Masuk muka surat baru dah kita, Bab 10 : Oktober 2025! November, Disember lepas tu dah tahun baru, 2026. Cepatnya masa berlalu sebab bulan September banyak cuti dan banyak urusan. Itu yang rasa kejap je 30 hari berlalu pergi. Kann...

Bulan Oktober kita masih ada cuti lagi ye. Cuti Hari Deepavali, hari Isnin. Jadi, dapatlah cuti long weekend lagi. Yeay! Confirm meriah jalan raya bila tiba musim cuti perayaan. Sila rancang perjalanan. Orang lain raya, kita yang cuti. Semestinya! Kita kan satu lagi Malaysia.

Well, bulan Oktober mungkin akan sibuk juga dengan itu ini. Kita follow the flow je lah. Jangan lupa titipkan doa buat pelayaran Global Sumud Flotilla.

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير
Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair
"Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan."

حسبنا الله ونعم الوكيل
Habunallah wani'mal wakiil
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, merahmati, memelihara, menjaga dan melindungi pelayaran Sumud Flotilla Nusantara. Selamat pergi dan kembali ke tanahair masing-masing.
Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

Hello Oktober,
Page 274/365

OCTOBER

embrace
& grow.


OCTOBER 'TEAlightment':
Great growth begins with embracing the small, simple moments.

Bab 10 : Oktober 2025

Tak lupa juga, bulan Oktober sebagai PINKtober atau PINK Oktober.

PINKtober 2025

Bulan Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober yang disambut setiap tahun. Dikenali dengan gelaran PINKtober (Pink Oktober/October) atau disebut juga dengan nama Bulan Reben Merah Jambu.

Cuti umum/ Public holidays Oktober 2025

11 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Sarawak (Sarawak)
20 Oktober – Hari Deepavali (Semua negeri kecuali Sarawak)

Sambutan pada bulan Oktober

Jumaat Pertama Oktober – Sambutan Hari Senyum Sedunia (World Smile Day)
Isnin Pertama Oktober – Sambutan Hari Habitat Sedunia (World Habitat Day)
Khamis Kedua Oktober – Sambutan Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day)
1 Oktober – Sambutan Hari Kopi Antarabangsa (International Coffee Day)
1 Oktober – Sambutan Hari Vegetarian Sedunia (World Vegetarian Day)
2 Oktober – Sambutan Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa (International Day of Non-Violence)
4 Oktober – Sambutan Hari Binatang Sedunia (World Animal Day)
9 Oktober – Sambutan Hari Pos Sedunia (World Post Day)
10 Oktober – Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day)
13 Oktober – Sambutan Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semulajadi (International Day for Natural Disaster Reduction)
14 Oktober – Sambutan Hari Standard Sedunia (World Standards Day)
15 Oktober – Sambutan Hari Basuh Tangan Peringkat Global (Global Handwashing Day)
16 Oktober – Sambutan Hari Makanan Sedunia (World Food Day)
17 Oktober – Sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa (International Day for the Eradication of Poverty)
20 Oktober  – Perayaan Deepavali (Diwali)
24 Oktober – Sambutan Hari Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Day)
24 Oktober  – Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa (International Day of Climate Action)