Sebelum ni kita hanya kenal flat peach/donut peach yang viral tu kan. Rupanya ada jenis-jenis donut peach yang saya tak tahu. Masa pergi Jaya Grocer haritu saya perasan ada nectarine donut, peach donut dan juga jumbo peach donut.
Saya beli dua jenis flat peach iaitu nectarine donut dan peach donut. Jumbo peach donut tu sama dengan peach donut rupa dia cuma lebih besar daripada biasa dan 1 pack tu ada 4 biji je. Kalau saiz biasa ni ada 6 biji.

Jadi, marilah kita buat perbandingan nectarine donut vs peach donut. Kedua-duanya ni dalam keluarga Saturn peach / flat peach yang mempunyai bentuk leper seperti donat.

Kesimpulannya, kedua-duanya manis dan berbentuk comel leper. Beza utama yang boleh kita tengok adalah dari segi kulit dan tekstur. Jadi lepas ni kalau kulit licin leper tu adalah nectarine. Jangan keliru lagi.
Entry sebelum ni saya pernah cerita beli donut peach versi kulit licin. Rupanya tu jenis nectarine donut. Lahhh..baru tahu!


Nectarine Donut vs Peach Donut
Peach Donut (Donut Peach / Saturn Peach)
- Kulit: Berbulu halus seperti buah peach biasa.
- Rasa: Manis, berair, ada sedikit masam.
- Tekstur: Lembut dan gebu bila masak sempurna.
- Populariti: Lebih dikenali dan mudah ditemui berbanding versi nectarine.
Nectarine Donut
- Kulit: Licin dan tidak berbulu adalah ciri utama nectarine.
- Rasa: Lebih manis dan kadang-kadang ada nota lebih “tajam” atau aromatik berbanding peach.
- Tekstur: Sedikit lebih pejal, tidak selembut peach.
- Penampilan: Lebih berkilat kerana kulit licin.
Kesimpulannya, kedua-duanya manis dan berbentuk comel leper. Beza utama yang boleh kita tengok adalah dari segi kulit dan tekstur. Jadi lepas ni kalau kulit licin leper tu adalah nectarine. Jangan keliru lagi.
Antara kedua-dua ni saya suka peach donut, lebih lembut sesuai untuk pemakai braces macam saya. Oh ya, selain tu ada juga golden donut peach. Ni versi warna kuning emas dan agak rangup.
0 Comments