Asas SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Wednesday, June 10, 2020

Dah sampai kampung ke tu? Alhamdulillah...Hari ni bermulalah fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dimana fasa yang dinanti-nantikan selepas PKP dan PKPB. Bila PKPP berkuatkuasa, tak bermakna kita bebas buat apa sahaja seperti kehidupan yang normal. Dia belum masuk tahap normal lagi, masih normal yang baharu.

Ingat normal baharu, ingat SOP (standard operating procedure). Ingat SOP, ingat Asas SOP iaitu PENJARAKAN SOSIAL/SOCIAL DISTANCING. Ini apa yang dikongsikan oleh page Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai asas SOP.

credit image : mykpdnhep

Bermula 10 Jun, hampir kesemua sektor ekonomi dan aktiviti akan kembali beroperasi seperti biasa. Jumlah pekerja yang kembali bekerja juga akan bertambah. Sebelum ini hanya sektor-sektor tertentu sahaja dibenarkan beroperasi di bawah PKPB.

Rapid KL menjangkakan bilangan penumpang LRT, MRT dan Monorel bertambah. Kesesakan mungkin berlaku kerana penjarakan sosial dalam tren dan di stesen-stesen.

Justeru, penumpang dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelak kelewatan ke tempat kerja.

PKPP ini dilaksanakan dalam tempoh PKP dan ini bermakna Akta 342 (Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988) masih terpakai untuk penguatkuasaan pematuhan SOP.

Justeru, kompaun masih boleh dikenakan kepada mereka yang tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Sebagai contoh kegagalan sebuah premis mematuhi SOP akan menyebabkan premis berkenaan ditutup dan dikenakan tindakan,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Asas kepada SOP ialah penjarakan sosial atau social distancing dan jarak paling selamat ialah tidak kurang daripada satu meter. Jadi, tidak kira di mana anda berada, penjarakan sosial perlu jadi keutamaan dalam kehidupan norma baharu ini.

Penjarakan sosial mengelak anda terkena jangkitan yang tersebar melalui titisan cecair (droplet) apabila individu yang positif COVID-19 bersin atau batuk. Ia juga bagi mengelak terkena percikan air liur ketika bercakap. Individu positif itu itu pula tidak sedar kerana tidak bergejala. (85% pesakit COVID-19 di Malaysia adalah tidak bergejala).

Setakat ini, tiada bukti virus ini disebarkan melalui udara. Justeru, pemakaian topeng penutup muka dan hidung di tempat ramai orang (tiada penjarakan sosial) adalah juga untuk melindungi orang lain jika anda adalah positif COVID-19 tanpa sedar (kerana tidak bergejala). Anda berpotensi menjadi ‘silent spreaders’.

Oleh kerana kita tidak tahu siapa yang membawa virus apabila berada di tempat ramai orang dan orang yang bergejala pula tidak memakai topeng penutup muka dan hidung, maka digalakkan semua orang memakainya di tempat ramai orang.

- Admin KKM

Di bawah pula petikan post daripada DG Noor Hisham Abdullah

1. Bermula 10 Jun, semua Person Under Surveillance (PUS) samada warganegara atau bukan warganegara yang dibenar masuk ke Malaysia yang disahkan negatif Covid-19 akan jalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari di kediaman masing-masing. Jika bercadang untuk dikuarantin di hotel, kos perlu ditanggung sepenuhnya oleh individu tersebut.

2. Keputusan ini juga terpakai untuk PUS yang masih berada di stesen kuarantin. Mereka dibenar pulang ke rumah namun perlu sambung tempoh kuarantin di rumah masing-masing.

3. Kesemua individu berstatus PUS perlu daftar diri di aplikasi Mysejahtera dan wajib kuarantinkan diri di alamat yang didaftar di dalam aplikasi tersebut.

credit : FB page KKM

Selamat berhari di kampung. Jaga diri dan patuhi SOP. Stay safe.

8 comments

  1. Wahhh persiapannya keren sekali ya.
    Siap menyongsong new normal dengan segala kepatuhan terhadap peraturan.
    Toh juga peraturan tersebut dibuat untuk kebaikan masyarakat semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, kepatuhan yang perlu diamalkan di normal baharu ni demi keselamatan semua.

      Delete
  2. moga tiada la kenaikan jangkitan covid-19 ni lepas pkpp ni ye.. ^^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.