Nasi Goreng Nanas Pedas Manis

Saturday, March 28, 2020

Hari ke-11 PKP, cepat masa berlalu sampai lupa harini hari sabtu dah. Harap cepat juga virus Covid-19 ni berlalu pergi jauh-jauh. Dalam tempoh PKP ni memang laku resepi-resepi encik google. Lagi-lagi resepi viral tu. Laju je orang mencari nak cuba dan up resepi masing-masing. Meriah timeline upload menu masing-masing macam bulan puasa. Baguslah macam tu berkongsi idea nak masak apa. Takde lah buntu otak nak fikir masak apa. Fikir positif okay di saat-saat macam ni kita perlu happy.

Masa awal-awal PKP haritu agak kecelaruan otak juga fikir nak masak menu apa pagi, tengahari, petang dan malam. Tu diaaa sampai 4 kali menu setiap hari. Eh, tu kalau terlebih rajin dan jarang berlaku. Paling sikit 2 kali hidangan tengahari dan malam. Itu biasalah lah kan. Kalau husband kerja masak pagi bawa bekal sekali dengan tengahari. Menu petang jarang-jarang dan makan malam menu lain. Lebih kurang sama je sebenarnya. Tapi masa PKP ni termasuk sekali supper tiba-tiba dah 5 kali makan. Itu bila tidur lambat lah.


Bila tidur lambat, potensi perut lapar tu lebih tinggi. Silalah jangan tidur lambat ye. Lapar tiba-tiba tengah malam haritu sebab kononnya nak dinner makan welcome-welcome cekodok je tapi sekejap je kenyangnya. Tidur pulak lambat. Jenis tekak melayu ni wajib makan nasi. Terpaksalah masak nasi dan kebetulan juga ada stok nanas sikit dari kampung tu terus dapat idea nak masak nasi goreng nanas. Kenapa pedas manis sebab letak cili api kampung dan manis tu rasa nanas tu manis. 

Resepi nasi goreng nanas pedas manis lebih kurang masak nasi goreng biasa je cuma tambah nanas je lah. Tapi Fiza tambah udang kering sikit nak cuba sedap ke tidak. Pada Fiza sedap lah, ke sebab masa tu tengah lapar tak tahu lah kan. Tekak masing-masing. Duduk rumah ni kena masak guna apa yang kita ada bukan tengok apa yang orang lain ada. Janji perut kenyang sudah. Rasa sedap ke tidak belakang cerita.



26 comments

  1. Waalaikumussalam. Nyummm nak kena cari nenas lah camni 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu reda covid-19 nanti kak senang sikit nak cari stok. Then boleh cuba :)

      Delete
  2. Nikmat sekali rasa nasi goreng ditambahi nanas, kak ...
    Rasanya jadi unik, ada rasa asam segarnya buah nanas.

    Semoga epidemi corona segera musnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, rasanya unik lain dari nasi goreng yang biasa. Sesekali makan bila ada nanas.

      Delete
  3. time lapar mmg nk makan yg heavy..mkn kudap2 tak kejap perut (kata org utara)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! Kena makan makanan yang berat sikit. kalau tak selagi tak makan perut berbunyi meminta minta.

      Delete
  4. Assalam Fiza,
    selalu jumpa nasi goreng dalam nanas, kali ini ada nanas dalam nasi goreng... kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..nak juga buat macam tu tapi kulitnya pun dah dibuang. Hihi

      Delete
  5. Replies
    1. Sedap sekali sekala masak. Kalau selalu mungkin jemu juga :)

      Delete
  6. penah buat skali tapi tengok macam tak laku ke.. anak2 buah tamo makan sbb nanas kot. tapi kaloo ptong nanas tu depa makan plak.

    kita ni sedap je semua benda hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nasi goreng pelik sikit mungkin xkena dengan selera budak-budak. hihi..jamu buah potong je lah camtu kan :)

      Delete
  7. ye betulll...masak guna apa yang ada je, berjimat cermatttt

    ReplyDelete
  8. Haha sekurang-kurangnya asah fikiran luar kotak guna bahan-bahan yang ada.

    ReplyDelete
  9. Kena kreatif guna bahan apa yang ada. Bukan macam dulu boleh senang2 lari g kedai. Stay safe ye Fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sal. Dapat keluar beli barang pun tak tentu barangnya ada ke tidak. guna je lah apa yang ada. You too Sal, stay safe.

      Delete
  10. busyra x pernah buat lg letak nenas. next time boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  11. nampak sedap tapi saya mampu pandang je.. Lidah saya alah pada nanas.. huhuhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.