Resepi | Puding Roti Dengan Sos Kastard

Puding roti tak lengkap tanpa sos kastard. Tapi ada je yang suka makan puding roti kosong tanpa sos kastard. Ikut selera masing-masing lah kan. Fiza kalau menu ada sos kastard memang suka dan husband pun memang suka puding roti sos kastard ni. Sesekali kalau husband request tu kena merajinkan diri buat. Janji semua bahan-bahan ada. Disebabkan ramai yang nak resepi puding roti sos kastard ni. So Fiza kongsikan resepi puding roti sos kastard paling mudah gerenti jadi punya.


Bahan-bahan Puding Roti
7 keping roti
1 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula kastor
1 sudu butter ( Fiza pakai butter cook & bake emborg)
1/4 sudu kecil garam
2 biji telur
1 sudu esen vanilla
kismis

1 tin susu cair dan 1 cawan air tu kau orang boleh gantikan dengan 2 cawan susu segar. Fiza tak ada stok susu segar. Jadi gunakan susu cair dan air je. Pun menjadi cuma lagi sedap guna 2 cawan susu segar tu lah. Gula kastor tu kalau nak gantikan gula putih pun boleh. Kurangkan sikit supaya tak manis sangat. Butter tu boleh guna butter apa pun. Fiza suka guna butter unsalted dan pure butter sebab lagi sedap.

Cara-Cara
1. Potong roti menjadi petak-petak kecil. Sekeping tu Fiza potong 16. Kemudian ketepikan. Potong petak ni untuk nampak kejadian puding roti lebih cantik bila dah siap dan cepat menyerap. Kalau malas, nak koyak-koyakkan pun boleh.
2. Panaskan susu, air, butter, garam dan juga gula dalam periuk/kuali. Bila dah sebati, tutup api dan masukkan roti. Sambung kacau rata sehingga semua roti diserap air dan sedikit kembang. 
3. Sementara tu, pukul telur dengan whisk. Pukul ringan je tak perlu sampai kembang beria. Lepas tu masukkan telur yang telah dipukul kedalam adunan roti tadi bersama dengan esen vanilla. Gaul semua bahan sehingga sebati.
4. Sapukan butter/marjerin pada bekas/loyang dan tuangkan adunan bahan puding roti. Tabur kismis atas adunan. Boleh juga gaul sekali bersama adunan.


5. Gunakan kaedah double boiler untuk bakar puding roti di dalam oven. Masak selama 45 minit dengan suhu 180ºC api atas bawah.


Selepas 45 minit. Puding Roti siap untuk dihidang

Bahan-Bahan Sos Kastard
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
2 sudu tepung kastard
3 sudu gula putih

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau rata. Kemudian baru panaskan atas dapur. Dengan api perlahan, kacau sehingga sos sedikit pekat dan siap. Sebelum angkat, boleh rasa dulu. Kalau nak manis tambah gula, nak pekat lagi tambah tepung kastard. Nak sedap lagi gantikan 1/2 cawan susu cair dan 1/2 cawan air tu dengan 1 tin susu cair


Tepung kastard tu letak sikit-sikit dan kacau. Kalau letak sekali banyak dan lambat kacau dia akan berketul-ketul. Sos pun tak halus dan cantik nanti. Mudah dan senang sangat. Cuma nak tunggu masak 45 minit tu macam lama pula kan. Ada orang suka makan sejuk dan simpan dalam peti ais sebelum makan. Kalau Fiza suka makan sejuk sikit selepas masak. Mana-mana pun sedap. Yang penting sos kastard kena ada! Hihi


Harini buat puding roti lagi untuk husband dan menghabiskan stok roti. Kalau dah siap puding roti ni laju sikit habis.


 Selamat mencuba. Harap menjadi. Kalau tak jadi, sila pm. Hihi

10 comments:

  1. aduhai... sedapnya nengok tuh...
    rajin betul lah dia, elok je kejadian nya puding roti tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak rajin kempunan nak makan nanti. hihi. Alhamdulillah cantik kejadiannya

      Delete
  2. alahai sedapnya fiza... dh ptg2 mcm ni mmg syok la hi tea ngan puding roti ni...

    ReplyDelete
  3. sedap puding roti!
    blh try buat sbb dh beli oven.. hihi

    ReplyDelete
  4. nampak saaaaangat helok kejadiannya dan sedap !! kalo cemni hat custard tu nak tuang banyak2 hehe..

    ReplyDelete
  5. Haiisshhh berkali2 telan air liur tengok puding roti fiza ni. Sedapnya la haiii.

    ReplyDelete
  6. aida suka makan sejuk, fiza.
    aduhai...
    tak pernah buat sendiri ni.
    sebab anak2 tak brape minat makan.
    kebetulan dulu ada member opis buat.
    order jer lah bekas kecik... kena dgn tekak.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.