Kad Raya Dari Blogger Shida

Saturday, June 20, 2020

Selamat pagi sabtu semua orang. Esok last day raya. Fiza baru dapat feel mood nak balik beraya di kampung. Bukan Raya 2.0 dah. Ni raya penghujung Syawal nama dia. 

Cerita kuih raya sudah. Kita cerita kad raya pulak lah. Macam biasa setiap tahun mesti dapat kiriman kad raya dari blogger Shida ni sejak tahun 2016. Ke sebelum tu lagi tak pasti. Lupa!

Kalau tak silap, kad raya ni Fiza dapat seminggu yang lepas. Bila nampak sampul putih macam ni, kalau tak kad jemputan kahwin mesti kad raya. Tengok cop Ipoh pada sampul, dah boleh agak dah siapa penghantarnya. Siapa lagi kalau bukan Shida Radzuan.


Rajin betul dia setiap tahun hantar kad raya. Kad raya satu-satunya Fiza dapat tahun ni. Mostly yang Fiza dapat tu adalah hasil kerja design Fiza. Fiza design je dan Shida print sendiri sebab Shida ada buat bisnes printing kad raya juga setiap tahun. 

Kiranya setiap tahun Fiza collaborate dengan Shida juga lah bisnes design dan printing ni. Nak jugak guna perkataan collaborate tu. Nampak macam hebat lah gitu projek juta-juta. 


Seronoklah kan dapat kad raya yang kita design sendiri. Boleh juga buat simpanan hasil kerja yang ada dalam bentuk hard copy. Tak surprise tak apa. Simpan buat kenangan gitu.

Kau orang mesti dah kenal dengan blogger Shida kalau kau orang seorang blogger sejak 2010. Shida menyepi kejap. Sekarang baru muncul semula. Nak kenal? Terjah lah blog duniashida.com.

Terima kasih shida atas kiriman kad raya dan Terima kasih juga sudi tempah design.

13 comments

  1. Bestnya..dah lama tak terima kad raya tradisional

    ReplyDelete
  2. feeling dejavu..dapat kad raya design sendiri..nostalgia..

    ReplyDelete
  3. exclusive kad raya sekarang boleh letak design dan muka sendiri yg kita nak ^_^

    ReplyDelete
  4. Selamat balik kampung.
    Seronok dapat kad raya rekaan sendiri.

    ReplyDelete
  5. sama2 fiza :)

    projek juta2? jom fiza ^_^

    ReplyDelete
  6. kak shida mmg sllu hntar kad raya dr dulu lagi kan..sporting la kak shida

    ReplyDelete
  7. wah.... nostalgia sangat dapat kad raya.

    ReplyDelete
  8. Tahun ni tak dapat kad raya. Tradisi yang makin dilupakan

    ReplyDelete
  9. I wish people this generation would appreciate more on the old school raya card.
    Best and it creates nostalgic memories.

    ReplyDelete
  10. Nak tempah dengan Shida asyiklah ada je halangannya.. Nak kena buat awallah kot baru tak terlupa..

    ReplyDelete
  11. Senangnya dapat kad raya, di mana sekarang semuanya serba online, dapat sesuatu seperti ini rasanya happy sekali ya :)
    Makin jarang orang berkirim kad raya macam ini :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.