Kursus Kahwin Di Darul Dedikasi Management Senawang, Negeri Sembilan.

Ingat lagi tak Fiza ada pergi kursus kat seremban 2minggu lepas?haa lupa lah tu kan.Sebenarnya bukan kursus untuk company pun.Ini kursus wajib untuk diri sendiri lah.Tak pergi kursus ni tak boleh nikah ye.Nak kahwin baru terhegeh nak pergi kan.Takpe,asal dapat ilmu rumahtangga dan dapat sijil.Untuk keluarga bahagia jugak kan.

Pilihan tempat kursus di seremban.Jauh sikit takpe,tapi dekat dengan Mr. A.hee..ok Fiza bukan pergi dengan dia saje.Pergi di temani oleh kawan sekampung juga.So ade lah jugak teman Fiza kan.Kang sorang sorang tak kenal siapa kat situ sure bosan kan.

So far semua ustaz dan ustazah ok.Cuma biasalah ada lah yang buat kita mengantuk tu kan.Halwa telinga dua hari tu disajikan dengan loghat nogori je la.Adeshh...ada yang tak faham tapi buat buat faham je la..heee..Alhamdulillah..akhirnya berjaya memiliki sijil pra perkahwinan ni.Ni sijil kami yang akan digunakan beberapa bulan/kurang dari 90 hari..nervous!


Sesiapa yang nak amek kursus kahwin,sila lah amek sekarang.Yang berdekatan di Darul Dedikasi Management ni bolehlah pergi kat sini je.Yuran RM80 setiap sorang dan ni jadual untuk kursus kahwin ni. Breakfast and lunch provided.

Sorry kalau kurang jelas.
Menarik tak?Sekarang ni tengok mana mana tempat pun macam dah penuh.Lagi lagi negeri selangor dah takde kosong dah untuk register.Mulai Jun kursus kahwin akan dilanjutkan beberapa hari dan siap ada ujian lagi tu..haa..bersiap sedia lah dengan segala ujian tu.Alhamdulillah dah settle bab ni,masih banyak lagi perlu di settlekan.Moga urusan kami dipermudahkan Allah SWT. Mixed feelings~

Alamat tempat boleh tengok pada sijil tu ye.^___^.Contact je yang berkenaan untuk register.Harap dapat membantu pada mereka yang nak mencari tempat untuk kursus kahwin.

16 comments:

  1. he3..yg sy punya xthu dh letak mn, sbar jelh..tmpat sy pntai timur rm50 je yuran..mgkin stiap ngeri lain-lain kot..atau skrg dah naik

    ReplyDelete
  2. alhamdllah fiza dah yer :)
    ishhh..rasa nk dekat dah jer hehee :)

    ReplyDelete
  3. hihi...cik akak tak pernah pergi lagi kursus nie..hihi...insyaAllah cik akak akan pergi.....

    cik akak follow sini ye..makseh sudi singgah belog cik akak tu

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah selamat dah kursus :)

    kak lea dulu kursus under MAS,KLIA.mak pulak orang kuat kat masjid dalam tu.masa tu anak2 cuma bayar yuran kursus RM10 je untuk 2 hari.pengisian pun mantap dan dijemput panel yang terkenal.

    rasanya korang zaman sekarang lagi best..macam2 pilihan ada dan setiap nota yang disalin jangan hilangkan..berguna masa tempuhi perkahwinan :)

    ReplyDelete
  5. ada yg kata t nak buat lama lg siap kena tidur..jgnlah cmtu..aish...

    ReplyDelete
  6. eh fiza kursus kt senawang erk?dekat dah ngan akak nih

    ReplyDelete
  7. Oh..ingatkan kursus apelah kat seremban. hehe. Zai pg yg kat uitm je sem lepas, hihi :)

    ReplyDelete
  8. murah eh RM80...kwn2 cakap kat Sabah RM100 kot..ne yg cuak dengar..dah lah nanti pg sorang2,sebab encik BF dah ada sijil..huhuhu~

    ReplyDelete
  9. fiza tempat kursus kita samalah...azie pergi awal februari hehe..:D

    ReplyDelete
  10. hee best nye bila wat prep wedding ni huu..Ya Allah permudahkan lah rezeki serta jodoh ku Amin2

    ReplyDelete
  11. saya nak tanya sijil nya sah di mna2 shja ka? sbb sy org kedah dan keje di n9.. nk balik kampung susah cuti.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sah di mana mana..sebab saya orang johor..nikah di johor cuma kursus kahwin di n9 :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.