Pakai Contact Lens Boleh Buta!

Saya memang suka pakai contact lens daripada pakai spek mata bila keluar rumah. Pakai spek bila kat rumah je. Sebabnya bila keluar pakai contact lens, tudung tak kembang tepi tu. Pakai contact lens tak mengganggu bentuk tudung.

Lagi satu bila pakai contact lens, keluar dari kereta tak ada masalah cermin mata kabur. Hanya orang pakai spek je faham bila keluar kereta spek berkabus tu.

Tahukah anda? Pakai contact lens boleh buta? Terus rasa nak gelabah, kan? Sila bertenang kawan-kawan. Sebenarnya boleh menyebabkan buta kalau...sila baca artikel di bawah ni.

SHAH ALAM - Taip sahaja perkataan 'kanta lekap murah' di ruangan carian di Internet, anda akan menemui puluhan blog menawarkan produk tersebut dengan pakej harga yang murah.
Namun, ramai pengguna tidak mengetahui bahawa mereka terdedah kepada risiko buta apabila menggunakan kanta lekap tersebut yang kebanyakannnya buatan Korea tanpa mendapat preskripsi daripada pegawai optometri terlebih dahulu.
Perunding Optometri Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Bariah Mohd. Ali berkata, lambakan produk itu yang dijual secara dalam talian bakal mengundang masalah kerana boleh menyebabkan masyarakat menghidap penyakit mata.
"Ramai remaja suka memakai kanta lekap yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantuan penglihatan tetapi juga aksesori kecantikan kerana ia didatangkan dengan warna seperti hazel, violet, biru, hijau dan kelabu.
"Tetapi mereka perlu ingat bahawa pemakaian kanta lekap perlu diperiksa oleh pegawai optometri bagi mengelak sebarang jangkitan, alahan atau lebih kronik mengakibatkan buta," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini. 
- sumber dari kosmo 15sept 2010 -http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2010&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.html

Jadi, berhati-hatilah memilih contact lens dan ambil tahu penjagaan contact lens yang betul. Mata ada sepasang tu je tak boleh ditukar ganti.

6 comments:

  1. bubu SETUJU..!!!
    bru berangan2 nk pakai..
    tp sebenarnye tkot2...ngeee
    tp tgk owg pkai cntik jew mta...
    akk thu bubu ske yg lens itam pekat bsar tu...agaga

    ReplyDelete
  2. akk,leh tlg bubu?
    bubu da wt poll kt nuff..
    n nk ltak kt blog..
    tp cri coding xjmpe..cne yew?

    ReplyDelete
  3. sy pun pakai lens.. rm30 utk 3bln, beli kat kedai..dah tak pakai dah..sekarang cam sakit je even baru 2 bln n nmpk ok lagi. yang korea py tu mmg murah, lawa n lama tapi mmg tak nak pakai..cam takut je nak pakai utk 1 tahun..huhu
    tapi tetap nak beli jugak..sepet sgt kalo tak pakai..haha

    ReplyDelete
  4. kena jaga kerbersihan ctc lense...insyaAllah tak ada apa2

    ReplyDelete
  5. dedua tak pkai, spek or lens...huhuhuh...

    ReplyDelete
  6. Uyul pakai contact lens, power mata terus rendah kak. ada sebenarnya bagus contact lens ni. tapi kene pandai jaga.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.