1 Oktober merupakan tarikh Hari Kopi Sedunia atau World Coffee Day yang disambut setiap tahun. Sambutan Hari Kopi bukan sahaja diraikan oleh pencinta kopi seluruh dunia, sambutan ini juga sebagai penghargan kepada petani, pengusaha dan industri kopi yang menjadikan minuman kopi sebagai sebahagian dalam rutin kehidupan seharian kita.

Budaya minum kopi bukan lagi sesuatu yang asing. Sudah jadi rutin harian penggemar kopi. Bermula dari warung sehinggalah ke kopi premium di kafe moden. Di Malaysia pun dah banyak kafe moden tumbuh bagaikan cendawan. Pilih saja mana yang menjadi pilihan mengikut citarasa masinga-masing.
Jom raikan Hari Kopi Sedunia 2025 dengan menikmati secawan kopi di kafe pilihan. Sudah tentu harini ada banyak promosi kopi sempena Hari Kopi Sedunia 2025. Antara pilihan saya, Kopi Kenangan (KopKen) atau Coffee Bean and Tea Leaf (CBTL).

Budaya minum kopi bukan lagi sesuatu yang asing. Sudah jadi rutin harian penggemar kopi. Bermula dari warung sehinggalah ke kopi premium di kafe moden. Di Malaysia pun dah banyak kafe moden tumbuh bagaikan cendawan. Pilih saja mana yang menjadi pilihan mengikut citarasa masinga-masing.
Jom raikan Hari Kopi Sedunia 2025 dengan menikmati secawan kopi di kafe pilihan. Sudah tentu harini ada banyak promosi kopi sempena Hari Kopi Sedunia 2025. Antara pilihan saya, Kopi Kenangan (KopKen) atau Coffee Bean and Tea Leaf (CBTL).
Tema Hari Kopi Sedunia 2025
Menurut International Coffee Organization (ICO), tema pada tahun ini adalah "Embracing Collaboration for Collective Action – More Than Ever" / "Rangkul Kerjasama untuk Tindakan Kolektif - Lebih Daripada Sebelumnya".Tema ini menekankan pentingnya kerjasama antara semua pihak dalam sektor kopi iaitu petani, koperasi, pedagang, pemanggang, barista dan pengguna untuk :
- Membina pendapatan yang lebih saksama.
- Memperkukuh komuniti.
- Mencapai masa depan yang mampan untuk industri kopi.
Sejarah Hari Kopi Sedunia
Hari Kopi Sedunia pertama kali diperkenalkan oleh International Coffee Organization (ICO). Sambutan rasmi pertama berlangsung pada tahun 2015 di Milan, Itali, sempena World Expo.Tujuan utama Hari Kopi Sedunia
- Menghargai petani kopi yang bekerja keras menghasilkan biji kopi.
- Mengiktiraf pengusaha kopi yang memproses, memanggang, dan menghidangkan kopi.
- Memberi kesedaran tentang isu kemampanan (sustainability) dalam industri kopi.
- Mengajak pencinta kopi di seluruh dunia meraikan minuman yang paling digemari selepas air.
Promosi Hari Kopi Sedunia di Malaysia
Salah satu tarikan utama bila tiba Hari Kopi Sedunia 1 Oktober adalah promosi kedai kopi.- Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL)
- Kopi Kenangan
- Zus Coffee
- Baskbear Coffee
- Gigi Coffee
- Kafe tempatan dan banyak lagi
Fakta Menarik Tentang Kopi
Kopi bukan sekadar minuman biasa, ia penuh dengan kisah dan fakta menarik- Kopi adalah minuman kedua paling banyak diminum di dunia selepas air.
- Brazil merupakan pengeluar kopi terbesar, diikuti oleh Vietnam dan Colombia.
- Terdapat lebih daripada 100 jenis kopi, tetapi yang paling popular ialah Arabica dan Robusta.
- Kopi mengandungi antioksidan yang baik untuk kesihatan jika diminum secara sederhana.
- Di Malaysia, kopi kampung atau kopi O masih kekal sebagai pilihan ramai walaupun kopi moden semakin popular.
Pilihan kopi saya dah tentulah hazelnut latte atau caramel latte. Dulu suka caramel macchiato, lepas tu beralih arah kepada latte.
5 Comments
Wah saya baru tahu jika ada hari kopi
ReplyDeleteSaya paling demen ngopi
sehari bisa 10 gelas
Uishh 10 gelas, banyak tu!
Deletehappy coffee day, kena la beli kopi nie..eh, bukan hai2 pun kopi ke MA...kann? he he he..
ReplyDeleteHihi..tapi hari ni kopi special maybe promo lagi menarik kot kan.
Deleteoh, ada hari kopi sedunia rupanya.. saya baru tahu, walaupun memang peminat kopi.. nampaknya hari ni kena minum kopi lebih sikit la.. celebrating kan hehe
ReplyDelete