di janjikan.

Mark:34.7
Hadiah: vector potrait
p/s: Sila hantar gambar close up dan jelas ke facebook

Mark :34.3
Hadiah: Vector potrait
p/s: Sila bagi gambar yang jelas dan close up ke facebook

Mark : 28.8
Hadiah : Doodle BFF
p/s: Sila inbox facebook

Mark :27.9
Hadiah: Vector karikatur
p/s: Sila hantar gambar close up dan jelas ke facebook

Tahniah Kepada bloggers yang terpilih di atas,sila inbox pada nama nama yang Fiza bagitau tu ye.Cepat cepat tau..Nanti tak dapat hadiah tu.limited edition tau!. Kepada yang lain,gambar korang memang berseni dan menarik.Agak pening nak bagi markah tu. Adat ada yang menang dan sebaliknya.Boleh cuba lagi join Part II pulak..hadiahnya ada vector cartoon/vector potrait/cute dolly dan header flash.

Jangan lepaskan peluang join segmen>>Adore Your Arts Part II

notapink : suka tengok gambar gambar menarik ^___^

Monday, January 23, 2012

Segmen : Adore Your Arts Part II

Tamat sudah segmen Adore Your Arts Part I.Gambar gambar sedang dinilai oleh ahli ahli juri terhebat di WLA[WeLoveArts].Markah akan dikira dan Fiza akan umumkan para pemenang a.s.a.p.Kini Part II pulak,Masih menggunakan rules yang sama tapi hadiahnya berbeza dan penyumbang seni juga adalah orang yang berbeza.

Untuk Part II ni,penyumbang pertama adalah Adam pengetua WLA.Dari segi bakat,memang tak perlu cerita panjanglah.Dia memang berbakat besar dalam seni.Macam macam dia tahu dan dia tak pernah kedekut ilmu.Kadang kadang masa membataskan aktiviti seni dia.Tapi dia masih boleh menghasilkan seni yang superb macam Vector/doodle/photo effect/3D graphic dan macam macam lagi.

Ini sumbangan adam untuk minggu ni,vector cartoon.Kalau nak tengok tutorial dan hasil seni adam boleh pergi ke >>Blog Adam

Kedua pulak,Mar yang misteri suatu ketika dulu.Sekarang dah tak misteri lagi,adakah Mar telah bukak topeng kesayangannya?Kalau nak tahu..korang kene terjah blog Mar nanti ye.Mar mula menvector akibat pengaruh penvector di WLA.Salah satu hasilnya seperti kat bawah ni dan akan menjadi penyumbang vector untuk minggu ni.

Walaupun dulunya Mar ni misteri tapi dia sangat peramah orangnya.^__^Selain berseni mar jugak ada share macam macam application untuk smartphone android.Apa kata terus terjah >>Blog Mar

Yang ketiga untuk minggu ni adalah Colattachoc Inaleesya Cci yang memang terkenal dengan dolly nye yang comel loteh tu kan.FYI,CCI ada buat tempahan bizkad/doodle/banner dan lain lain.Kalau nak tempah,bolehlah roger roger CCI.Jangan risau,CCI peramah orang nya.Hasilnya gerenti memuaskan korang punya.Sumbangan CCI minggu ni adalah dolly comel macam kat bawah ni.

Semua hasil kerja CCI di daftarkan atas hak cipta terpelihara CCI.So,korang tak boleh nak simply tiru,cetak atau amik hasil kerja dia.Kalau nak boleh order.Kalau nak FREE,kene join segmen ni lah.Best kan?Apa kata jengah dulu ke >>Blog CCI

Akhir sekali adalah Fahmi Mahat,Sifu flash Fiza ni.Sangat pemurah bagi ilmu,tanya lah apa saje..gerenti dia jawab punya.Flash tu mainan dia je tau..kira memang pakar flash lah ni.Ramai blogger tempah header dan banner flash kat Fahmi ni.

Selain header flash,Fahmi jugak pakar menvector dan boleh juga hasilkan seni yang lain.Kalau dah nama pencinta seni mesti macam macam boleh kan.So,Fahmi akan sumbangkan flash header untuk minggu ni.Contoh macam kat bawah ni


Kalau nak header flash FREE,kenalah join segmen ni okay ^__^ .Kalau ada yang nak order boleh ke >>Blog Fahmi Mahat

Rasa teruja tak dengan sumbangan kat atas tu semua.Minggu ni menawarkan vector cartoon/vector potrait/dolly dan flash header.Kalau korang nak salah satu di atas,korang joinlah segmen yang best dan berbaloi baloi ni.Tak dapat kat mana mana kedai okay.^___^.

Kepada mereka yang dah join Part I,boleh join lagi Part II ni dan berikutnya.Kepada yang belum join.Jomlah join.Syarat pun mudah je..

Syarat
-Buat satu entry yang bertajuk"Segmen:Adore Your Arts Part II"
-Letakkan banner segmen dan link kan ke entry ini.
-di alu alukan men'follow'  ke semua blog pencinta seni yang menyumbangkan hasil kerja tanda sokongan kepada mereka.[tiada paksaan]
-Letak satu gambar [originality dari korang]yang korang rasa boleh menggambarkan seni dan gambar tersebut  tidak melibatkan manusia.Terpulang samada nak edit atau tak.
[cth:gambar pemandangan atau objek-Gambar boleh di edit untuk penambahan effect seperti lomo dan sebagainya.Tulisan tidak dibenarkan kecuali watermark]
-Publish entry dan letakkan link entry post korang di kotak komen entry ini tanpa meletakkan http:// dan www.
*patuhi syarat di atas jika mahu menang ^_^
nak tgk contoh entry dan gambar>>click here
Pemilihan pemenang
-Setelah tamat tempoh segmen,semua gambar  akan diadili oleh ahli WLA.
-4 gambar yang menarik dan berseni akan dipilih sebagai pemenang.

Tempoh segmen
23Jan 2012>>>29Jan 2012[jam 11:59pm]


notapink : Buat masa sekarang adam sedang bz dan agak kurang sihat.In case kalau adam tak dapat nak join,Fiza akan gantikan tempat adam untuk buat vector untuk pemenang.Harap Maklum

GOOD LUCK!

Sunday, January 22, 2012

Jogging dengan anjing

[ihsan dari google]
Pagi ni semangat ajak anak buah jogging.Lepas subuh terus gerak pergi taman track jogging.Sampai sampai je kat situ ada je yang menspoilkan semangat nak jogging ni.Erkkk..ternampak anjing.Rasa macam nak patah balik je.Tapi nasib baiklah ada anak buah sorang lelaki ni kira berani lah.

Yang Fiza ni lak kalau nampak hanjing memang nak lari je.takutttt~Buatnya dia kejar,memang jogging betul lah kiteorang ni.Buat selamber je jogging padahal dah takut dah ni.Rupa rupanya dia jalan ikut track jogging gak belakang kiteorang..phew~ Last last kiteorang jalan je sampai 2 pusingan je la.Kang kalau lari takut dikejar pulak.Dah rasa macam jogging ngan dia pulak..haishh

Agak terkilan dengan pihak pihak yang sepatutnya memantau keselamatan disitu.Sepatutnya anjing liar di tempat kegunaan awam patut di tangkap.Bukan sekor tapi lebih dari 2 ekor.Tak kan bila dah ada kes kene baham dengan hanjing baru nak amik tindakan?fikir fikir kanlah..

Tips nya macam biasalah,jangan lari dan jangan tenung anjing tu.Buat buat cool je.Kadang kadang tahu banyak tips,bila dah depan mata terus gabra dan lupa! akekeke..Hati hati lah ketika jumpa binatang yang bahaya ni.

notapink : malas dah nak jogging situ.Balik rumah capai basikal lak ronda ronda..baru keluar peluh.fuhh~

Friday, January 20, 2012

Tahniah Ally Iskandar dan Farah Lee

Tahniah Ally Iskandar dan isteri Farah Lee yang telah selamat bernikah pagi tadi.Pengantin baru dengan tema putih memang nampak cantik sedondon.Macam biasalah,sangat teruja tengok gambar artis kahwin ni.Ceria je kan.Kawin mestilah kena ceria kan.Layanlah gambar 2 keping untuk koleksi diri sendiri akan datang.hehehe


Nak tengok gambar lagi boleh click sini>>Oh bulan!

notapink : Musim orang kahwin kembali lagi.Tahniah pada mereka yang dah bertukar status.^__^

Fenomena Flashmob! Kini Di Malaysia

Flashmob tu apa?Flashmob tu maksudnya sekumpulan manusia yang berkumpul buat persembahan hiburan dengan secara spontan dalam masa yang singkat.Persembahan flashmob lebih nampak real dan fresh.Sebelum ni Fiza tengok video banyak di oversea.Sekarang ni sudah jadi fenomena di Malaysia pulak.

Terawal di KLIA 14January 2012 minggu lepas.Seronok jugak kalau camni.Sangat real tapi kadang kadang agak messy sebab akan melibatkan orang awam yang berada di sekeliling.Tapi kira oklah rakyat Malaysia sangat sporting! Nak tengok video Flashmob"I missing You"click sini>>Official Video:Flashmob Missing You at KLIA

notapink : Rasa nak buat chicken dance je..tapi takde kena mengena dengan I missing you tu kan..hehe

Thursday, January 19, 2012

Rezeki Jangan ditolak

Sape kata join giveaway join contest tu tak best?angkat kaki sekarang..hehe..Kita sesama blogger kena saling sokong menyokong bukan saling berbalah.Join aktiviti sihat dengan join segmen,join giveaway dan join contest.Daripada dok tulis bukan bukan,baik korang buat sesuatu yang berfaedah.

Memanglah kita berharap menang kalau join apa apa.Tapi kalau tak menang jangan kecewa,secara tak lansung korang dapat kawan ramai.Suka tak?Kalau dah rezeki korang menang,alhamdulillah..bak kata orang "rezeki jangan ditolak"

Rezeki Fiza dapat benda ni.Apa ntah namanya..Fiza ada tunjuk gambar kotak hadiah masa wordless wednesday hari tu.Ni lah benda yang ada dalam kotak tu.Ini bukan ehem ehem bagi.Ni hadiah dari Kak Alycia Hot Mama wanna be tu.Fiza blogger bertuah 1bulan 1 blogger tu.
Bolehlah sangkut benda benda comel kat sini.Terima Kasih kak Alycia.FYI,Kak Alycia ni bermurah hati selalu buat giveaway/contest untuk follower blog dia.Selain banyak story family,dia ada buat bisness Premium Beautiful dan husband dia photographer hebat tau! Haa..memacam boleh dapat dalam Blog dia ni.Tak mo cakap banyak,korang terjah je blog Kak Alycia>>Hot Mama Wannabe

Rezeki bertambah lagi lepas menang aktiviti Geng FiQ'Ra.Dapat shawl satin yang cantik ni dengan shining shining gitu.
Terima kasih Mas sebab memilih gambar Fiza tu.Tapi tu gambar lama,skang tidak lagi camtu.Tak rugi tau join geng FiQ'Ra ni banyak aktiviti admin buat.Fiza je tak berkesempatan nak join.Nak tahu lebih lanjut boleh lah jengah ke blog FiQ'Ra>>Blog FiQ'Ra

Paling terharu pemberian yang ni.Sempena penghijarahan Fiza pada sesuatu yang lebih baik,seorang blogger yang bermurah hati hadiahkan Fiza shawl ni.So sweet sangat warna PINK tu.
Thanks kakak sayang for love me like your sista.I really love it much.Thanks for being my supporter too! Sangat terharu tau bila ramai blogger yang rapat di alam maya ni amek berat pasal kita.^__^ .

Kalau korang nak borong shawl cantik cantik boleh lah ke hubungi Mummy Adriana ni.Dia baru bukak booth Ramadhani Hijabs ni.Kalau nak cuci mata  tengok shawl di facebook>>Mummy Adriana .Ni pulak blog dia>>Mummy Adriana's Blog.

Murah rezeki awal tahun ni.Pasni rajin rajinkanlah join ye.^__^.Pada yang belum join segmen:Adore Your Arts Part I..Jomlah join ramai ramai.Hadiah nya menarik limited edition tak dapat kat mana mana.Click sini>>Segmen:Adore Your Arts Part I

notapink : muka senyum je ^__^

Applikasi retro Camera untuk smartphone Android

Selamat petang semua pembaca setia.Setia kah korang pada blog Fiza ni?hehe.Hari ni lambat update sikit sebab ada hal sikit pagi tadi.Hari tu Fiza ada janji nak review sikit applikasi camera yang Fiza selalu guna dalam Xperia Neo V Fiza ni.

Nama applikasi ni 'Retro Camera'.Kalau korang dah register akaun google untuk handphone tu,korang boleh terus pergi kat market dan search'Retro Camera'.Kemudian terus download dan install.

Kalau nak download kat PC dulu pun ok,korang boleh tengok kat web ni>>Retro Camera Download.
Download dan install software ni dalam handphone korang.Mudah je kan.Apa yang menarik nya korang boleh buat effect lomo,holga,polaroid,diana,the toy cameras dan hipstamatic.

Ada juga pilihan camera dalam applikasi tu macam fudge can,The Barbl,Little Orange Box,Xolaroid 2000,PinhOle Camera dan hipstreroku.Dengan sekali snap je korang akan dapat gambar macam old school,vintage,black and white,film stratch dan juga cross processing.

Contoh gambar yang Fiza snap macam dalam entry lepas..Yang ni.
Cantik tak style macam ni.Tak perlu edit pun..Just snap je! Try lah guna sebab applikasi ni FREE je pun.

Jom dengar lagu best ni >> 'I like It Like That by Hot Chelle Rae"
notapink : applikasi ni untuk android.

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday #33

Tuesday, January 17, 2012

Minum ABC sambil hadap blog

Cuaca panas macam ni memang nyaman kalau dapat ABC.Sejuk je rasa tekak ni kan.Rezeki hari ni,dapat lah tekak rasa kenikmatan ABC ni.Ditambah pulak aiskrim perisa keladi dalam ni.Sedaplah jugak rasanya.Pernah cuba?Sesambil hadap blog,pekena ABC sekali..wahhh..segar nak blogwalking camni.

Sebenarnya tadi dok try satu application dalam handphone ni.Namanya retro camera for android.Snap je terus jadi gambar macam retro.Next entry Fiza bagi review sikit pasal software tu ye.Alang alang dah snap tu.Ni Fiza bagi contoh gambar sekali kalau korang nak join segmen:Adore Your Arts Part I tu.Sebab kebanyakannya kata tak kreatif.

So,Fiza tunjukkan gambar simple macam ni tapi penuh bermakna.Kira seni photography lah ni.So,kalau dah ada idea tu.Jemput jemputlah join segmen tu.Seronok tengok seni photography korang tau! Join segmen>>Adore Your Arts Part I

Jemput minum semua ^___^

notapink : sama tema lak ABC dengan blog.^__^

Kenali rakan blogger 1Malaysia

[ihsan dari Mr Google]
Selamat pagi semua! Mulakan hari korang dengan senyuman paling manis sekali.Semoga mood baik baik je hari ni ye.Bagi yang pernah join segmen blogger 1 Malaysia dari blog Fiza hari tu,Fiza nak publish link korang semula.Kot ada yang terlepas pandang untuk terjah.

Untuk memudahkan singgah ke blog blogger lain,Fiza dah letak pada tab menu kat atas blog tu.Mudah nak cari lepas ni kan.Kalau yang tak sempat join tu.Boleh kenali mereka sekarang.Fiza dah arrange ikut negeri,so senang nak cari dan paling best tempat menarik tempat dorang dan makanan yang sedap sedap kat situ.Sangat teruja nak ketahui tempat dan makanan terbaik ditempat dorang ni.

JOHOR

SARAWAK

PERAK
MELAKA

SELANGOR

KUALA LUMPUR

KEDAH

TERENGGANU

SABAH

KELANTAN

Ok,selamat berkenalan dan jangan lupa join segmen terbaru ni>>Adore Your Arts Part I

notapink : Kalau boleh nak pergi semua tempat cuti cuti malaysia

Monday, January 16, 2012

What makes you beautiful

Apa nak buat ye malam ni?Ada yang bosan tak?Kenapa lah terasa amat bosan lak hari ni ye?Mungkin otak ni perlukan rehat kot.Hehe.Dari tadi dok bukak blog ni tapi tak tahu nak taip apa.blur =_=' .Kesian kan.Takpe takpe,biar Fiza je bosan..korang jangan bosan ye.Jomlah layan video ni.




"You're insecure, don't know what for.You're turning heads when you walk through the door.Don't need make-up - to cover up.Being the way that you are is enough"

notapink : you're beautiful ^___^ .Selamat malam my lovely readers.

Jangan lupe join segmen seni.Penyertaan masih lagi dibuka.Tunjukkan skill photography korang.Click sini>>Segmen:Adore Your Arts Part I

Tanpa perasaan

[ihsan Mr Goole]
Tersenyum tengok mereka yang comel momel kat atas ni.Macam ni jugaklah manusia ada suka dan duka.Itulah asam garam hidup.Yang penting kita kena hormati perasaan orang lain dan jangan sesekali menyakiti hati orang.Luka diluar boleh diubati tapi luka di dalam,ape ubatnya?

Sedikit kecewa dan emosi kalau ada manusia yang tak kenal apa itu perasaan.Susah benarkah nak jaga perasaan sedangkan masing masing punya perasaan.Anggaplah perasaan itu sesuatu yang mahal dan perlu dijaga elok elok.Kita manusia biasa,tak lari dari kesilapan.

notapink : Sesama jaga antara kita lebih baik dari menyakiti antara kita.Tanpa perasaan,hidup tak lengkap.^__^

Sunday, January 15, 2012

Segmen : Adore Your Arts Part I


Hari ni Fiza nak mulakan dengan segmen baru lain dari yang lain sebab akan dipenuhi dengan karya karya seni terhebat dari ahli ahli WLA[WeLoveArts].Segmen ni akan diadakan selama sebulan dan akan dibahagi kepada 4 minggu.

Tujuan utama segmen ni untuk memperkenalkan/mempromote ahli ahli seni group WLA [WeLoveArts] di samping memperkembangkan bakat yang ada. Dan diharapkan mendapat sokongan dari korang semua.Yang menariknya segmen ni menggabungkan pelbagaikan jenis arts yang akan dijadikan sebagai hadiah kepada blogger yang bertuah.

Ada vector potrait,vector cartoon,karikatur potrait,header flash,doodle,dolly,doodle BFF,vector T shirt dan macam macam lagi.Penyumbang untuk minggu pertama ni adalah Nurdani master of excel.Sumbangan dani adalah  karikatur macam kat bawah ni.
Dani menghasilkan seni nya hanya dengan gunakan microsoft excel.Hebat tak hebat tu??Mestilah hebat! Kalau nak belajar seni guna excel,boleh ke blog Dani.Dani jugak ada mengambil tempahan doodle,vector dan karikatur.Nak tengok hasil seni dani click sini>>Blog Nurdani

Pencinta seni ke-2 adalah DiDi merupakan orang kuat Group WLA[WeLoveArts].Sumbangan DiDi untuk minggu ni adalah vector potrait macam kat bawah ni.
DiDi memang berbakat buat vector gunakan Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop untuk hasilkan vector kat atas ni.Kemas dan  menarik! Didi juga meminati photography.Kalau nak tengok hasil kerja DD boleh ke tumblr Didi dan boleh tanya apa apa tentang seni pada DiDi.Memang tak kedekut ilmu.Kenali DiDi>>tumblr DiDi

Yang ketiga pulak,Azhunk yang masih bersekolah tapi hebat dalam seni ni.Hebat dalam menvector,mendoodle dan mendesign blog template.Apa yang nak disumbangkan dalam segmen untuk minggu ni adalah doodle BFF ni.

Budak sekolah zaman sekarang dah pandai explore photoshop dah kira hebat tu.Kalau nak tengok hasil kerja dia yang lain.Korang boleh terjah blog Azhunk.Click sini>>Blog Azhunk

Yang terakhir menyumbangkan hasil seni adalah Fiza sendiri.Korang sedia maklum yang Fiza sekarang dok menvector je kan.So,Fiza akan sumbangkan vector untuk segmen ni.Dan ini salah satu hasil kerja Fiza.
Dah kenali pencinta seni yang hebat hebat ni.Korang kenalah bagi sokongan dengan join segmen ni bagi menaikkan semangat kami dalam menghasilkan kerya seni ni.Kalau korang mahukan vector,karikatur dan doodle gambar korang.Korang kenalah join Segmen ni.Apa yang perlu korang buat mudah je.

Syarat
-Buat satu entry yang bertajuk"Segmen:Adore Your Arts Part I"
-Letakkan banner segmen dan link kan ke entry ini.
-di alu alukan men'follow'  ke semua blog pencinta seni yang menyumbangkan hasil kerja tanda sokongan kepada mereka.[tiada paksaan]
-Letak satu gambar [originality dari korang]yang korang rasa boleh menggambarkan seni dan gambar tersebut  tidak melibatkan manusia.Terpulang samada nak edit atau tak.
[cth:gambar pemandangan atau objek-Gambar boleh di edit untuk penambahan effect seperti lomo dan sebagainya.Tulisan tidak dibenarkan kecuali watermark]
-Publish entry dan letakkan link entry post korang di kotak komen entry ini tanpa meletakkan http:// dan www.
*patuhi syarat di atas jika mahu menang ^_^
nak tgk contoh entry dan gambar>>click here
Pemilihan pemenang
-Setelah tamat tempoh segmen,semua gambar  akan diadili oleh ahli WLA.
-4 gambar yang menarik dan berseni akan dipilih sebagai pemenang.

Tempoh segmen
15Jan 2012>>>22Jan 2012[jam 11:59pm]

notapink : Selepas abis segmen Adore Your Arts Part I,akan ada Part II,III and IV.Syarat masih sama cuma penyumbang seni berbeza.Kalau nak join sampai part IV pun boleh.