Dalgona Coffee Viral

Sunday, March 22, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Heiiii, dalgona coffee viral ni asyik lalu lalang kat wall je. Pantang viral, mesti kena terjebak. Dah buat baru puas hati dapat rasa. Betul tak? Untuk kau orang yang penggemar kopi tu memang kena cuba buat. Tak ada bahan, kena tunggu perintah berkurung tu tamat ye. Jangan semata-mata keluar nak beli bahan kopi viral pulak ye. Nanti tak pasa kau orang kena kecam. Puncanya sebab dalgona coffee ni ha.
Dalgona (달고나), also known as Ppopgi (뽑기), is a very popular street snack made from sugar and baking soda. The name “Dalgona” originates from the way people eat this snack.
Kebetulan husband nak beli barang dapur. Bawang, beras, ikan bilis, tepung gandum pun nak habis. Nak tak nak kena keluar juga. Kalau tak ada barang asas ni memang pening lah nak fikir masak apa kan. Nak beli roti dan telur memang tak ada stok dah. Masing-masing dah borong sakan awal-awal dah. Kita ni baru keluar nak beli barang dah habis dah. Takpe lah, beli mana yang ada je. Sekali beli nescafe dan susu alang-alang dah keluar beli barang tu. Brown sugar dan kopi 3 in 1 memang dah ada stok kat rumah.


Siapa yang tak kecur kalau tengok kopi ais camni kan. Bahan-bahan pun sikit dan mudah nak membuatnya pun. Bolehlah buat bila ada banyak masa macam ni.

Bahan-bahan
* 2 sudu brown sugar
* 1 sudu nescafe
* 1 sudu 3 in 1 white coffee old town hazelnut
* 2 sudu air panas
3/4 cawan susu segar
Ais

Cara-cara
Campurkan semua bahan bertanda * Kemudian kacau sampai likat dan pekat guna mixer. Kalau nak guna whisk pun boleh tapi ambil masa lah nak sampai tahap likat tu. Dah likat pekat tu tuang terus dalam gelas susu dengan ais tu.

Kacau rata dan minum. Nyummylicious! Derhaka sikit kat resepi asal. Ikut resepi asal guna 2 sudu nescafe. Tapi tak boleh lah nak minum nescafe sampai 2 sudu. Even satu sudu pun boleh buat pening. So, Fiza gantikan satu sudu lagi dengan kopi 3 in 1 je. Pun sedap. Tak boleh minum kopi? Gantikan je dengan milo atau coklat. 



Pada Fiza, kesedapan dalgona coffee ni macam kopi dalam tin tu. Sedap! Ada yang cakap macam ala-ala starbucks gitu. Tak tahu lah ala-ala ke tidak sebab tak ber starbucks macam golongan bangsawan. Janji rasa dia sedap dan boleh minum. Terima kasih untuk yang kongsi resepi dalgano coffee sedap ni.



With Love, Sihatimerahjambu

18 comments

  1. Haah tengah sibuk kopi ni. Cuma tak faham nama dalgona tu.
    Saya suka kopi panas.

    ReplyDelete
  2. utk pencinta kopi pasti tklpskan peluang nk try kopi viral ni kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. kena cuba baru tahu kesedapan kopi dia macamana

      Delete
  3. Dalgona coffee-nya pasti mantap dan enak

    ReplyDelete
  4. Nak buat juga tapi rumah tak ada stock nescafe.. yang ada 3in1 je.. hehehe.. susu segar ada je.. lepas Kawalan Pergerakan lah kot baru mencuba.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. kite tengok je ramai buat.. kite x buat sbb x minom kuppi.
    rasa nak buat kat miloo la tatau jadi ke x hehe..

    ReplyDelete
  6. memang viral sangat coffee ni tapi belum ade rasa lagi nak buat hehe

    ReplyDelete
  7. viral betul kopi ni sejak kebelakangan ni hihi..nanti nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tengah trending nampaknya kopi ni. itu yang saje cuba :)

      Delete
  8. sgt la betul, fiza.
    kat timeline fb, citer pasal kopi ni aje.
    aida tak buat. takde stok nescafe kat rumah :)
    teringin jugak nak merasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba kopi lain. nescafe tu macam too strong sangat letak banyak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.